Keledek Putar, Makanan Tambah Susu Badan, Mama Cuba Amalkan
Ubi keledek kaya dengan karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada mama. Selain itu ubi keledek juga membantu untuk menambah susu badan. Kaya dengan Vitamin C, B-complex, dan magnesium, mama boleh memasak ubi keledek dengan pelbagai cara, sama ada rebus atau masukkan dalam hidangan.
Salah satu cara juga yang boleh dicuba ialah dengan membuat keledek putar. Jika biasanya kita menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Apa kata kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis.
Sajian ini lebih sihat dan berkhasiat. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek. Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan. Kandungan B6 dalam keledek, baik untuk otak. memacu kelajuan otak serta melawan hormon stres – homocystein.
Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut. Makan keledek juga dapat membantu tidur yang lebih nyenyak. Kandungan magnesium di dalam keledek adalah kuncinya.
Susu kambing juga paling tinggi protein. Ia mengandungi protein CSN1S2 dan bertindak sebagai agen anti-osteoporosis. Susu kambing juga ada linoleic acid untuk perkembangan otak selain oligosaccharide. Kandungan prebiotik dalam susu kambing juga sama dengan susu ibu.
Ads
Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!
RESIPI KELEDEK PUTAR:
Bahan-bahan:
4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
Ads
Cara-cara:
1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.
Ads
3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.
Menyediakan sendiri makanan untuk bayi memang rasa puas hati. Bukan saja dapat kawal kandungan bahannya bahkan dapat berikan makanan kaya nutrisi buat anak. Jika bijak merancang masa dan tahu tip mudahnya, ibu dapat sediakan makanan berkhasiat buat bayi.
Tip yang dikongsikan oleh Nurul Syahidah Ramli ini boleh ibu jadikan panduan untuk sediakan makanan sihat buat bayi anda. Malah resipi yang dikongsikannya melalui kompilasi resipinya memang awesome!
Kita ibu wonder woman bekerjaya & surirumah memang sentiasa sibuk kalah gaya sotong kan (?) tapi nak juga anak dapat makan makanan sihat. Nak masak sendiri, tak sempat berkejar masa.
Kadang-kadang tertidur penat tak sempat nak prep meal malam tadi. Nak bagi instant food, hailah! rasa kesian anak, mahal pun iya juga.
Sebenarnya, mudah sangat.
1. Sediakan jadual menu makanan anak. PENTING supaya tak buang masa termenung fikir nak masak apa. Gunakan google.
2. Meal prep buat hujung minggu agihkan ikut sukatan untuk seminggu terus.
3. Potong sayur-mayur, ayam daging ikan simpan dalam plastic bag ziplock/bekas. [Note: bawang putih, bawang merah tak digalakkan untuk potong awal-awal ya]
4. Gunakan rice powder buat sendiri.
P/s: Boleh rujuk gambar untuk info perasa semulajadi pengganti garam gula dan letak dalam makanan baby.
Harini ajar semula finger food untuk Zaid. Harini jugak la kena buat spring cleaning rumah sebab seminggu balik kampung huhu. Supermom, share tips uruskan rumah please. Haha
Btw, Zaid dah lupa macam mana nak suap makanan ke mulut ? Asyik membaling makanan aje. Ada ke yang sepesen Zaid? Kalau anak pandai makan sendiri senang sikit kan?
Terus pagi ni ummi buatkan banana pancake untuk Zaid. Dua tiga kali ajar, okay lah dia macam dah ingat dia pernah makan suap sendiri ?
Finger food ni sebenarnya boleh bantu kembangkan kemahiran motor halus, improve genggaman pincer dan koordinasi anak-anak. Biar dia explore texture makanan. Comot bersepah pun takpe lah, biar anak rasa pengalaman.
Bila patut ibu perkenalkan finger food kepada anak?
Bayi biasanya akan mula sedia nak suap makanan sendiri masa umur 8 ke 9 bulan. Perasan tak anak dah mula nak ambil sudu dan nak capai makanan dalam pinggan? Ibu jangan sekat.
Caranya:
1. Letakkan beberapa ketul finger food atas tray baby chair atau dalam mangkuk makanan.
2. Perhatikan amount makanan yang masuk dalam mulut anak. Jangan gelabah ayam ye mommy hihi.
3. Untuk permulaan, memang anak tak reti, semua makanan nak sumbat tapi ibu kena perhatikan untuk elak choking. Walaupun belum ada gigi, tapi gusi baby kuat tau!
Senarai finger food:
1. Sayuran
Rebus broccoli, kentang, sweet potato, carrot dll. Potong dalam bentuk jejari.
2. Buah
Buah yang lembut dan masak. Mangga manis, pisang, epal merah yang direbus dll.
3. Roti
Potong bentuk jejari dan bakar.
4. Biskut
Homemade (google resepi) atau boleh beli biskut yang tiada garam, gula dan pengawet. Dah ramai yang jual.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Samada musim raya atau tidak, coklat yang satu ini iaitu Coklat Chip sentiasa jadi rebutan semua orang. Lagi-lagi yang rangup, memang layan makan depan televisyen dengan anak-anak.
Resepi biskut coklat chip ala-ala chef media sosial terkenal, Che Nom yang dikongsikan semula Pn Yatie Faizal ni mama wajib cuba untuk anak-anak. Walau dah lepas raya, confirm anak berebut sebab terlebih sedap. Nak buat pun simple!
Coklat Chip, adaptasi dari Anna Alson by Che Nom. Tapi saya olah ikut citarasa sendiri, kita save kat sini senang bila nak guna leh cari nanti, tak hilang. Yang nak cuba boleh follow resepi yang saya olah, rasa tak manis sangat, sesuai dengan tekak saya sefamili.
Bahan-bahan:
227g butter- guna pure butter lebih sedap like anchor, tatura jenis salted tak perlu letak garam
170g brown sugar
2sdk esen vanila
2 biji telur B
384g tepung gandum cap rose (tepung gandum biasa)
1 1/4 sdk (1 suku sudu kecil) soda bicarbonate untuk merangupkan cookies anda -ayakkan
1 cawan badam nips -panggang
2 cawan coklat chip boleh guna saiz kecik atau besar -nak mudah piping pilih yang kecil
Butter dan gula mix hingga nampak pucat sedikit creamy. Boleh guna mixer kalau nak cepat.
Masukkan esen vanila dan telur sebiji sebiji. Mix dan sebatikan.
Kemudian masukkan tepung. Nak gaul dengan spatula atau hentam ja mixer cepat.
Boleh masukkan nips dan coklat chip gaul-gaul manja.
Dah siap masukkan dalam piping beg. Potong hujung tu besar sikit agak-agak saiz cookies yang hampa nak pipe terus atas dulang. Macam contoh gambar, kemudian tekan sikit.
Bakar suhu 150c selama 20 minit, api atas bawah.
Selamat mencuba!
* Tips tak nak adunan tu terlalu berminyak boleh rest dalam chiller sebentar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allah sebaik-baik perancang. Setiap apa yang berlaku, semuanya dengan kehendak-Nya. Begitu jugalah dengan kisah pasangan suami isteri ini yang kehilangan anak dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.
Bagi pasangan suami isteri ini, kegembiraan menyambut orang baru bertukar dengan linangan air mata apabila anak kedua yang dinantikan meninggal dunia dalam kandungan. Apa yang menyedihkan, pemergian anak syurga ini kurang 48 jam daripada tarikh bersalin yang dianggarkan doktor.
Melalui perkongsian, Mr Wan Cai Official yang menguruskan urusan anak syurga ini, beliau berkongsi bagaimana kuatnya seorang ibu dan ayah melalui ujian ini walaupun agak perit nak laluinya.
Sepatutnya 27 Oktober tarikh melihat dunia
Kisah kematian anak syurga yang meninggal dunia 9 bulan dalam kandungan ibunya. Mohon kemaafan kerana lewat untuk membuat perkongsian tentang kisah anak syurga yang telah diuruskan oleh kami. Untuk makluman followers MWCO.
Sepatutnya 27 Oktober 2020 adalah tarikh untuk anak syurga ini melihat dunia. Namun tarikh kelahiran itu telah Allah tetapkan sebagai tarikh untuk menguruskan pengkebumian jenazah anak syurga ini.
Ibu mana yang boleh menerima kenyataan apabila mengetahui anak yang dikandung selama 9 bulan sudah tidak lagi bernyawa? Bapa mana yang boleh menahan rasa kesedihan apabila anak yang baru dilahirkan sepatutnya dipangku untuk di azankan tetapi dipangku untuk dibawa ke tanah perkuburan?
Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kesedihan yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada anak syurga tersebut.
24 Oktober dah rasa, tapi belum ada bukaan
Pada 24 Oktober jam lebih kurang 02.00 pagi si suami telah membawa isterinya ke hospital. Ini kerana si isteri terasa anak di dalam kandungannya ada tanda tanda seperti hendak dilahirkan.
Tetapi doktor memaklumkan belum ada bukaan atau tanda tanda awal anak di dalam kandungan si ibu akan dilahirkan. Doktor juga memaklumkan kepada si ibu anak di dalam sihat lalu menyuruh si ibu pulang ke rumah.
25 Oktober, anak tak bergerak
Pada 25 Oktober pula ketika bangun dari tidur si ibu dapat merasakan anak di dalam kandungannya tidak bergerak. Ini bermaksud tiada langsung pergerakan bayi yang berlaku di dalam perut si ibu.
Lalu si isteri telah memaklumkan kepada suaminya. Si suami terus membawa isterinya untuk keluar bersarapan dengan harapan selepas makan anak di dalam kandungan akan bergerak dan aktif semula.
Kebiasaannya sebelum ini jika anak di dalam kandungan tidak bergerak si ibu akan terus makan atau minum. Tujuannya supaya anak di dalam kandungan akan sentiasa bergerak dan aktif. Setelah makan dan minum si ibu mendapati anak di dalam kandungannya tetap sama tidak bergerak seolah olah seperti ada yang tidak kena.
Tanpa melengahkan masa si suami terus membawa isterinya ke hospital untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anaknya itu.
Doktor sahkan bayi dah tiada
Setelah pemeriksaan dilakukan doktor telah mengesahkan bahawa anak dalam kandungan si ibu sudah lagi tidak bernyawa.
Punah harapan si suami disusuli dengan suara tangisan si isteri selepas mengetahui anak yang menunggu masa untuk dilahirkan telahpun pergi buat selama-lamanya.
Kalau diikutkan tinggal kurang daripada 48 jam untuk si ibu melahirkan anaknya mengikut pada kiraan hari yang diberi oleh pihak doktor.
26 Oktober, masukkan ubat untuk keluarkan bayi
26 Oktober 2020 ketika berada di katil wad bersalin. Si ibu perlu melahirkan anak syurganya walaupun sudah tidak lagi bernyawa. Dalam tempoh 48 jam doktor berusaha untuk membantu si ibu. Dua kali ubat dimasukkan bertujuan untuk mengeluarkan anak syurga dari kandungan secara normal.
27 Oktober, terpaksa operate, ibu dah tiada tenaga
27 Oktober tepat jam 12.00 tengahari doktor terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan anak syurga yang ada di dalam kandungan menggunakan cara pembedahan.
Ini kerana risiko si ibu melahirkan secara normal tanpa tenaga selepas 48 jam dan hanya akan membahayakan nyawanya. Pada pukul 01.30 petang selepas dibedah akhirnya anak syurga tersebut telah berjaya juga dikeluarkan oleh doktor. Alhamdulillah. Allah bantu permudahkan urusan si ibu dari menghadapi kesulitan yang sedang dilalui selepas kematian anak syurganya itu.
Tunggu masa tarik ibu bapanya ke syurga!
Jenazah anak syurga ini telah kami kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Salam takziah untuk si ibu dan si bapa. Biarpun niat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian. Tetapi percaya dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Belum masa Allah izinkan untuk mempunyai zuriat.
Jangan ada rasa kecewa atau marah. Kerana setiap kejadian yang berlaku punya hikmah tersendiri. Salam takziah untuk ibu dan bapa kepada anak syurga tersebut. Aulian Arsy bin Mohamad Fariz nama anak syurga diberi. Menunggu masa untuk menarik ibu dan bapanya ke dalam syurga kelak nanti!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman persekolah adalah zaman manis untuk dikenang! Tidak kiralah berada di asrama sekolah, kolej atau universiti, sudah pastinya momen itu manis! Bak kata sesetengah...