Ads

Pilu Dua Beradik Tatap Wajah Terakhir Ibu Ayah, Sempat Kucup Jenazah Sebelum Berpisah Buat Selamanya!

Pilu Dua Beradik Tatap Wajah Terakhir Ibu Ayah, Sempat Kucup Jenazah Sebelum Berpisah Buat Selamanya!

Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat apabila dua beradik yang masih kecil dibawa untuk menatap wajah ibu dan ayah mereka buat kali terakhir selepas tragedi kemalangan di Batu Pahat.

Siapa sangka, perjalanan sebuah keluarga yang sepatutnya berakhir dengan selamat bertukar menjadi tragedi apabila kedua-dua ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, Batu Pahat, Johor, pada Ahad.

Lebih meruntun hati, dua beradik berusia lapan dan 11 tahun itu bukan sahaja kehilangan tempat bergantung kasih, malah mereka sendiri turut mengalami kecederaan dalam nahas berkenaan.

Walaupun masih menerima rawatan di hospital, kedua-duanya diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada insan paling disayangi sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Pilu Dua Beradik Tatap Wajah Terakhir Ibu Ayah, Sempat Kucup Jenazah Sebelum Berpisah Buat Selamanya!

Dua Beradik Menangis, Kucup Jenazah Ibu Ayah Buat Kali Terakhir

Menurut laporan media, Muhammad Adam, 8, dan kakaknya, Hasya Fahira Zulkifli, 11, dibawa dari wad menggunakan kerusi roda menuju ke Jabatan Forensik HSNI pada malam kejadian.

Kedua-duanya ditemani dua jururawat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada ibu bapa mereka, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, yang terkorban dalam kemalangan tersebut.

Pertemuan terakhir itu cukup menyentuh hati apabila Hasya Fahira dilihat tidak mampu menahan tangisan ketika berada di sisi jenazah kedua-dua ibu bapanya.

Kanak-kanak perempuan itu beberapa kali mengucup jenazah ibu dan ayahnya sebelum adiknya, Muhammad Adam, turut melakukan perkara sama.

Saat paling memilukan ketika kedua-dua jenazah dibawa keluar dari hospital menaiki van jenazah. Dengan air mata yang masih mengalir, dua beradik itu melambaikan tangan ke arah van berkenaan sebagai tanda perpisahan terakhir dengan ibu dan ayah tersayang.

Suasana penuh emosi itu turut menyentuh hati dua jururawat yang mengiringi mereka sehingga kedua-duanya dilihat mengesat air mata.

Ibu Ayah Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Jenazah Mohd Hardi dan Tengku Syafirana selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Maimon, Parit Sulong, kira-kira jam 11.45 malam.

Ads

Sebelum itu, jenazah pasangan suami isteri berkenaan dibawa pulang ke rumah keluarga mereka di kampung sama bagi menyempurnakan solat jenazah.

Lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan penduduk kampung hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pasangan tersebut.

Pemergian pasangan suami isteri itu bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada ahli keluarga, malah paling besar kesannya kepada dua anak mereka yang kini perlu meneruskan kehidupan tanpa kehadiran ibu dan ayah.

Pilu Dua Beradik Tatap Wajah Terakhir Ibu Ayah, Sempat Kucup Jenazah Sebelum Berpisah Buat Selamanya!

Kemalangan di Batu Pahat: Lori Dipercayai Pecah Tayar Sebelum Hempap MPV

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat sekeluarga berkenaan sedang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dari arah Yong Peng menghala ke Parit Sulong.

Bagaimanapun, perjalanan mereka bertukar tragedi apabila sebuah lori dari arah bertentangan dipercayai mengalami masalah tayar sebelum hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan, tayar lori berkenaan dipercayai pecah sehingga menyebabkan kenderaan berat itu terbabas lalu menghempap MPV dinaiki keluarga tersebut.

Ads

Akibat rempuhan kuat, Mohd Hardi dan isterinya mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut polis, Mohd Hardi mengalami kecederaan pada kepala dan kedua-dua tangan serta kesan melecur di beberapa bahagian tubuh.

Isterinya pula mengalami kecederaan serius pada kepala dan organ dalaman, selain turut mengalami kesan melecur.

Dua anak pasangan itu terselamat, namun mengalami kecederaan pada kepala serta luka dan melecur di bahagian kaki.

Kedua-duanya kemudian dikejarkan ke HSNI bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Dua Mangsa Dewasa Ditemui Tersepit, Pemandu Lori Turut Cedera

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohamad Alif Halim berkata, sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati kedua-dua mangsa dewasa tersepit di dalam MPV berkenaan.

Pasukan penyelamat kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

Ads

“Perodua Alza membawa empat orang mangsa, iaitu pemandu lelaki berumur 46 tahun dan penumpang wanita berumur 44 tahun. Kedua-dua mereka didapati tersepit manakala dua kanak-kanak cedera ringan.

“Pemandu lori berusia 30 tahun cedera. PKO bertindak menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang cedera ringan diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pasukan perubatan manakala mereka meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Tragedi kemalangan di Batu Pahat ini menjadi peringatan bahawa malang tidak berbau, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan keluarga di jalan raya.

Semoga kedua-dua beradik ini diberikan kekuatan untuk melalui kehilangan yang begitu besar pada usia yang masih muda. Diharapkan juga mereka terus mendapat kasih sayang, perhatian dan sokongan daripada ahli keluarga serta insan terdekat dalam menempuh hari-hari mendatang.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Jerebu Dijangka Muncul Semula Awal Tahun Depan, Ibu Ayah Perlu Bersedia!

Jerebu Dijangka Muncul Semula Awal Tahun Depan, Ibu Ayah Perlu Bersedia!

Jerebu dijangka kembali awal 2027 akibat cuaca kering dan risiko kebakaran hutan. Ibu ayah perlu bersedia melindungi kesihatan anak-anak.