Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Ketika itu, sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
Ads
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
Ads
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami masalah peluh berlebihan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Mungkin berpeluh lebih banyak daripada biasa semasa hamil kerana berlakunya turun naik dalam tahap hormon. Walaupun ia tidak selesa, peluh dianggap normal semasa kehamilan dan boleh diatasi dengan baik.
Dalam hal ini, anda mungkin dilanda masalah peluh berlebihan sepanjang tempoh kehamilan. Peningkatan suhu badan ketika hamil sebenarnya cara untuk mengimbang suhu badan.
Bukan itu sahaja, masalah peluh ini dikatakan lebih banyak berlaku pada waktu malam berbanding siang hari. Situasi ini dikenali sebagai peluh malam atau hiperhidrosis tidur yang biasanya dianggap sebagai salah satu gejala menopaus.
Walau bagaimanapun bagi kes wanita hamil, ia mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan mendadakdan penurunan hormone estrogen dan progesterone.
Punca peluh berlebihan
Sesetengah wanita mungkin berpeluh pada saing hari manakala yang lain pada waktu malam. Beberapa orang mungkin berpeluh pada kedua-dua waktu ini.
Berikut adalah punca anda berhadapan dengan masalah peluh berlebihan ketika mengandung:
1. Peningkatan metabolism
Tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong janin yang semakin membesar sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kadar metabolism. Hal ini sekaligus akan mengaktifkan kelenjar peluh anda yang menyebabkan penghasilan peluh dengan lebih banyak.
2. Masalah hypertiroid
Sekiranya ibu hamil menghidapi penyakit hipertiroid semasa hamil, anda mungkin mengalami peluh yang berlebihan pada bila-bila masa tidak kira waktu siang mahupun malam. Keadaan ini akan terus berlaku hinggalah tibanya waktu untuk bersalin.
3. Kadar gula dalam darah yang rendah
Keadaan ini dipanggil sebagai hypoglycemia semasa mengandung boleh menyebabkan anda berpeluh secara berlebihan.
4. Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu seperti acetaminophen atau aspirin untuk mengurangkan tahap glukosa, demam, antipiretik atau anti hipertensi boleh mengakibatkan anda mengalami masalah peluh yang banyak.
5. Meningkatkan aliran darah
Aliran darah akan mengalami peningkatan semasa mengandung yang menjadikan tubuh anda berasa lebih hangat dan merangsang peluh untuk keluar.
6. Jangkitan
Masalah kerap berpeluh juga berkait rapat dengan jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil.
7. Tahap progesterone yang tinggi
Semasa anda mengandung, tahap hormone progesterone di dalam badan akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap suhu badan yang membuatkan anda mudah berpeluh.
Makan makanan pedas atau minum minuman berkafein, meletihkan tubuh anda dengan terlalu banyak aktiviti fizikal atau senaman yang sengit boleh menjadi sebab lain untuk berpeluh lebih banyak semasa kehamilan.
Dapatkan nasihat doctor jika masalah ini mengganggu ibu hamil atau pun menjadi berpanjangan. Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Selepas 27 tahun negara kita diisytiharkan sebagai negara bebas Polio, satu kes telah disahkan dijangkiti virus polio di Sabah. Kes ini melibatkan seorang bayi lelaki yang hanya berumur 3 bulan dari Tuaran, Sabah yang mengalami demam dan selepas itu diikuti dengan lemah anggota badan.
Apakah itu polio?
Poliomyelitis ataupun lebih dikenali sebagai “polio” adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang dipanggil “poliovirus”. Polio telah hampir dipupuskan di dunia ini dengan hanya berendemik di negara Pakistan dan Afghanistan dengan jangkitan polio liar (wild type 1 poliovirus). Terdapat 3 strains virus polio dan jenis 2 dan 3 sudah pun dipupuskan masing-masing pada tahun 2015 dan tahun 2019.
Virus polio disebarkan melalui najis-tangan-mulut dan bukannya melalui penyebaran di udara. Ia mempunyai masa tempoh pengeraman (incubation period) selama 7 hingga 14 hari, di mana virus akan membiak di sistem limpa dalam sistem pencernaan kita sebelum menyebabkan penyakit.
Akan tetapi, 90 – 95% orang yang dijangkiti polio tidak akan mempunyai sebarang tanda. Segelintir kecil pula mengalami masalah seperti jangkitan virus biasa dengan sakit kepala, sakit tekak, demam dan keletihan.
Terdapat sekumpulan kecil yang dijangkiti virus polio, terutamanya kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, akan mengalami masalah lumpuh badan dan otot lemah sehinggakan pernafasan terjejas yang kita panggilkan sebagai “paralytic polio”.
Keadaan inilah yang telah berlaku terhadap bayi 3 bulan di Tuaran. Paralytic polio ini seterusnya akan meningalkkan kesan yang berpanjangan terhadap otot dan sekaligus menyebabkan kecacatan otot yang berkekalan untuk lebih daripada 2/3 pesakit paralytic polio. Setakat ini, tiada ubat khas untuk jangkitan polio. Rawatan hanyalah pemantauan, bantuan pernafasan dan ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan.
Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti polio?
Vaksinasi adalah satu-satunya cara yang terbukti untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti polio.
Jangkitan polio adalah epidemik seluruh dunia sehingga tahun 1950an apabila vaksin untuk polio telah dicipta oleh Jonas Salk pada tahun 1952 sebagai “inactivated poliovirus vaccine” dan 1960 oleh Albert Sabin sebagai “oral polio virus”. Endemik yang terbesar berlaku pada tahun 1988, melibatkan 125 negara dan menyebabkan kecacatan otot berkekalan untuk lebih 350,000 kanak-kanak.
Pada tahun itu juga, World Health Organisation (WHO) telah melancarkan program “Global Polio Eradication Initiative (GPEI)”. Program ini telah berjaya menurunkan kes poliomyelitis lebih daripada 99.9% kepada kurang daripada 50 kes jangkitan polio liar (hanya 37 kes di Pakistan dan Afghanistan sehingga July 2019 untuk tahun ini). Kes terakhir di Malaysia berlaku pada 27 tahun yang lepas pada tahun 1992.
Setakat ini terdapat 2 jenis vaksin untuk mencegah penyakit Polio, Iaitu Oral Polio Vaksin (OPV) dan Inactivated Polio Vaksin (IPV).
OPV adalah virus polio yang telah dilemahkan dan diberi secara titisan cecair ke dalam mulut. Virus dalam OPV yang dilemahkan akan membiak di dalam usus dan seterusnya badan kita akan menghasilkan antibodi yang berkekalan untuk badan kita. Virus polio yang dilemahkan itu akan diproses dan dibuang sebagai najis. Di negara ataupun kawasan dengan sanitasi yang kekurangan, virus ini akan disebarkan kepada kanak-kanak lain untuk mendapatkan pelindungan secara pasif. Dalam erti kata yang lain, oral polio membantu untuk kanak-kanak lain yang tidak mendapat vaksin juga melalui cara “pasif” itu. Cara ini disarankan untuk negara yang lebih mundur dan endemic polio.
Untuk IPV pula, vaksin ini diberikan secara suntikan. IPV digabungkan untuk dalam vaksin 5 serangkai mahupun 6 serangkai (di klinik/hospital swasta) untuk diberikan pada umur 2, 3, 5 bulan dan dos booster pada umur 18 bulan. IPV adalah virus polio yang telah dimatikan tetapi badan kita dapat mengenalpasti unsur-unsur virus polio apabila disuntik ke dalam badan. Badan kita akan menghasilkan antibodi secara semulajadi dan memberi perlindungan kepada kita untuk mengelakkan daripada terjangkit polio secara berkekalan. Di Malaysia, kita sudah bertukar dari OPV ke IPV sepenuhnya sejak tahun 2009.
Apa pula yang dimaksudkan dengan vaccine-derived poliovirus (VDPV)?
Untuk VDPV ataupun vaccine-derived poliovirus pula, ia tidak bermaksud vaksin polio membawa penyakit!!! VDPV ini hanya berlaku di negara yang menggunakan ORAL POLIO VAKSIN (OPV) kecuali terdapat jangkitan kes import dari negara lain. Negara kita sudah tidak menggunakan OPV sejak tahun 2009. IPV tidak akan menyebabkan vaccine-derived poliovirus!!!
VDPV berlaku apabila dalam sesebuah komuniti yang diberi oral polio virus dengan kadar vaksinasi yang rendah (<95%), oral polio virus yang dihasilkan sebagai najis diberikan kepada orang yang seterusnya melalui sebaran najis-tangan-mulut. Setiap kali virus dari OPV ini melalui pemprosesan dalam usus manusia, kandungan genetiknya akan berubah. Kitaran ini akan berterusan jika kadar imunisasi di kawasan itu sangat rendah dan sistem sanitasi dan tahap kebersihan masyarakat setempat itu rendah. Selepas satu masa yang lama dengan kitaran yang berulang-ulang, biasanya lebih daripada 12 bulan, virus polio itu akan bertukar kepada bentuk yang dapat menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit VDPV.
Jadi, masalah utamanya bukan dengan vaksin itu, tetapi disebabkan oleh kadar vaksinasi yang agak rendah dan tahap sanitasi yang kekurangan.
Mengapakah kes di Tuaran ini dapat berlaku sedangkan negara kita tidak menggunakan OPV?
Kes jangkitan polio yang berlaku di Tuaran mempunyai perkaitan genetik yang bersamaan dengan kes VDPV yang berlaku di Filipina baru-baru ini. Berkemungkinan besar (kes masih disiasat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia), kuman ini “diimport” oleh orang yang tidak divaksin dan terjangkit virus polio di Filipina. Ingat lagi, kebanyakan mereka yang dijangkiti polio tidak mempunyai tanda dan hidup seperti biasa. Tetapi, mereka akan menyebarkan penyakit ini melalui najis-tangan-mulut!!!
Kes di Tuaran melibatkan seorang kanak-kanak yang berumur 3 bulan. Jika bayi ini sudah divaksinkan, dia hanya mendapat suntikan pertama sahaja dan perlindungan daripada polio adalah rendah.
Siasatan awal pihak KKM pula mendapati 25 daripada 204 (12.3%) kanak-kanak di sekitar kawasan tempat tinggal kes tidak divaksinkan. Untuk mendapatkan perlindungan imuniti (Herd Imunity) semulajadi dari orang sekeliling, kawasan tersebut memerlukan kadar imunisasi lebih daripada 95%. Jadi, bagi mereka yang tidak dapat divaksinkan seperti bayi ini yang tidak cukup umur untuk divaksinakan penuh adalah berisiko besar untuk dijangkit jika didedahkan kepada kuman-kuman seperti polio.
Vaksinkanlah anak anda mengikut masa yang ditetapkan dan dapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin jika terdapat sebarang permasalahan terhadap vaksin. Jangan sebab anda tidak mahu vaksinkan anak anda, anak pula yang terpaksa menanggung segala kesusahan kelak masa.
“Vaccination Saves Live. Let’s make sure we vaccinate every child and end polio for good”
Dr Lim Wee Yi
Pakar Kanak-kanak,
SALAM Senawang Specialist Hospital
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!