Dalam keadaan cuaca panas, memang nikmat bila dapat makan yang sejuk-sejuk. Tak kisahlah agar-agar, puding atau ais krim ini antara yang menjadi pilihan ramai. Cuma untuk menu penyejuk tekak, ada sesetengah resipinya memerlukan cara membuatnya yang banyak.

Namun untuk anda yang teringin untuk cuba membuat puding trifle, boleh ikut resipi ni. Hanya 3 langkah sahaja. Kalau nak sedap lagi boleh letak dalam peti sejuk dan nikmatinya. Memang sedap. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali.

Puding Trifle Swiss Roll 3 Langkah. Nikmatnya Dimakan Sejuk-Sejuk!

Puding Trifle 

Lapisan 1

Puding Trifle Swiss Roll 3 Langkah. Nikmatnya Dimakan Sejuk-Sejuk!

IKLAN

Kek swiss roll dipotong dan susun dalam bekas

Lapisan 2

Puding Trifle Swiss Roll 3 Langkah. Nikmatnya Dimakan Sejuk-Sejuk!

1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah koktel (asingkan buah dan jus)

IKLAN

CARA-CARA:
Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur. Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek. Tabur buah koktel.

Puding Trifle Swiss Roll 3 Langkah. Nikmatnya Dimakan Sejuk-Sejuk!

Lapisan 3

10 gram Serbuk Agar- Agar
1.2 Liter Air
3/4 Cawan Gula
3-4 titis Pewarna Merah

IKLAN

CARA- CARA:
Satukan semua bahan. Masak atas api hingga agar-agar dan gula hancur. Curahkan ke atas adunan kastad. Simpan dalam peti sejuk sebelum makan.

Puding Trifle Swiss Roll 3 Langkah. Nikmatnya Dimakan Sejuk-Sejuk!

Pertama kali nak cuba, jangan risau tak jadi. Resipi ni sangat mudah. Jika tak mahu diletakkan dalam bekas yang besar, bolehlah guna bekas kecil-kecil. Terpulang pada anda.

Kredit resipi: Zaky Mat Ali

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI