Kek tiramisu yang viral boleh jadi penyebab anak tantrum? Ya! Menerusi laman Facebook milik Dr Raihana Ismail, beliau berkongsi satu fakta yang ramai ibu bapa terlepas pandang.
Menurutnya, kek tiramisu yang menjadi makanan trending masa kini sebenarnya kurang sesuai diberikan kepada anak kecil. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Tiramisu mungkin kelihatan seperti pencuci mulut biasa, tapi untuk anak kecil, ia boleh menjadi bahaya tersembunyi yang ramai ibu bapa tak sedar.
Tiramisu tradisional biasanya mengandungi:
* Espresso atau kopi pekat (sumber kafein utama)
* Mascarpone
* Gula
* Kuning telur mentah
Ads
Dalam satu potongan tiramisu, kandungan kafein boleh mencecah 40 hingga 80 miligram, lebih tinggi daripada segelas teh O pekat.
Menurut Canadian Pediatric Society dan American Academy of Pediatrics, tiada jumlah kafein yang benar-benar selamat untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Tambah Dr Raihana, selepas umur anak 12 tahun, dos kafein maksimum yang disarankan adalah sebanyak 100 mg sehari (lebih kurang secawan teh tarik tanpa gula tambahan) Namun begitu, tidak digalakkan mengambil kafein setiap hari.
Selain kek tiramisu, ini merupakan sumber kafein tersembunyi yang anak-anak selalu makan:
– Minuman coklat berjenama import
– Aiskrim berperisa mocha, kopi atau tiramisu
– Dark chocolate melebihi 70%)
– Minuman tenaga atau minuman isotonik
– Kek coklat lava & brownies
– Sesetengah bijirin sarapan (cereal)
Perlu diingatkan bahawa anak-anak anda bukan orang dewasa. Sistem saraf, jantung dan buah pinggang mereka masih belum matang.
Kalau ibu ayah sanggup pilih susu terbaik untuk tumbesaran mereka, anda juga sepatutnya lebih berhati-hati dengan apa yang diberikan kepada mereka.
Saban hari, gelagat Aafiyah semakin menjadi perhatian. Keletahnya yang comel dan bijak membuatkan warga maya ‘cair’ dengannya. Terbaharu menerusi akaun Instagram babyctdk menunjukkan si comel ini sedang makan keropok lekor.
Dalam video tersebut kelihatan Aafiyah sangat menikmati keropok lekor yang dia makan. Apabila ditanyakan oleh ibunya apakah nama makanan itu, Aafiyah dengan comel menjawab, “Aafiyah tah tahu lah..”. Kemudian ibunya memberitahu makanan tersebut adalah keropok lekor dan meminta Aafiyah untuk menyebutnya semula.
Yang lucu adalah sebutan keropok lekor tu. Aafiyah sebut ‘kepolok lekor’. Alahai, comelnya awak ni Aafiyah! Warga maya yang menonton video itu ternyata terhibur.
Setakat ini, video yang baharu dimuatnaik lebih kurang 19 jam yang lalu telah mendapat lebih dari 14,000 tontonan. Semoga Aafiyah terus membesar menjadi anak yang bijak dan membanggakan ibu dan ayahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan suami adalah atas doa dan restu isteri. Walaupun melalui pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini, terbukti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap setia dan sentiasa berada di belakang suaminya.
Kredit Gambar: BH Online
Hari ini (25 November) secara rasmi, Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi. Sebelum kenderaan yang membawa beliau pergi ke bangunan Perdana Putra, kelihatan Dr Wan Azizah setia menanti di muka pintu untuk mengiringi perjalanan suami tercinta.
Kredit Gambar: BH Online
Bila lihat dari gambar yang dikongsikan, nampak dari raut wajah Dr Wan Azizah mengharapkan Anwar boleh melakukan sesuatu yang baik demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
Kredit Gambar: BH Online
Menerusi laporan Berita Harian, Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.
Beliau tiba jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis. Ketibaan Anwar disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Kredit: Berita Harian
Difahamkan, Anwar dijadualkan memulakan tugasnya pagi ini dan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah sekumpulan pengamal media di pintu masuk ke bangunan berkenaan.
Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi bagi merakam detik sejarah itu.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang 24 November.
Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk setakat ini sudah membabitkan penyertaan tiga gabungan utama membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, peruntukan besar itu merangkumi pelbagai aspek penting termasuk pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan sedia ada, termasuk institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Peruntukan ini juga menyasarkan pembangunan kemudahan dan fasiliti di institusi pengajian tinggi awam agar kualiti pendidikan negara dapat terus dipertingkatkan,” ujar Perdana Menteri dalam ucapan beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan sekolah akan dijadikan sebagai syarat utama dalam permohonan Kebenaran Merancang bagi mana-mana projek perumahan berskala besar yang baharu.
“Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu,” jelasnya.
Bagi menangani isu kepadatan pelajar dan kekurangan tapak sekolah di kawasan bandar yang padat, kerajaan akan memperluaskan konsep pembinaan sekolah secara vertikal (menegak).
“Manakala, pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah bersesuaian,” katanya.
Langkah-langkah ini dilihat sebagai satu usaha menyeluruh kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara, sejajar dengan aspirasi RMK13 dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan melahirkan generasi berilmu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.