Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi detik penuh makna bagi setiap pasangan suami isteri. Saat indah ini juga sedang dirasai oleh pasangan pelakon terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Kelahiran puteri sulung mereka, Hawra Uqaira, bukan sahaja menjadi penguat cinta mereka tetapi juga membawa pengalaman baru bagi Kamal dan Uqasha dalam peranan sebagai ibu bapa. Walaupun pada fasa awal ini terdapat cabaran yang menguji kesabaran, Kamal tetap berusaha yang terbaik serta tabah dalam menguruskan anak kecil mereka dengan penuh kasih sayang.
Setiap tawa dan tangisan Hawra membawa makna baru, mengajarnya tentang cinta yang tak bersyarat dan pentingnya kehadiran cahaya mata dalam hidup. Proses menjadi ayah bukanlah perjalanan yang mudah, tetapi Kamal merasakan kedewasaan yang luar biasa. Ia bertekad untuk menjadi kekuatan buat puterinya dan menghadapi setiap cabaran dengan semangat baru. Bersama Hawra, ia menemukan kekuatan dalam cinta dan harapan, bersedia menghadapi masa depan yang lebih bahagia.
Setiap detik bersama Hawra mengajar Kamal erti cinta, kasih sayang, dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Lebih manis, Kamal turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa Millennial. Ikuti pengalaman dan luahan hati Kamal yang baru sahaja bergelar bapa.
Ads
Menurut Kamal, kehadiran anak perempuan Hawra Uqaira, telah membawa perubahan besar dalam hidupnya. Menjadi seorang bapa membuatkan Kamal lebih matang dan bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan seharian.
Kata Kamal perjalanan untuk menjadi seorang bapa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia memberikan peluang kepadanya untuk membesar secara peribadi dan lebih dewasa dalam setiap tindakan.
Kamal tekad untuk menjadi sumber kekuatan buat anak perempuannya dan menghadapi setiap cabaran yang datang dengan semangat yang baru. Bersama Hawra, Kamal menemukan kekuatan dalam cinta dan harapan, bersedia menghadapi masa depan yang lebih cerah dan bahagia.
Mohon Maaf Pada Uqasha
Ads
Selepas Uqasha melahirkan anak, Kamal menjelaskan bahawa tidak menerima sebarang tawaran kerja selama tiga bulan bagi memberikan tumpuan penuh kepada Uqasha dan anak mereka. Kini, beliau baru sahaja memulakan semula aktiviti kerjanya. Walaupun jadualnya sangat padat, beliau tetap berharap dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
“Selepas Uqasaha bersalin, saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil ‘job’ selama tiga bulan untuk memberi tumpuan penuh kepada Uqasha dan anaknya. Kini saya baru nak mula kembali bekerja. Walaupun jadualnya sangat padat, saya sentiasa berharap dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Dalam pada itu, Kamal mendedahkan Uqasha sangat menjaga anaknya, Hawra terutama aspek kebersihan untuk memastikan kesihatan anaknya yang masih kecil.
“Uqasha, akan memastikan sesiapa sebelum memegang Hawra, kena cuci tangan dulu.
Dalam pada itu, Kamal Adli mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada isteri tersayangnya tidak dapat bersama sepanjang masa dalam tempoh kehamilan anak sulungnya disebabkan faktor kerjanya.
Ads
“Saya ingin memohon maaf kepada isteri saya. Sepanjang tempoh kehamilannya, saya sering terpaksa outstation untuk penggambaran, menyebabkan Uqasaha sering ditinggalkan.
“Saya benar-benar minta maaf dan berterima kasih kepada Uqasaha kerana menjaga Hawra dengan begitu baik sepanjang dalam kandungan, walaupun ada masa-masanya dia mengalami emosi yang tidak menentu.
“Secara jujur, saya ingin memohon maaf. Saya yakin Uqasaha mampu menjadi ibu yang terbaik,” luah Kamal dengan telus.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, selain Uqasha juga sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama Uqasha keguguran ketika dia mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan yang kedua pula pada November 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaquan Adha kongsi nama anak ke 7, comel Muhammad Aisy Al Raees, hidung mancung. Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu. Bayi lelaki pasangan itu dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram.
Zaquan Adha Kongsi Nama Anak Ke 7, Comel Muhammad Aisy Al Raees, Hidung Mancung
Menerusi satu perkongsian video di laman Instagramnya, Zaquan berkongsi wajah anak ke tujuh serta memaklukmkan nama anak ke tujuhnya itu. Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha, nama jadi pilihan. Setiap nama anak lelaki dipangkalnya ada nama ‘Muhammad Aisy.’
Dalam video tersebut memaparkan wajah Muhammad Aisy Al Raees baring di dalam buaian rotan yang merupakan warisan turun temurun.
Hantaran Zaquan dihujani komen-komen di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan kecomelan bayi ke tujuh pasangan bahagia itu.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.
Pempengaruh media sosial, Cik B, berkongsi kisah pilu mengenai kehilangan dua abangnya yang terkorban dalam kebakaran ketika dia berusia lapan tahun. Melalui sebuah video yang tular di TikTok, Cik B menceritakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.
Menurut Cik B, kedua-dua abangnya, yang ketika itu berusia 11 dan 12 tahun, terperangkap dalam bilik air rumah pekerja mereka ketika kebakaran yang berlaku di rumah tersebut. Walaupun tidak terbakar, kedua-dua abangnya meninggal dunia akibat terhidu asap tebal yang memenuhi ruang tersebut. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata, meninggalkan kenangan pahit dalam hidup Cik B dan keluarganya.
Video yang dikongsikan di TikTok ini telah menyentuh perasaan ramai netizen. Ramai yang mengakui turut bergenang air mata selepas mendengar cerita Cik B, yang meluahkan perasaan dengan penuh emosi. Tidak hanya itu, ramai yang turut memberikan kata-kata semangat dan doa agar Cik B dan keluarganya terus tabah dalam menghadapi ujian yang begitu besar.
“dan arwah abang cik b ketika kejadian diorg meninggal dgn pakaian raya diorg”
“big hug cikB dan Al-Fatihah dibacakan untuk 2 abang cikb”
“first time dgr kisah sebenar dr mulut cik b sndiri.. sedihnya.. 😭😭😭 walaupun cik b tenang.. tapi nmpk dia mcm nk nangis.. 😭😭 kuatnya dia.. Allah takkan duga klu kita tak mampu.. lagipun arwah meninggal pada bulan mulia.. semoga Allah memberikan ganjaran yg lebih baik utk mereka sekeluarga.. aamiin ya rabbal ala min”
Dalam video tersebut, Cik B turut berkongsi kenangan manis bersama kedua-dua abangnya. Menurutnya, abangnya sangat rapat dengan ibunya, Datuk Seri Vida. Setiap kali bulan Ramadan, abangnya akan membantu menyediakan hidangan sahur dan menyuapkan makanan kepada ibunya. Kasih sayang dan kepedulian mereka terhadap ibu amat mendalam, dan ia tetap hidup dalam ingatan Cik B walaupun setelah kehilangan mereka.
Kisah ini bukan sahaja mengundang simpati, tetapi juga memberikan inspirasi kepada ramai agar menghargai setiap detik bersama orang yang tersayang. Cik B melalui pengalaman yang sangat mencabar, namun dia tetap tabah dan kuat dalam menghadapi segala dugaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof dilihat semakin berpanjangan.
Hari ini, hati seorang wanita bergelar ibu yang sekian lama bertahan demi dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah sedikit tercalar.
Semuanya gara-gara satu hantaran yang dibuat suaminya di Instagram. Ujar Sarah menerusi Insta Storynya, dia sebolehnya tidak mahu lagi memberikan sebarang reaksi kepada isu hangat ini kerana memikirkan perasaan dua anaknya yang masih kecil.
Malah kata Sarah lagi, sebolehnya dia tidak mahu mengguris hati dua anaknya kerana mereka kini semakin memahami.
“Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku.
“Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga,” kongsi Sarah.
Pohon Sarah lagi, dia tidak mahu suaminya itu terus menyakiti hati dan perasaan dua anak kecilnya yang sedang membesar.
“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar.
“Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikir sebelum membuat sebarang hantaran.
“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” katanya sinis.
Rentetan kisah itu, terbaru Sarah juga meminta untuk dilepaskan kerana tidak rela dimadukan.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better,” katanya lagi menerusi satu entrinya di Instagram.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.