Kek Span Dengan Sos Butterscoutch Padu Ala-Ala Secret Recipe, Mudahnya!

Share

Sos butterscoutch sememangnya membuatkan kek tambah rasa enaknya. Lagi-lagi kala di makan ketika waktu santai bersama keluarga. Sepotong kek pastinya terasa tidak mencukupi.

Kek span yang lembut dan gebu dengan sos butterscouth ini dikongsikan oleh Pn Umie Nurhayati. Jom cuba resipi ringkasnya. Memang terbaik!

SPONGE CAKE ala-ala secret recipe dengan sos butterscoutch.

Bahan-bahan
* 375g tepung optima @ tepung sponge mix
* 6 biji telur
* 90ml air
* 2 tsp ovelet
* 90g mentega cair
*2 tsp esen vanila (tak nak letak pyn takpe)

Bahan hiasan
* whipping cream
* sos butterscotch (ni hakak beli siap je)

1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair.

2. Pukul perlahan selama seminit dan naikkan speed pemutar adunan tu.

3. Pukul sehingga betul-betul gebu ye.

4. Bila dah gebu baru masukkan mentega cair tadi, mix sekejap je tak perlu lama (diulangi ye tak perlu lama)

5. Sediakan loyang kek berbentuk empat segi @ ikut la bentuk apa yang korang nak tu.

6. Bakar pada suhu 180°c selama 25 minit @ sehingga kek masak.

7. Bila dah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum korang nak hias.

8. Cara nak hias. Potong kek menjadi dua bahagian dan sapukan topping cream (boleh rujuk pada gambar).

Ratakan seluruh kek dan hiaskan diatasnya dengan krim dan sos butterscouth.

Selamat mencuba!

Moga perkongsian hakak menjadi asbab kebaikan untuk semua insyaAllah.

Artikel berkaitan: Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral, Warna Cantik Tesksturnya Lebih Lembut & Lembap!

Beli Sepotong Mahal, Buat Sendiri Kek Red Velvet Ikut Langkah Ni, Puas Anak Makan!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN