Terdapat beberapa sebab mengapa gigi sesetengah orang tumbuh condong, bertindih, atau herot. Mulut sesetengah orang terlalu kecil untuk gigi mereka. Hal ini menyesakkan gigi dan menyebabkan ia teralih. Dalam kes-kes lain, rahang atas dan bawah seseorang tidak sama saiz atau cacat bentuk.
Hal ini mengakibatkan sama ada overbit, apabila terdapat bonjolan rahang atas, atau di gigitan bawah, apabila rahang bawah menonjol ke hadapan, menyebabkan rahang bawah dan gigi melangkaui gigi atas.
Tambahan pula, gigi condong boleh:
Mengganggu untuk mengunyah yang betul.
Memberi cabaran dalam membersihkan gigi, meningkatkan risiko kerosakan gigi, kaviti, dan gingivitis.
Menekan gigi, rahang, dan otot serta meningkatkan risiko gigi pecah.
Membuatkan orang sedar tentang penampilan mereka dan menjejaskan keyakinan diri mereka.
Gigi tidak akan dapat melaksanakan fungsi penting sekiranya ia tidak teratur. Ketahui lebih lanjut mengenai isu ini dan bagaimana ia boleh dirawat, untuk melindungi kesihatan mulut dan pencernaan secara keseluruhan.
Apakah kebarangkalian Gigi Condong?
Gigi condong merupakan masalah yang hampir biasa terjadi.
Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Gigi Condong?
Bergantung kepada pengelasan gigi condong, simptom bagi gangguan ini mungkin tidak ketara atau teruk. Simptom biasa gigi condong, termasuk:
Susunan gigi yang tidak teratur.
Perubahan rupa wajah.
Sering menggigit bahagian dalam pipi atau lidah.
Ketidakselesaan semasa mengunyah atau menggigit.
Masalah pertuturan, termasuk perkembangan pelat.
Bernafas melalui mulut berbanding hidung.
Bila harus berjumpa doktor?
Diagnosis dan rawatan awal boleh mencegah gigi condong daripada menjadi bertambah buruk. Oleh itu, sila merujuk doktor anda secepat mungkin bagi mencegah keadaan ini.
Ads
Jika anda atau anak mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik.
Apakah punca Gigi Condong?
Gigi condong biasanya merupakan penyakit keturunan. Hal ini bermakna ia boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Terdapat beberapa keadaan atau tabiat yang mungkin merubah bentuk dan struktur rahang. Antaranya adalah:
Sumbing bibir dan lelangit.
Kekerapan penggunaan puting selepas umur 3 tahun.
Penggunaan botol yang berpanjangan pada zaman awal kanak-kanak.
Menghisap jari pada zaman awal kanak-kanak.
Kecederaan yang mengakibatkan rahang teralih.
Ketumbuhan dalam mulut atau rahang.
Bentuk gigi tidak normal atau impacted teeth.
Penjagaan gigi tidak sempurna mengakibatkan tampalan, korona atau pendakap gigi tidak sempurna.
Saluran pernafasan terganggu (pernafasan mulut) disebabkan oleh alergi atau pembesaran adenoid mahupun tonsil.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gigi Condong?
Ads
Faktor risiko bagi keadaan ini masih tidak diketahui. Ramai saintis percaya bahawa pesakit mewarisi gen daripada ibu bapa mereka.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Gigi Condong didiagnosis?
Gigi condong biasanya didiagnos melalui rutin pemeriksaan gigi. Doktor gigi anda akan memeriksa gigi anda dan melakukan x-ray gigi bagi menentukan jika gigi anda tersusun dengan baik.
Sekiranya gigi condong dapat dikesan, ia akan dikelaskan mengikut jenis-jenisnya dan tahap keterukannya. Terdapat tiga kelas utama gigi condong:
Kelas 1: Kelas 1 gigi condong didiagnosis apabila gigi atas bertindih dengan gigi bawah. Dalam jenis ini, gigitan adalah normal dan sedikit pertindihannya. Kelas 1 gigi condong adalah klasifikasi gigi condong yang paling biasa terjadi.
Ads
Kelas 2: Kelas 2 gigi condong didiagnosis apabila terdapat overbit yang teruk. Keadaan ini dikenali sebagai retrognatisme (atau retrognatia). Ia bermakna gigi dan rahang atas bertindih dengan rahang dan gigi bawah secara ketara.
Kelas 3: Kelas 3 gigi condong juga didiagnosis apabila ada overbit yang sangat teruk. Keadaan ini dikenali sebagai prognatisme yang bermakna rahang bawah menonjol ke hadapan. Hal ini menyebabkan gigi bawah akan bertindih dengan gigi dan rahang atas.
Bagaimana pesakit Gigi Condong dirawat?
Kebanyakan orang yang mempunyai gigi condong sedikit, tidak memerlukan sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, doktor gigi akan merujuk anda kepada pakar ortodontik sekiranya gigi anda condong teruk. Bergantung kepada jenis gigi condong anda, pakar ortodontik akan mengesyorkan pelbagai rawatan. Ia boleh termasuk:
Pendakap gigi untuk membetulkan posisi gigi:
Penyingkiran gigi untuk membetulkan kesesakan.
Mengubah semula, mengikat, atau menutup gigi.
Pembedahan untuk membentuk semula atau memendekkan rahang.
Wayar atau plat untuk menstabilkan tulang rahang.
Rawatan untuk gangguan ini juga boleh mengakibatkan beberapa komplikasi. Ini termasuk:
Kerosakan gigi.
Kesakitan atau ketidakselesaan.
Kerengsaan mulut daripada penggunaan peralatan seperti pendakap gigi.
Kesukaran mengunyah atau bercakap semasa rawatan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gigi Condong?
Mencegah gangguan ini boleh jadi sukar kerana kebanyakan kes gigi condong adalah keturunan. Ibu bapa bagi kanak-kanak harus mengehadkan penggunaan puting dan botol bagi membantu mengurangkan perubahan dalam tumbesaran rahang. Pengesanan awal gigi condong mungkin membantu memendekkan tempoh (tahap keterukan) rawatan yang diperlukan bagi membetulkan masalah ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
_
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak cabaran yang perlu dilalui oleh para ibu untuk menjayakan proses ini. Untuk menyusukan bayi, ibu perlulah rajin mencari informasi yang tepat dan sentiasa belajar apa tentang penyusuan bagi melancarkan perjalanan untuk memberi susu badan kepada anak.
Susu ibu sememangnya sumber zat pemakanan terbaik buat bayi baru lahir. Lantas, semua ini digalakkan untuk menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu. Namun, amalan penyusuan ini tidaklah semudah yang disangka.
Banyak mitos pelik yang popular dalam kalangan ibu menyusu. Ia mematikan semangat si ibu dan membuatkan proses menyusu menjadi susah!
Bila Susu Kurang, Tak Mampu Nak Susukan
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan seperti hypoplasia of mammary gland, tumpah darah yang banyak selepas kelahiran, Sheehan syndrome dan polycystic ovarian syndrome (PCOS).
Jika tidak mengalami masalah ini, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi keperluan bayi. Ketahuilah, kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu lebih daripada keperluan bayi!
Petunjuk kurang kenaikan berat badan bayi bukan berpunca daripada kurang susu tetap ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh si bayi. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan yang tidak betul dan sebagainya. Apabila hal ini berterusan, ia menjadi punca penghasilan susu semakin berkurangan.
Jika anda rasa susu kurang, teliti semula teknik penyusuan anda.
Bilas Mulut Bayi Dengan Air Masak
Ia tidak benar sama sekali. Jika anda melakukannya, ia boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak memerlukan sumber makanan lain selain daripada susu ibu. Tambahan pula, air masak tiada zat makanan.
Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil itu akan mengembang dan menyebabkan dia kenyang. Lalu, bayi tidak akan mahu menyusu. Apabila tiada permintaan, maka tiadalah permintaan. Disebabkan itu, ia akan mengganggu proses penghasilan anda.
Susu Formula Sebagus Susu Ibu
Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak boleh menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan kandungan antibodinya demi melindungi bayi.
Bayi Tak Naik Berat Sebab Susu Tak Berkualiti
Kualiti susu ibu adalah sangat tinggi. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah.
Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu akibat teknik penyusuan yang salah atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa segera oleh doktor pakar.
Ibu Menyusu Pun Kena Minum Susu
Susu ibu dihasilkan daripada sistem peredaran darah. Bukan terus daripada perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata demi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik.
Adalah lebih penting jika anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan minum banyak air dan tidak terhad kepada susu semata-mata.
Saiz Kecil, Sebab Tu Susu Sikit
Hal ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Saiz payudara dipengaruhi oleh kandungan tisu lemak di dalam payudara. Penghasilan susu ibu pula dipengaruhi oleh tisu kelenjar yang berada di dalam payudara.
Kalau Susu Ibu, Tak Boleh Beri Guna Botol
Anda digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari payudara. Banyak kebaikan yang bakal anda peroleh. Antaranya mengurangkan risiko kanser payudara, meringankan tekanan si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Namun, kebanyakan ibu menyusu kini bekerjaya. Jadi, tiada salahnya jika anda mengepam susu, menyimpan dan menyusukan bayi menggunakan botol susu. Apa yang penting, bayi mendapat susu ibu.
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami.
“Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11.12 malam tadi melalui pembedahan. .
“Berat 3.02 kilogram saja. Mak dia yang berat,” tulisnya menerusi entri di Instagram pagi tadi.
Memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keempatnya itu, Nourul turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.
“Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you.
“Thank you for the love and joy that you have shown me.
“La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek Isabella sampai pukui 2.30am.
“Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga,” tambahnya.
Nourul juga bakal berkongsi foto Isabella apabila tiba masa yang bersesuaian kelak.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Sumber: Astro Gempak & ig Nourul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarum tertinggal ketika bersalin, wanita menderita 18 tahun. Seorang wanita Thailand, baru-baru ini, mengejutkan media sosial selepas mendedahkan jarum tertinggal di dalam alat kelaminnya semasa melahirkan anak 18 tahun lalu. Wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan ia masih tidak dapat dikeluarkan.
Jarum Tertinggal Ketika Bersalin, Wanita Menderita 18 Tahun
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pendedahan itu dibuat pada 5 November di laman web rasmi Yayasan Pavena untuk Kanak-Kanak dan Wanita iaitu sebuah pertubuhan bukan keuntungan di Thailand yang bertujuan membantu mangsa penderaan, termasuk rogol, gangguan seksual dan perdagangan manusia.
Yayasan itu berkongsi bahawa pihaknya menerima surat daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang tinggal di Narathiwat, sebuah wilayah di selatan Thailand dengan namanya tidak didedahkan.
Wanita itu meminta bantuan mengenai kesilapan perubatan yang berlaku 18 tahun lalu ketika dia bersalin di sebuah hospital.
Semasa proses bersalin, kakitangan perubatan secara tidak sengaja menjatuhkan jarum ke dalam alat kelaminnya, namun gagal mengeluarkannya.
Bimbang mengenai pendarahan yang berlebihan, mereka memilih untuk menutup luka itu dan meninggalkan jarum di dalamnya.
Sejak itu, wanita itu mengalami sakit perut yang tidak tertanggung olehnya.
Dia tidak menyedari kejadian itu sehinggalah tahun lalu apabila pemeriksaan X-ray di sebuah hospital kerajaan mendedahkan jarum yang tersekat di dalam alat kelaminnya.
Wanita itu kemudiannya dirujuk ke sebuah hospital di wilayah Songkhla untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, prosedur itu ditangguhkan tiga kali disebabkan jarum berkenaan berpindah di bahagian lain di dalam tubuhnya.
Jarum itu masih belum dikeluarkan, memaksanya melawat hospital empat kali sebulan untuk pemeriksaan susulan bagi memantau keadaannya.
Walaupun kebanyakan kos perubatannya dilindungi oleh insurans, dia masih menghadapi tekanan kewangan signifikan daripada kos tambahan.
Ia seperti kos pengangkutan, yang tidak mampu ditanggung oleh keluarganya kerana mereka bergelut dengan masalah kewangan.
Perkara ini mendorongnya untuk meminta bantuan daripada Yayasan itu.
Setelah menerima permintaannya, yayasan itu bekerjasama dengan sebuah hospital awam tempatan untuk memastikan ketua kampung menemani wanita itu bagi mendapatkan rawatan komprehensif.
Mereka juga menghubungi pejabat keselamatan sosial tempatan untuk mengatur pengangkutan bagi lawatan hospitalnya dan berjanji terus memantaunya.
Butiran mengenai bila jarum itu boleh dikeluarkan dan tempoh rawatan perubatan yang diperlukan oleh wanita berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.
Maklum balas hospital terhadap insiden ini dan sebarang tindakan undang-undang yang mungkin diambil untuk tuntutan pampasan masih belum diperoleh.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.