Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2020 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagaimanapun oleh kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka kelas antenatal yang dianjurkan juga tidak terlepas daripada mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan pengambilan suhu badan setiap peserta yang hadir.
Mungkin disebabkan banyak hospital telah menangguhkan kelas antenatal anjuran mereka maka kelas antenatal SSASH ini telah mendapat sambutan dan dihadiri oleh 30 pasangan bakal ibu bapa di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Putrajaya bahkan ada yang datang dari luar daerah termasuk Melaka dan Seremban.
Ads
Pasangan bakal ibu bapa yang hadir ke kelas antenatal ini kelihatan teruja untuk menimba ilmu memandangkan majoriti mereka sedang menanti kelahiran anak pertama. Jadi sudah tentu peluang menghadiri kelas antenatal yang menyediakan pelbagai ilmu dan persediaan sebelum kelahiran bayi diharap dapat membantu mereka menguruskan bayi kelak.
Program kelas antenatal yang bermula seawal pukul 9 pagi dimulakan dengan slot oleh Pegawai Dietetik SSASH yang berkongsi tajuk Pemakanan Optimum Semasa Hamil & Menyusu.
Ads
Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, ia disambung pula oleh Jururawat Kebidanan yang menunjukkan Teknik Penyusuan Badan & Penjagaan Bayi. Ia sememangnya slot paling dinantikan oleh para bakal ibu yang berharap ia dapat jadi bekalan untuk mereka menyusu dan menguruskan bayi selepas dilahirkan nanti. Sesi seterusnya pula dikelolakan oleh Doktor Pakar Kanak-Kanak yang mengupas tajuk penting bayi baharu lahir iaitu masalah Jaundis dan Imunisasi.
Selepas berhenti makan tengah hari, tajuk yang paling penting bagi setiap ibu hamil adalah Kehamilan dan Kelahiran yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan. Pelbagai kupasan tentang persediaan untuk melahirkan bayi disampaikan oleh doktor. Ia sedikit sebanyak memberikan info kepada bakal ibu yang kebanyakannya sudah memasuki trimester ke-3 kehamilan dan tidak berapa lama sahaja lagi akan melalui proses melahirkan anak.
Ads
Pa&Ma turut hadir membuka kaunter pendaftaran ahli Pa&Ma Moms To Be 2.0. Dengan menyertai komuniti ini, para bakal ibu akan dimasukkan di dalam grup telegram Pa&Ma Moms To Be yang akan berkongsi pelbagai info, artikel, peraduan dan berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Sebagai penghargaan kepada bakal ibu yang mendaftar pada hari tersebut, Pa&Ma menghadiahkan mereka sehelai bedung bayi setiap seorang sebagai kegunaan anak yang akan dilahirkan kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma yang diadakan pada Ogos lalu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya membuat simpanan awal buat anak, nampaknya orang ramai mula peka mengenai hal ini.
Ini berikutan hampir 100 penyertaan diterima oleh pihak SSPN dan Pa&Ma sepanjang peraduan ini dibuka kepada umum dengan memberi peluang kepada ibu bapa merakam aksi anak menolong buat kerja rumah serta reaksi mereka setelah menerima upah.
Dalam peraduan ini juga, ibu bapa perlu merakam gelagat anak apabila disuruh menabung dan di postkan di Instagram masing-masing sebelum penilaian di buat oleh juri. Dengan menggunakan #DoItBaruBerduit sememangnya momen ini memberi kegembiraan buat anak.
Setelah penjurian dilakukan, sebanyak 13 video yang dihantar telah terpilih untuk memenangi hadiah akaun SSPN iaitu tiga hadiah utama dan 10 hadiah saguhati.
Bagi meraikan pemenang peraduan Simpan Challenge, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Ibu Pejabat PTPTN di Kuala Lumpur.
Hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut adalah Cik Mastura Mohd Khalid, (Ketua Pegawai Operasi PTPTN), Puan Wan Erni Liza Md Izatzi, (Managing Editor Family & Parenting) dan Puan Emy Haznida Hazairul Sham (Editor Pa&Ma).
Dalam ucapan ringkas Cik Mastura, beliau mengharapkan kolaborasi antara pihak SSPN bersama Pa&Ma ini dapat terus memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai pentingnya membuat simpanan dari awal demi masa depan anak.
Hanya RM1 sehari, sebulan RM30 sedikit sebanyak ia dapat membantu ibu bapa dari pelbagai latar belakang untuk memikirkan yang terbaik buat anak. Seandainya anak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, semestinya simpanan ini sangat berguna.
Sementara itu, untuk tempat pertama peraduan Simpan Challenge telah dimenangi oleh Puan Chew Saw Tean dari Pulau Pinang namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan telah diwakilkan kepada En Suhaizal Yusof. Manakala untuk pemenang tempat kedua, dimenangi oleh Encik Mohd Zulkhairi Abdullah dari Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Emilia Salim dari Johor Bahru.
Hadiah untuk tempat pertama adalah akaun SSPN bernilai RM500, tempat kedua akaun SSPN bernilai RM300 dan tempat ketiga akaun SSPN bernilai RM200. Bagi 10 hadiah saguhati akaun SSPN bernilai RM100.
Sedikit ringkasan mengenai peraduan Simpan Challenge ini, sebenarnya ia bermula melalui Zoom Class E Workshop Financial Parenting yang dianjurkan oleh SSPN dan panel jemputannya ialah Dr Azuraida Shahadan dengan mengupas topik Tip Urus & Simpan Duit Anak Sampai Jadi Berganda.
Selain Dr Azuraida, selebriti jemputan, Dato Dr Fazley Yaakob juga turut memberi sokongan apabila merakam video anaknya yang diminta membuat kerja sebelum diberi upah dan videonya itu menjadi rujukan untuk peserta menghantar video anak masing-masing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lama saja lagi, cuti sekolah akan bermula. Ia adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh anak. Tak perlu bangun awal pagi untuk ke sekolah dan boleh berehat dari belajar. Selain itu, cuti sekolah kali ini juga dapat membantu anak-anak untuk bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum ‘naik’ ke darjah yang seterusnya.
Buat Aktiviti Bersama Anak
Ketika cuti sekolah, luangkan masa bersama anak-anak untuk buat aktiviti berfaedah bersama. Bukan saja masa dapat dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti tetapi juga menguatkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga.
Salah satu perkara yang boleh dibuat semasa cuti sekolah adalah dengan membawa anak-anak pulang ke kampung. Bolehlah mereka berjumpa dengan datuk nenek serta sepupu lain yang turut pulang ke kampung.
Ketika berjumpa di kampung, kita boleh merancang untuk mengadakan hari keluarga. Buatlah macam-macam jenis games untuk menggalakkan semua keluarga terlibat dan merapatkan ukhwah sesama kita. Memang best!
Bawa Anak Ke Taman Tema
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dibuat ketika cuti sekolah adalah dengan membawa anak-anak ke taman tema. Seronoknya dapat bermain di sana bersama mereka. Bukan sekadar bergembira tetapi sebenarnya membawa anak ke taman tema dapat merangsang mereka menjadi lebih berani dan lebih pandai bersosial.
Layan Netflix Satu Keluarga!
Nak luangkan masa dengan anak-anak tak semestinya perlu keluar dari rumah. Tonton TV di rumah juga bolah jadi satu aktiviti yang menyeronokkan. Tahukah anda, untuk cuti sekolah nanti Netflix membawakan keseronokan melalui pelbagai pilihan filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Antara filem yang bakal menemui nda sekeluarga adalah seperti Leo, Nimona, The Monkey King, The The Magician’s Elephant, Minions: The Rise of Gru, dan Chicken Run: Dawn of the Nugget.
Bukan sekadar filem, tetapi Netflix turut menawarkan pelbagai pilihan siri seperti My Dad the Bounty Hunter dan Princess Power serta Sweet Tooth, Kung Fu Panda: The Dragon Knight, Sonic Prime, dan Spirit Rangers!
Bermula 24 Februari 2023, Oddballs musim kedua akan bermula yang memaparkan James (seorang kanak-kanak lelaki berbentuk seperti buih) bersama rakan-rakannya iaitu Max (buaya yang boleh bercakap) dan Echo (kanak-kanak perempuan yang mendakwa dirinya dari masa depan) dengan pengembaraan mereka.
Pada 17 Mac 2023 pula, anda boleh menonton The Magician’s Elephant yang berdasarkan novel tulisan Kate DiCamillo yang menceritakan tentang kisah Peter dan adiknya Adele dalam usaha mereka mencari gajah misteri dan ahli magik.
Mula ditayangkan pada 21 Mac 2023 pula anda boleh menonton We Lost Our Human iaitu kisah dua ekor haiwan peliharaan yang bangun tidur pada satu hari dan mendapati semua manusia di bumi sudah tiada!
Terpulanglah apa saja jenis pilihan aktiviti untuk dibuat bersama anak, selagi bersama dengan kita ia akan menjadi kenangan terindah buat mereka. Luangkan masa sebaik-baiknya dengan anak-anak untuk membentuk peribadi positif dalam diri mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia sejak akhir tahun 2019, ia juga telah mengubah normal kehidupan ramai orang. Sepanjang menjalani tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal pada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 ia benar-benar mengubah normal baharu kehidupan kita.
Antara yang paling terkesan adalah golongan pekerja, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Kebanyakan golongan pekerja dari pelbagai sektor perlu bekerja dari rumah, begitu juga dengan golongan pelajar tak kira yang baru bersekolah tadika, di bangku sekolah rendah, menengah apatah lagi di peringkat kolej dan universiti.
Komputer telah menjadi barangan paling berharga sepanjang kita menjalani tempoh PKP kerana tugasan-tugasan pejabat, mesyuarat dan pelbagai lagi urusan rasmi berkaitan bidang kerja perlu dilakukan di rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak yang bersekolah juga perlu menggunakan komputer kerana kelas pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan.
Tiba-tiba anak-anak perlu berebut dengan ibu dan ayah untuk menggunakan komputer kerana bukan semua orang selama ini mempunyai komputer untuk diri sendiri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tempoh tersebut dan kalau dikenang ia menjadi kenangan lucu setiap ahli keluarga.
Bayangkan bila ibu sudah bersiap untuk menghadiri mesyuarat secara dalam talian, tiba-tiba komputer riba miliknya sudah dikuasai oleh si anak yang sedang fokus mendengar cikgu yang sedang mengajar dalam talian. Akhirnya ibu terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada anak menggunakan komputer tersebut.
Perubahan yang positif
Selepas mengambil kira pelbagai faktor, kini komputer riba bukan lagi barangan mewah tetapi ia adalah barangan keperluan kepada setiap individu dalam rumah bagi menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas.
Jadi ibu ayah sudah boleh mempertimbangkan dan meninjau komputer riba paling sesuai untuk dibeli bagi kegunaan setiap ahli keluarga kerana hari ini kita perlu mengadaptasi dengan pelbagai kebiasaan baharu dalam kehidupan termasuk menghadiri seminar, kuliah, acara termasuk peperiksaan persekolahan anak secara dalam talian.
Jadi jika anda masih tercari-cari komputer riba pilihan, anda boleh mempertimbangkan jenama Acer yang sudah berada di pasaran sejak 44 tahun lalu dan berada di lebih 160 buah negara. Apatah lagi baru-baru ini Acer mengumumkan beberapa model yang telah diperbaharui, termasuklah Acer Nitro 5 dengan pemproses AMD 7nm, Acer Spin 5, Acer Swift 1 dan siri Aspire 5 dan Aspire 3 kini berada di pasaran.
Diperkenalkan seminggu sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan, Acer Malaysia turut melanjutkan promosi Acer Day ke atas produk-produk baharu ini.
Menariknya dalam promosi Hari Kemerdekaan, pelanggan yang membeli peranti-peranti ini dan lahir dalam bulan Ogos akan menerima kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet sebagai hadiah daripada Acer Malaysia.
Cabutan bertuah “Beli dan Menang” (Buy and Win) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000 kepada pelanggan yang membeli model-model terpilih Acer dari mana-mana kedai sah Acer, dalam talian atau fisikal. Hadiah ini merupakan sebahagian daripada promosi Acer Day yang dilancarkan pada 2 Ogos dan berlangsung sehingga 30 September 2020 yang menawarkan hadiah bernilai tambah berjumlah RM500,000.
Mana satu pilihan hati
Dalam barisan produk Acer yang diperbaharui dan diperkenalkan baru-baru ini, berikut antara yang boleh ibu ayah pertimbangkan sebagai pilihan hati iaitu Acer Aspire 5 dan Acer Swift 1.
Acer Aspire 5 and Acer Swift 1 didatangkan dengan lesen Microsoft Office Home & Student 2019 percuma seumur hidup. Ia memberikan nilai tambahan dan membolehkan pelanggan menyelesaikan tugasan harian dengan pantas
Acer Swift 1
Direka selari dengan keperluan pelajar dan pengguna kasual, Acer Swift 1 dilengkapi pemproses Intel® Pentium® Silver N5030, 4GB RAM dan PCIe NVMe SSD amat pantas 256GB demi memenuhi semua keperluan asas penggunaan harian. Paparan FHD IPS 14 inci tampil dengan rekaan bezel nipis yang menawarkan nisbah skrin ke badan 80%. Ia menjanjikan visual yang lebih jelas dan terang menerusi ciri Acer ExaColor™ dan BlueLightShield™.
Acer Swift 1 menampilkan kerangka besi pada bahagian atas dan bawah, bersedia untuk menemani pengguna menjalani kehidupan setiap hari dengan berat hanya 1.3kg serta senipis 14.95mm. Acer Swift 1 hadir dengan rekaan tanpa kipas yang membolehkan penggunaannya kekal senyap. Dengan ciri pengecasan pantas, ia menawarkan jangka hayat bateri sehingga 4 jam apabila dicaj selama 30 minit.
Hadir bersama Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 1 yang berwarna-warni (iridescent) boleh didapatkan pada awal September 2020. Manakala Acer Swift 1 berwarna emas boleh didapati sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua kedai pengedar sah Acer di seluruh negara pada harga RM2,099. Sepanjang promosi Acer Day sehingga 30 September 2020, ia boleh dibeli pada harga RM1,999.
Acer Aspire 5
Dilengkapi pemproses Intel® Core i5 Generasi ke-10, Acer Aspire 5 hadir dengan 4GB RAM bersama slot tambahan untuk tujuan naik taraf pada masa depan. Dari segi storan, Aspire 5 mempunyai PCIe NVMe SSD, 512GB super pantas. Sementara Aspire 5 menawarkan kit naik taraf HDD untuk pelanggan yang mahukan storan lebih banyak.
Sebagai tambahan, Aspire 5 sudah dipasangkan dengan Microsoft Office Home & Student 2019 untuk produktiviti segera. Aspire 5 boleh didapatkan dalam paparan FHD IPS bersaiz 14 dan 15.6 inci, bersama rekaan bezel yang nipis. Aspire 5 menawarkan prestasi cekap dalam kerangka berwarna magis ungu (magis purple) yang bergaya. Model ini boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan pengedar sah Acer di seluruh negara. Harganya ialah RM2,599.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia, hubungi Infoline Produk Acer di talian 180088-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), WhatsApp +6011-1062 8865, atau email ama.acercare@acer.com.
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah komputer riba Acer Swift 3.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.