Pernah tak terfikir kenapa ruangan dalam rumah atau bilik seakan-akan ada bau yang tidak menyenangkan? Seperti bau busuk dan hapak. Sedangkan rumah selalu kemas dan dibersihkan habuk. Ibarat kata yang mudah rumah masih tiada harum aroma yang best.

Sebenarnya, walaupun kita mengemas rumah setiap hari kita hanyalah membuang habuk dan kotorannya saja. Sedangkan bau hapak itu tetap ada.

BACA JUGA [Rasa Kebas Tangan & Kaki, Cuba Buat Air Ini. Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Saja]

[Cara Simpan Baki Santan Kotak Dalam Peti Sejuk. Tak Berketul, Seminggu Masih Elok!]

Bagaimana nak pastikan keadaan dalam rumah sentiasa segar dengan haruman yang wangi, boleh cuba cara ini. Selamat untuk yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang alah dengan bau pewangi terlalu kuat.

Hanya menggunakan daun pandan yang dihiris halus, rumah anda pasti bau wangi semerbak. Ini cara yang dikongsikan oleh Puan Wani Rashid.

IKLAN

Pewangi Semulajadi, Hilangkan Bau Hapak Dalam Rumah. Selamat Untuk Anak Kecil!

Pewangi semulajadi. Natural Fragrance.

Racik racik daun pandan, masukkan dalam kain berjaring dan bunjutkan dia macam rempah sup bunjut. Pastu letak la kat mana-mana tempat yang sesuai.

Pewangi Semulajadi, Hilangkan Bau Hapak Dalam Rumah. Selamat Untuk Anak Kecil!

IKLAN

Bau bilik hapak pun boleh hilang. Masuk bilik semerbak bau pandan. Lagi lagi yang pasang aircond. Sedap baunyaaaa. Dah macam bilik pengantin.

Pewangi Semulajadi, Hilangkan Bau Hapak Dalam Rumah. Selamat Untuk Anak Kecil!
Boleh letak di mana-mana sudut dan tukar selepas daun pandan mulai kering.

Explain sesiap kat suami tu daun pandan. Bukan bunjut sihir. Jangan suami ingat korang nak sihir dia sudah. 😆

Kredit: Wani Rashid

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI