Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia adalah merupakan sokongan kepada bayi. Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital. Di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untuk diuruskan.
Ads
Ambil tahu langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelum kelahiran terutama sekali bagi ibu dan bapa kali pertama. Ikuti langkah demi langkah berikut;
Ads
Ads
Uri akan dicuci dengan air bagi menghilangkan darah sebelum diserahkan
Uri perlu diuruskan secepat mungkin setelah dibawa pulang ke rumah supaya ia tidak berbau.
Cuci uri dengan dimulakan dengan Basmalah.
Cuci bersih dengan menggunakan air bagi menghilangkan darah yang masih tertinggal. Elakkan daripada menggunakan sabun atau syampu.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri tersebut bersih.
Lumurkan garam dan cuci bersih.
Kemudian lumurkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah.
Bau hanyir darah perlu dihilangkan kerana ia boleh menyebabkan binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
Baluti uri menggunakan pembalut yang mudah reput seperti beg plastik mudah reput, kotak bagi mengelakkan air basuhan yang mungkin masih mempunyai kesan darah menitik.
Kemudian balutinya menggunakan kain.
Kain tersebut tidak semestinya kain berwarna putih.
Balutkan bungkusan uri membentuk seperti bunjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam.
Sediakan lubang untuk menanam uri dengan menggali tanah sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan atau dikorek binatang.
Baca Basmalah dan selawat semasa meletakkan uri dalam dalam dan menimbusnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman telah berkongsi satu khabar yang mengejutkan apabila salah seorang anak kembar mereka, Zayyan cedera ringan selepas bibirnya tertusuk besi alat kawalan jauh kereta mainan.
Dipercayai Tergigit Besi
Menurut Syaheera menerusi laman Instagramnya, bibir anaknya iaitu Favian Adrazin Zayyan yang juga pasangan kembar, mengalami kecederaan berkenaan dipercayai akibat tergigit besi tersebut.
Sejurus selepas itu, anak selebriti ini dikejarkan ke hospital bagi membuang besi dan mendapatkan rawatan lanjut.
Selamat Jalani Pembedahan
Kongsi Syaheera lagi, besi tersebut berjaya dikeluaran dan anaknya selamat menjalani pembedahan sekitar 1.30 pagi. Dalam pada itu, dia turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan keselamatan anak mereka.
“Alhamdulillah semuanya selamat dah .1:30 pagi semalam masuk OT. Fully bius sebab dalam keadaan dia sakit memang susah untuk tarik keluar. Doktor jahit balik gusi. Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih yang tak henti-henti tanya dan doakan anak mommy sorang ni”
Selain Zayyan dan pasangan kembarnya, Favian Adrazin Hayyan Fad dan Syaheera yang berkahwin pada 14 Mac 2015 juga dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Sumber: ig Syaheera Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi.
Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.
Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari.
Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.
Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu.
Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi. Asalkan anda melakukan beberapa panduan berikut.
1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak.
Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.
2.Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara konsisten mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean.
Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.
3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas dua bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil.
Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi.
Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan berbahaya.
Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan juga bayi.
4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi.
Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.
5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah enam bulan.
Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada maka sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berpantang selepas bersalin adalah salah satu tempoh penting untuk memulihkan kesihatan ibu. Ada beberapa perkara penting perlu ibu elakkan terutama yang kena banyak jahitan masa bersalin.
Ini kerana, otot dalaman dan luka itu memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan dapat kembali menguruskan kehidupan harian seperti biasa.
ILMU DARI NURSE : TIPS AGAR LUKA JAHITAN BERSALIN CEPAT SEMBUH
1. Cuci luka – sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering-kering pakai tisu gulung/tuala, lepastu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dlm 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lg 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tmpt jahitan. Hair dryer boleh tp bising sgt bunyi dia.
2. Spray bottle – beli dkt kedai 2hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dlm lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lg dkt KK. Kalau pakai kapas dab dab, kadang2 tak kena tempat luka tu, mcm saya la mula2. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu2 benang atas dah hilang.
3. Kurangkan berjalan tetapi boleh bersenam – semestinya. Kalau perlu sgt, tolonglah kepit mcm tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.senaman kegel pon menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh.
4. Tukar pad – tukar 2 -4 jam sekali. Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. kalau anak meragam, buatlah kerap mana yg mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lg apa semua. Please elak.
5. Vitamin C, zinc – ambiklah extra vit c. Macam saya tak boleh mkn oren sunkist tu sbb perut meragam, saya ambik vit c tambahan utk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yg boleh mkn oren, lagi baik. Cepat kering.
6. Air garam – ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, mcm2 org kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lps buang air. Kalau dpt buat sitz bath lg better-berendam
7. Buang air – elak sembelit ye. Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit- kalau susah nak minum susu,ambil je kalsium . Sembelit mmg akan kacau tmpat jahitan tu, takut terbuka. Jgn teran2 sgt ye.
Ni je basic penjagaan luka jahitan. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sebab tahap kebersihan bahan-bahan tersebut diragui juga & sebab takut jadi jangkitan jugak.