Kempiskan Perut Buncit Guna 4 Bahan Dari Dapur, Mudah Je Membuatnya. Wanita Ini Kongsikan Resipi

Share

Perut buncit adalah masalah utama, nak kempiskannya tu memang kena gigih jaga pemakanan dan bersenam. Boleh juga ikut petua carbo blocker ini.

Mama papa yang hadapi masalah perut buncit mesti bimbangkan tahap kesihatan. Perut buncit meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular seperti diabetes, sakit jantung dan sebagainya.

Di samping mula menjaga pemakanan, mama papa boleh cuba minuman yang dipanggil carbo blocker yang dikongsikan Eiscya Isa ini. Ia telah dikongsikan Eiscya di grup Masak Apa Hari Ini dan menerima 1600 perkongsian.

Katanya, ia merupakan petua  dari Thailand. Ia dipercayai salah satu rahsia kelangsingan wanita-wanita Thailand. Bukan itu sahaja, menurut Eiscya ia boleh menjadikan kulit halus dan cantik. Berikut ialah perkongsiannya;

AIR REBUSAN CARBO BLOCKER

BAHAN-BAHAN

  • 5 – 8 keping asam gelugur
  • Daun pandan(simpul atau koyakkan)
  • 5 gelas air
  • Gula melaka (Bagi anda yang tidak suka manis boleh abaikan gula melaka)

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua sekali bahan ke dalam periuk.
  2. Biarkan dia mendidih sampai air 5 jadi 4 gelas atau renih sampai daun pandan layu dan bertukar warna.

Menurut Eiscya, warna air rebusan ialah seperti teh dan raasnya seperti air asam jawa. Boleh letakkan chia seed kalau mahu. Boleh minum 30 minit sebelum makan pada waktu pagi dan malam.

Amalkan minum sebelum makan. Minum suam-suam atau sejuk.

KHASIAT DALAM BAHAN-BAHAN

ASAM GELUGUR

Mengandungi pelbagai vitamin,mineral,serta sebatian penting seperti;

  • hydroxyl citric acid(HCA)
  • serat
  • hidroksi sitrik
  • flavonoid
  • asid askorbat (yang mencantikkan kulit)
  • asid tartarat
  • membantu menurunkan kadar kolestrol jahat (triglycerides &LDL) dan boleh membantu meningkat kan kadar kolestrol baik(LDL)

Semua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk menurun kan berat badan.

Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Ia juga serta mencegah pembentukan lemak daripada penghasilan gula yang berpunca daripada karbohidrat dalam makanan yang diambil.

“Maksudnye kalau korang minum air ni, badan korang xkan serap lemak atau lemak xkan buat meeting dalam badan korang dalam bahasa mudahnyer.

Best kan? Makan tapi lemak  tak stay.

Haa sebab tu Eiscya panggil as air carbo blocker..dah clear?

GULA MELAKA

  • mengandungi pelbagai vitamin dan bagus untuk antioksidan.
  • rendah glisemik indeks berbanding gula putih.

DAUN PANDAN

  • mengurangkan bau badan
  • anti oksidan
  • melegakan lenguh-lenguh badan

Ingat kalau nak cantik nak kurus korang mesti makan the real food bukan fast food OK!

 

Sumber: Eiscya Isa

IKLAN