Kedua-duanya kita sayang. Suami pun kita cinta, sahabat pun kita kasih. Dengan kasih sayang serta kepercayaan yang kita berikan, siapa sangka suami rupanya berhubungan dengan teman yang kita anggap seperti ahli keluarga sendiri. Betapa remuknya rasa hati.

Melalui perkongsian suami ini, Akhtar Syamir ada berkongsi beberapa tanda yang boleh isteri perhatikan jika si suami mungkin ada menjalinkan hubungan istimewa dengan sahabat baik kita sendiri.

Suami Selalu Sebut Nama BFF Isteri Setiap Kali Bersembang, Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga

Saban hari kita mendengar kes suami kahwin lain. Yang paling menyedihkan apabila ianya berlaku ketika si isteri sedang sarat mengandung.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]

Saya tidak mahu ulas mengenai poligami. Saya cuma mahu berikan sedikit panduan untuk mengelakkan suami dirampas wanita lain.

Fokus kita kali ini ialah “bakal madu” yang dikenali.

Mula-mula sekali kita kena kesan kehadiran dia. Mata tu kena buka luas-luas. Jangan jadi pembaris sangat. Jangan mudah diperbodohkan dengan kebaikan diri sendiri.

Apabila mata sudah terbuka, semak ada atau tidak tanda-tanda kehadiran si dia.

▶️ Suami selalu sebut nama si dia. Lelaki ni ada yang terlepas, ada yang tak pandai berahsia dan ada yang sengaja beri petunjuk halus. Jika nama itu keluar berkali-kali, ambil peduli.

▶️ Anda terlalu baik dengan kawan wanita itu sampai suami anda pun jadi baik dengan dia.

▶️ Kawan anda selalu sebut nama suami anda. Sama ada memuji atau sekadar memasukkan nama di dalam percakapannya dengan anda. Ini pun ada 2 kebarangkalian, mungkin dia sedang suka dan tak pandai berahsia atau dia sengaja beri petunjuk kepada anda.

IKLAN

Suami Selalu Sebut Nama BFF Isteri Setiap Kali Bersembang, Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga

▶️ Ada mesej yang banyak dari si dia. Ini kena semak betul-betul, jangan main serbu sahaja. Jika ianya berkenaan kerja sahaja jangan dicipta benda yang tiada. Nanti elok-elok tak ada apa-apa, jadi pergaduhan pulak.

▶️ Ambil peduli jika ada kawan-kawan menegur atau memberitahu apa-apa berkenaan suami anda. Jangan telan bulat-bulat, anda orang memang sengaja nak membinasakan rumah tangga orang, tetapi ada juga kawan yang mengambil berat dan tidak sanggup untuk menutup mata mereka. Bila dah tahu, berhati-hatilah dan siasat. Jangan duduk diam je.

Kemudian kita tengok pula cara bagaimana untuk elakkan dari suami dirampas orang lain yang dikenali atau tidak dikenali.

1. Jangan rapatkan suami anda dengan kawan-kawan anda. Tidak kiralah yang sudah berkahwin atau belum. Dari tak kenal, jadi kenal. Rupanya anda yang jadi pencantum tali percintaan. Cukup sekadar suami tahu siapa kawan-kawan. Tak perlu terperinci sangat dan tak perlu sentiasa sebut. Kang sebut selalu, nama tu tersimpan pulak dalam hati suami.

2. Jangan bawa kawan perempuan ke rumah apabila suami ada. Cari masa apabila suami tiada dan minta izin terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan “cinta pandang pertama” di rumah sendiri.

3. Cantas sebelum ianya terjadi. Jika ada kemesraan yang baru berputik, potong terus. Bukan potong tu, tapi putuskan komunikasi mereka. Pantau alat komunikasi suami dan pastikan orang itu tidak lagi menghubungi suami anda.

4. Jangan jadi terlalu baik hingga orang ambil kesempatan. Mungkin niat untuk membantu kawan yang di dalam masalah. Tetapi akhirnya anda yang dilanda masalah.

IKLAN

Suami Selalu Sebut Nama BFF Isteri Setiap Kali Bersembang, Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga

5. Jangan positif tidak bertempat. Walaupun segala tanda-tanda dah di hadapan mata, anda masih berserah, positif dan tidak melakukan apa-apa. Fikirkan masa depan anda dahulu.

6. Tak perlu keluar dengan suami bawa kawan yang solo. Fokus masa dengan suami, jangan kongsi masa itu dengan orang lain. Nanti orang lain tu nak kongsi kasih, anda yang merana.

7. Cantikkan diri, jangan tuakan diri dengan tidak menjaga penampilan. Kekalkan juga kebersihan diri di tahap yang terbaik.

8. Kurangkan membebel yang melampau. Apabila pulang sahaja rumah dan disambut dengan bebelan yang tiada henti, rumah tidak lagi menjadi tempat yang tenang. Itu antara sebab kenapa suami mencari ketenangan di tempat lain. Perlu tahu perbezaan antara bercakap dan menegur dengan membebel.

Artikel Menarik: [Minta Maaf Lepas Solat Bersama. Buat Suami Isteri Sedar, Saling Memerlukan]

9. Hadkan pergaulan suami dengan adik-beradik perempuan anda. Mereka bukan adik-beradik, tidak perlu terlalu mesra. Aurat juga perlu dijaga.

IKLAN

10. Buang mentaliti “Buat la apa pun, kalau dia nak curang, dia akan curang jugak”. Jika anda bersikap sebegini, anda memang layak dikhianati. Pokok yang tidak dijaga pun akan mati, inikan pula hati. Kena jaga hati suami dan kekalkan fokus dia kepada anda. Ambil tahu pergerakan dia di media sosial. Ambil tahu isi kandungan telefon dia. Curiga itu tidak salah, ambil tahu itu tidak salah. Tuduhan melulu itu yang salah. Jadi, ketahui perbezaannya.

11. Jangan canang sangat kehebatan suami depan kawan-kawan. Karang, dari tak minat, terus jadi berminat. Dari tiada apa-apa, terus terbayang-bayang “kalaulah aku yang dilayan begitu oleh suami dia kan best?”. Ada juga yang sengaja nak cuba rampas kebahagiaan itu kerana nak tengok kehidupan anda musnah. Kawan pun boleh makan kawan.

Suami Selalu Sebut Nama BFF Isteri Setiap Kali Bersembang, Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga

12. Jangan terlebih makan budi kawan. Nanti kawan tuntut dengan suami, jenuh.

13. Orang putih kata “over confident”. Jangan yakin sangat. “Takkanlah dengan kawan aku, suami aku baik”.

14. Akhir sekali, jadilah yang terbaik buat suami semampu yang boleh. Kalau anda tidak pedulikan suami, anda seperti memberi peluang untuk orang lain rampas suami anda.

Artikel Menarik: [Selalu Sangat Bergaduh, Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk!]

Jika anda ada cara lain untuk elakkan dari dirampas ini, sila kongsi di komen.

Semoga kita semua dijauhkan dari gejala ini. Kurangkan kadar suami dirampas kawan dengan berkongsi penulisan ini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI