Sewaktu hamil, pemakanan ibu sangatlah penting. Waktu inilah ibu harus menjaga untuk ambil makanan yang sihat, dan lebih berkhasiat. Terutamanya keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan folate akan bertambah dari sebelum hamil.
Berat badan ibu yang hamil diharapkan untuk bertambah secara sikit sikit, tapi konsisten, sepanjang kehamilan. Jumlah peningkatan berat badan yang diharapkan ibu hamil adalah dalam 5 – 18kg tergantung berat sebelum hamil.
Saya selalu nasihatkan pesakit saya untuk pastikan pemakanan seharian adalah cukup dan sihat, walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.
Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.
Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah insya-Allah, dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).
Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:
Protein
Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.
Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.
Contoh makanan sumber kalsium
moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy
Zat besi (iron)
Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.
Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate / supplement folic acid walaupun sebelum hamil.
Contoh makanan sumber folate
bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis
Vitamin C
Ads
Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.
Contoh makanan sumber vitamin C
baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato
Lemak / Essential Fatty Acids
Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.
Cadangan makanan
chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil
Probiotic / prebiotic
Makanan untuk kesihatan usus ni sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Saya tak pernah lupa untuk ingatkan pesakit saya untuk ambil yang ini.
Sumber: Dr. Aimi Jaafar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asid folik boleh menyebabkan risiko anak autisme? Malah kajian terbaru dari John Hopkins Bloomberg school of Public Health menyatakan asid folik boleh menyebabkan risiko anak mendapat autisme.
Bagaimanapun menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, sebenarnya terdapat banyak bukti saintifik yang menunjukkan asid folik dapat mengurangkan risiko mendapat kecacatan tiub neural seperti spina bifida.
Pertubuhan kesihatan sedunia termasuk RCOG, menyarankan agar wanita mengambil asid folik ketika sedang cuba untuk hamil dan ketika di peringkat awal kehamilan.
Dalam kajian terbaru seperti di atas, wanita yang mengambil dos rendah asid folik tidak mendapat anak yang mempunyai autisme, manakala wanita yang mengambil asid folik dalam dos yang tinggi mendapat anak yang mempunyai autisme.
Pengkaji dalam kajian tersebut, mengakui kelebihan dan faedah yang didapati dari suplemen asid folik ini, dan TIDAK menyuruh wanita dari BERHENTI mengambil asid folik.
Keputusan dari kajian yang kecil ini perlu diambil secara berhati-hati kerana asid folik dan kaitannya dengan autisme MASIH TIDAK DIKETAHUI.
Walaubagaimanapun, wanita digalakkan untuk mengambil dos yang disarankan sahaja setiap hari, tapi tidak melebihi dos yang sepatutnya. Perkaitannya dengan autisme masih perlu dikaji lagi.
Semua wanita disarankan untuk mengambil 400microgram asid folik setiap hari ketika sedang cuba untuk hamil, dan diteruskan sehingga minggu ke-12 kehamilan. Dos yang lebih tinggi hanya untuk sesetengah kumpulan wanita seperti mereka yang mempunyai diabetes.
Polisi pemakanan yang memastikan roti ditambah dengan asid folik diperlukan sebagai inisiatif kesihatan awam untuk memastikan tiada kekurangan zat asid folik dikalangan ibu hamil. Ini penting lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai pola pemakanan yang tidak memuaskan atau mempunyai sosioekomi yang kurang memberangsangkan, juga kepada mereka yang tidak merancang kehamilan.
Jangan cepat melatah dan BERHENTI menakut-nakutkan orang ramai dan ibu-ibu hamil mengenai Asid Folik & Autisme
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian waktu hamil amat penting agar dapat menjamin kesihatan diri sendiri dan perkembangan positif bayi dalam kandungan.
Sebab itulah ibu hamil disarankan untuk makan makanan yang sihat dan segar. Jangan sekali-kali skip waktu makan hanya kerana hendak muntah.
Ketika hamil, apa yang mama kena tahu, lebihkan empat jenis makanan superfood ini untuk tingkatkan kesihatan ibu hamil dan kandungan.
Ikan
Pengambilan ikan ketika hamil selalu menjadi pertikaian kerana ada yang bimbang tentang kandungan merkuri yang tinggi. Biasanya ikan yang hidup di dalam lautan dalam mempunyai risiko sebegini.
Walaupun begitu, anda perlu tahu bahawa ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Oleh yang demikian, ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan otaknya.
Sayur Berdaun Hijau
Ramai yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, adalah penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu harian.
Digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau terutama sayur bayam kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik.
Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan.
Brokoli
Selain dari sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau iaitu brokoli.
Memasukkan brokoli sebagai salah satu makanan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda memperoleh beberapa nutrien makanan penting.
Secara tak langsung ibu dibekalkan dengan potassium. Potassium dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi di dalam kandungan.
Produk Tenusu
Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain menguatkan tulang dan gigi bakal ibu, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak dalam kandungan.
Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu atau boleh juga gantikan dengan melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga seperti keju dan yogurt.
Mahu merasai debaran yang sama, pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Ayda Jebat akan turut mengetahui dan sekaligus mengumumkan jantina bayi kedua mereka dalam satu majis ringkas.
Majlis pengumuman itu turut diadakan bersempena sambutan hari lahir Ana Nayla yang kedua tahun.
Kata Nabil majlis itu akan menjadi kejutan buatnya dan isteri kerana sehingga kini kedua mereka masih tidak mengetahui jantina bayi kedua mereka.
“Sekarang pun kami berdua masih tak tahu jantina bayi samada lelaki atau pun perempuan. Kami akan buat pengumuman nanti pada 23 September depan.
“Sebenarnya kami pun nak suprise. Sebab itulah ketika pemeriksaan scan dengan doktor, kami minta agar keputusan jantina anak ditutup sehingga tarikh pengumuman nanti,” kongsinya.
Malah akui Nabil lagi, secara peribadi dia menginginkan seorang anak lelaki namun menyerahkan segalanya pada Allah SWT.
“Kalau ikutkan naklah timang anak lelaki pula. Tapi apa yang paling utama bagi kami ialah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan proses kelahiran dipermudahkan,” katanya lagi.
Tidak hanya berkongsi jantina, pasangan ini juga akan turut meraikan sambutan hari lahir anak sulung mereka, Ana Nayla yang lahir pada 21 September.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ana Nayla yang hampir berusia dua tahun.
Kalau diberi peluang, anak-anak luar bandar pun boleh gegar dunia! Itulah yang dibuktikan oleh sekumpulan pelajar hebat dari MRSM Ulul Albab FELDA Trolak apabila pasukan orkestra mereka, MARESMAF Wind Orchestra (MAWO), berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa!