Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, ia adalah waktu yang mengujakan untuk ibu ayah membeli-belah barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Sudah pasti, senarai semak beli-belah disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang yang ketinggalan.
Dalam kebanyakan barang keperluan bayi, ibu bapa sering buntu sewaktu mahu membeli stroller. Maklum sahajalah, harganya bukan setakat seringgit dua. Ada yang memakan harga hingga ribuan ringgit. Oleh sebab itulah sebelum membeli stroller, ibu bapa perlu teliti semua aspek dengan sebaik-baiknya.
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda berdua membeli stroller. Diharap dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu kalian membuat keputusan yang tepat sesuai dengan keperluan si manja.
1. Bajet
Aspek ni sangat penting. Oleh kerana stroller di pasaran, mahal harganya maka anda perlu tetapkan bajet. Kemudian cari yang bersesuaian dengan bajet itu. Bagi yang ade bajet RM 500 ke bawah mungkin boleh dapatkan jenama seperti Sweet Cherry atau My Dear. Jika dalam lingkungan Rm 500 hingga RM1000 pula, boleh jenguk jenama Combi, Halford atau MacLaren.
Kepada yang ada bajet RM 1000 ke atas, antara jenama yang boleh diberi pertimbangan ialah Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco, Britax dan banyak lagi. Kalau mahu yang lebih mahal dengan bajet RM 5000 ke atas pula, lihatlah jenama Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan sebagainya.
Anda perlu ingat bahawa yang mahal tidak semestinya berkualiti. Apa-apa pun, ia bergantung kepada diri anda sendiri.
2. Keselamatan
Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan. Anda boleh periksa ciri ini dengan meneliti beberapa perkara. Pastikan tempat duduk boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak, adanya sistem tali pinggang keselamatan yang boleh menghalang bayi daripada terjatuh, tiada bucu tajam yang boleh cederakan anak anda, stroller kuat dan kukuh serta stabil dan ada sistem brek pada roda stroller.
Ads
3. Fungsi sistem recline
Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur enam bulan ke bawah. Bayi dalam lingkungan umur ini masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. Jadi, fungsi recline penting untuk membolehkan dia berada dalam stroller dan dapat berbaring dan tidur dengan selesa.
Jika anda mahu membeli stroller yang boleh dipakai sejak daripada usia lahir sehingga besar, pilihlah stroller yang ada fungsi recline.
4. Mudah dilipat
Apabila stroller mudah dilipat, mudah untuk anda kendalikannya. Carilah stroller yang boleh ditutup seperti lipatan payung dan mempunyai ciri lipatan menggunakan satu tangan. Jadi, ia mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana.
5. Saiz dan berat
Saiz sangat penting. Pastikan ia berpadanan dengan saiz kereta anda. Bimbang ia tidak muat untuk diletakkan di boot kereta. Selain itu, pilih jenis yang ringan. Jenama yang paling banyak menjual stroller ringan ialah Combi. Ada yang seringan 3 kg.
Ads
6. Pemegang boleh laras
Tinggi pemegang stroller harus berada selari dengan pinggang atau sedikit ke bawah. Jika tidak, anda mungkin perlu membeli stroller dengan pemegang boleh laras.
Faktor pemegang boleh laras ini terbahagi kepada dua. Satu, ia boleh dilaras daripada segi kepanjangan. Ini perlu jika ada pasangan yang salah seorang rendah dan seorang lagi tinggi. Satu lagi sebab ialah kebolehan pemegang boleh laras digerakkan ke hadapan dan belakang.
Bayi bawah enam bulan lebih sesuai menggunakan forward facing stroller kerana dia akan rasa lebih selamat bila nampak anda. Manakala enam bulan ke atas pula sesuai gunakan rear facing supaya pemandangannya tidak dihalang oleh badan anda.
7. Material
Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Dalam pada itu, apabila bercakap tentang bayi, kebersihannya perlu jadi keutamaan. Dapatkan stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Hal ini kerana bila lama dipakai, ia pasti kotor. Pastikan juga materialnya berkualiti. Tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air.
Ads
8. Tali pinggang
Tali pinggang keledar amat penting untuk mengelakkan anak anda jatuh disebabkan pergerakannya yang aktif dan tidak diduga. Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru – sekeliling pinggang, antara kaki dan dari bahu ke bawah. Pastikan kancingnya mudah untuk anda buka, tetapi cukup selesa dan selamat untuk anak anda.
9. Brek
Seperti membeli kereta juga, anda perlu cuba mengendalikan stroller ini. Cuba gunakan breknya. Adakah brek ini mudah digunakan dan berfungsi dengan baik apabila perlu
10. Pengendalian
Anda sepatutnya boleh menolak stroller dan memusingkannya semula dengan satu tangan. Roda hadapan dan belakang yang boleh berpusing memudahkan lagi pengendalian.
11. Tempat/bakul simpanan
Stroller yang bagus seharusnya mempunyai tempat menyimpan. Apabila membeli belah, anda boleh letakkan barang yang dibeli di tempat simpanan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang sukakan manisan! Bila makan makanan yang manis-manis ni, boleh hilang segala stres dan boleh boost semula semangat. Kalau diberikan kepada orang lain, ia juga boleh membawa senyuman di wajah mereka.
Obcakession bekerjasama untuk memeriahkan BK Mini Fest pada Ogos yang lalu
Biarpun pemanis mulut ini hanyalah makanan, tetapi sebenarnya besar impaknya pada seseorang terutamanya sweet tooth!
Datangnya Idea Buat Candy Buffet..
Bercerita tentang manisan, salah satu pengusaha bisnes ini adalah Siti Maisarah Che Abdullah dan suaminya, Mohd Hisyam Mohd Jamil yang telah mula berbisnes pada tahun 2017. Perniagaan pasangan ini bermula dengan jualan kek sahaja semasa Maisarah melanjutkan pengajian sarjana muda.
Menariknya, tema askar lah!
“Perniagaan Obcakession bermula dengan menerima tempahan kek. Idea untuk adakan servis candy buffet ni bermula bila ada pelanggan saya yang minta buat dekorasi di majlis birthday anak dia.”
Setiap Bisnes Ada Cabaran
Mengusahakan bisnes bukanlah mudah. Pasti ada cabarannya. Perniagaan Obcakession juga tidak lari dugaan dan salah satunya adalah plagiat dekorasi dari pengusaha bisnes lain.
“Selain itu, ada juga pihak tak bertanggungjawab yang mencuri pakej yang Obcakession tawarkan. Gambar pakej kami digunakan tanpa kebenaran oleh pengusaha lain untuk mendapatkan keuntungan lebih.”
Tema comel untuk kanak-kanak perempuan, so nice!
Obcakession juga pernah melalui situasi yang mencabar apabila mereka mengalami kemalangan semasa dalam penghantaran pemanis mulut ke rumah pelanggan. Tidak hanya itu, ditipu oleh pelanggan juga antara pengalaman yang tak boleh dilupakan.
“Kami juga pernah dituduh sebagai scammer kerana menawarkan harga pakej yang murah. Bukan hanya pengalaman buruk yang kami lalui sepanjang berbisnes. Salah satu kenangan manis Obcakession adalah ketika kami dijemput rancangan TV, MHI Extra untuk salah satu segmen mereka.”
Siti Maisarah bersama Editor Pengurusan Family & Parenting, Wan Erni Liza
Pakej Obcakession Yang Menarik!
Sebanyak tujuh jenis pakej ditawarkan Obcakession yang bermula dari bajet serendah RM500-RM1500. Pakej mereka dilengkapi dengan dekorasi, kek, pemanis mulut yang lain, pelbagai jenis gula-gula serta goodies bag. Memang berbaloi!
Selain itu juga, Obcakession juga menawarkan perkhidmatan candlelight dinner setup, hiasan meja, kombo kejutan dan hadiah buat insan istimewa serta hiasan backdrop dan belon.
Dekorasi cantik ketika majlis ulang tahun Aiman Tino
“Alhamdulillah, maklum balas dari pelanggan sangat menggalakkan. Mereka sukakan pakej Obcakession yang ditawarkan kerana harganya antara yang termurah dalam pasaran. Selain itu, pelanggan kami juga sangat berpuas hati dengan kek dan hasil dekorasi yang kami buat.”
Perancangan Masa Depan Obcakession
Mahu terus maju di dalam bisnes pemanis mulut, Obcakession merancang untuk membuka sebuah taman permainan yang dilengkapi dengan dewan majlis.
Tokti juga sempat berkunjung ke booth Obcakession di BK Mini Fest
“Selain perkhidmatan dekorasi, Obcakession mahu sediakan tempat yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis bagi memudahkan pelanggan kami. Itulah perancangan kami untuk masa depan, harap kami berjaya merealisasikan impian ini.”
Bagi anda yang mendapatkan perkhidmatan dari pelbagai pakej menarik dari Obcakession, boleh Whatsapp 011-16933177 atau layari Obcakession
Sempena bulan kemerdekaan Malaysia, MAGGI® melancarkan kempen MAGGI® Sah Malaysia yang bertujuan untuk menyemai sikap optimistik dan menyebarkan semangat positif ke seluruh negara.
Diinspirasikan daripada cara rakyat Malaysia menyokong antara satu sama lain pada masa yang penuh dengan ketidakpastian, MAGGI® Sah Malaysia meraikan kecekalan dan ketabahan rakyat Malaysia dengan menghulurkan sokongan untuk golongan yang memerlukan bantuan.
Sebagai salah satu usaha untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, MAGGI® telah menyumbangkan sejumlah 50,000 kit makanan kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia melalui kempen MAGGI® Sah Malaysia.
Inisiatif ini bertujuan untuk membekalkan bahan makanan yang diperlukan dan menyediakan sajian seharian yang berpatutan serta berkhasiat kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah sejajar dengan usaha besar Nestlé Malaysia untuk meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan bantuan, terutama pada masa yang penuh dengan ketidakpastian kini.
Di samping itu, sempena meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang disambut pada Ogos dan September, MAGGI® telah bekerjasama dengan selebriti tempatan termasuk Sheila Rusly, Stacy Anam, Jenn Chia, Eina Azman, Zizan Razak dan Bala Ganapathi William untuk melancarkan siri video yang memaparkan memori manis MAGGI® mereka.
Menariknya juga untuk kempen MAGGI® sempena bulan kemerdekaan tahun ini, bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September, dengan setiap pembelian produk MAGGI®, peserta layak untuk menyertai peraduan MAGGI® Sah Malaysia dengan menghantar penyertaan melalui pos ataupun WhatsApp.
Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan di samping beramal dan membantu golongan yang memerlukan. Untuk setiap 10,000 penyertaan yang diterima, MAGGI akan menyumbangkan 1,000 kit makanan kepada golongan yang memerlukan mengikuti negeri peserta.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Timbalan Menteri pengangkutan, YB Dato’ Hj. Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada setiap kenderaan peribadi mereka yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020.
Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat jika berlaku sebarang kemalangan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 73% kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan maut di jalan raya adalah disebabkan pengabaian ciri keselamatan oleh ibu bapa.
Melalui sidang media, Dato’ Hj. Kamaruddin menyatakan bahawa mengikut statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta pada tahun 2017, seramai 35 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah maut. Ini amat menyedihkan dan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk melakukan kempen sepanjang 2019 untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi.
Badan bukan kerajaan juga turut mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai. Tateh bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), telah bergerak aktif dalam memberikan latihan dan kelas kepada hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.
Kempen Malaysia Save Our Future, akan diteruskan dengan berkolaberasi bersama Plus Malaysia Berhad. Pemilihan 4 lokasi perhentian lebuhraya R&R ialah Dengkil Utara, Gunung Semanggul, Seremban dan Tapah.
Program seperti ini bertujuan untuk melihat dan membantu orang ramai tentang pemasangan Child Safety Seat dengan betul dan selamat kerana terdapat ramai ibu bapa yang tidak tahu cara pemasangan kerusi ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah...