Usahawan serta pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menetapkan jadual untuk bersama pasangan tersayang tanpa anak-anak.
Pemilik jenama tudung Hijanah ini berpendapat, ianya sangat penting meluangkan masa berdua bersama pasangan supaya dapat mengekalkan rasa kasih sayang dalam rumah tangga.
“Alhamdulillah MasyaAllah, Allah takdirkan Aisyah pasangan yang sangat funny & ada tujuan yang sama dalam marriage. Dalam 6 tahun kahwin, banyak benda yang Aisyah belajar, salah satunya kena ada jadual untuk spend quality time dengan partner kita”
Ads
“Walaupun kita ada anak, tapi at least kena ada 1 hari untuk suami isteri. Supaya, boleh kekalkan rasa sayang & tak hambar”
“Dalam marriage, kena ada tujuan yang sama. Iaitu untuk keredhaan Allah. Buat pasangan happy, niatkan untuk Allah redha. Sangat mudah suami nak masuk syurga, jagalah isteri dgn baik & adil. Isteri lagilah mudah masuk ke syurga bila taat & ihtiram suami”
Ads
“Semoga Allah kekalkan jodoh ini sampai ke syurga 🫶🏻 Thank you @alifteega for accepting me ✨Jom ambil anak-anak pula”
Rata-rata wargamaya bersetuju dengan cara Aisyah kerana pasangan yang berkahwin juga perlu meluangkan masa berdua-duan/dating tanpa anak-anak.
Ads
Kredit: Aisyah Hijannah
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Selebriti terkenal Scha Alyahya hanya benarkan Lara Alana makan aiskrim dan coklat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Lara akan makan makanan yang dimasak di rumah sahaja pada hari biasa.
Walaupun sibuk dengan pengambaran terbaru telemovie bersama Izzue Islam, Scha Alyahya akan pastikan Lara dapat nutrisi yang diperlukan secukupnya.
Scha, Awal dan Lara Alana memang sentiasa travel terutama ke jepun. Apa yang Scha boleh kongsi kalau travel, pastikan kita kenal pasti minat anak terlebih dahulu. Kenal pasti minat anak anda, macam lara dia sangat aktif dan tak duduk diam.
Jadi untuk buat lara fokus dan duduk diam dalam penerbangan yang ambil masa panjang, saya akan bawa mainan yang dia suka terutama benda-benda yang memerlukan dia untuk mewarna. Bila mewarna dia akan focus dan akan ambil masa yang lama untuk mewarna dan akan buat mereka lebih sibuk dengan aktiviti tersebut.
Dari segi pemakanan pula Lara akan makan apa yang kami berikan, dia tidak memilih dan sangat senang untuk makan. Kalau kita pergi Japan, dia akan makan makanan disana.
Kanak-kanak sangat tak familiar dengan makanan luar, jadi kita sebagai ibu bapa perlu perkenalkan dulu secara perlahan-lahan. Sebelum ke sesuatu tempat, kita akan perkenalkan makanan dulu, kalau dia suka dia akan makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa”. “Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air.”. “Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?”
Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Khalisah Hazrina bagaimana cara menyeronokkan mendidik anak minum air kosong sangat mudah dan mungkin boleh membantu ibu lain.
Ada 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.
Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:
Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan.
Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah.
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian.
1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik
Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.
Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.
Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.
2) Minum Air Menggunakan Straw
Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.
3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)
Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.
4) Mendidik Seawal 6 bulan
Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.
Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.
5) Sediakan Buah Yang Kaya Dengan Kandungan Air
Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka
Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.
InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.
Rumahku syurgaku..Besar atau kecil rumah jika susun aturnya kemas pasti sedap mata memandang dan memberi ketenangan pada ahli keluarga. Ini yang paling penting bagi memberi aura positif sepanjang masa.
Bagi yang bekerja di siang hari, waktu pulang dari pejabat adalah masa untuk berehat. Jika balik tengok rumah kemas dan bersih, minda pun rasa relaks je. Walaupun ada anak kecil, jika pengurusan rumah dilakukan dengan sempurna masih boleh nampak tersusun elok.
Kali ini perkongsian dari seorang isteri dan ibu, yang menggunakan akaun FB Puan Matahari melalui Group #kemasrumahwithhani, susun atur dalam rumahnya begitu kemas sekali walaupun dia diuji dengan penyakit.
Izinkan saya berkongsi pengurusan rumah untuk ibu-ibu yang kurang sihat. Bagaimana saya lalui hari-hari saya setiap hari sebagai ibu yang WFH, suri rumah dan sebagai status pesakit kronik.
Saya sentiasa fikir bagaimana keadaan rumah saya bila saya tak mampu buat kerja satu hari nanti. Bermula dari situ semua tindakan saya fokus pada bagaimana nak kurangkan semak dan organise semua barang dalam rumah.
Saya perlu persiapkan dari awal. Kita usaha, selebihnya kita berserah dan redha. Saya sharing ni supaya saya dapat semangat saya semula.. InsyaAllah, semoga bermanafaat..
Pantry… One cantre semua bahan kering dan gajet yang perlu saya guna.
Sebab saya tak sihat, husband buatkan laundry di balkoni atas depan master bedroom kami.. Alhamdulillah effortless.
Dapur, saya tak suka banyak barang atas kaunter. Semua ada rumah masing-masing.
Semua kabinet ada barang yang saya organise supaya mudah bagi saya. Juga ergonomic. Contoh kaunter ni tempat saya duduk semasa masak.
Semua satu tempat. Kurangkan pergerakan.
Semua berlabel. Supaya anak-anak mudah untuk bantu.
Anak-anak bantu saya jemur kain kalau saya tak sihat… Dryer juga sangat membantu
Keadaan saya acapkali di rumah.
Keadaan rumah saya bila saya di ward… Alhamdulillah… Lega sangat.. Anak-anak dan suami sudah pandai berdikari.
Bukan tak wujud keadaan huru hara… Tapi mudah untuk kemas.. Ni gambar saya intai masa sy duduk di ward juga. Balik kerja suami terus ambik vakuum dan kemas rumah. Alhamdulillah.
Terasa suami dan anak-anak sentiasa dihati saya. InsyaAllah saya akan guna peluang ini sebaiknya. Dan Alhamdulillah atas semua pinjaman yang Allah berikan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.