Jangan segan silu untuk berkongsi kasih sayang serta memanjakan antara satu sama lain. Macam mana sibuk sekali pun dengan urusan lain, amat penting untuk suami isteri saling menjaga dan ambil berat akan keadaan pasangan anda. Carilah masa dan ruang untuk saling mendengar dan menghabiskan masa bersama-sama.
APABILA ISTERI MAHUPUN SUAMI MEMPUNYAI MASALAH DAN TIDAK BERKONGSI DENGAN PASANGAN, IA MEMBUATKAN ANDA MENJADI TERTEKAN DAN EMOSI JUGA MUDAH TERUSIK.
Sekiranya tidak mempunyai masa untuk melakukan banyak aktiviti bersama sekalipun, sekurang-kurangnya ambillah beberapa minit untuk fokus pada pasangan anda. Paling penting, CIUMLAH PASANGAN ANDA! Bercium bukan sahaja untuk membangkitkan keghairahan tetapi ia sebenarnya tabiat yang menenangkan.
SEBUAH KAJIAN DI AMERIKA SYARIKAT MENDAPATI SEKIRANYA SUAMI MEMBERIKAN CIUMAN KEPADA ISTERI SEBELUM KELUAR KE PEJABAT PADA SETIAP PAGI, IA AKAN MEMBANTU MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT SUAMI SEBANYAK LIMA TAHUN BERBANDING MEREKA YANG TIDAK MELAKUKANNYA.
Di sini, Pa&Ma kongsikan lebih banyak manfaat apabila anda saling bercium dengan pasangan. Ada sesetengah kebaikannya sangat tidak disangka. Penulis buku The Sex Contract and Anatomy of Love, Profesor Dr Helen dari Universiti Rutgers, New Jersey mengatakan ciuman dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang.
Jika suami atau isteri anda ada mesyuarat atau pembentangan kertas kerja di pejabat, sebaiknya hadiahkan mereka dengan ciuman. Ia dapat menjadi booster kepada keyakinan mereka dan membantunya kekal positif sepanjang hari.
YANG INI MENARIK! SEBUAH KAJIAN DARI PROFESOR DR BRYANT STAMFORD DARI UNIVERSITI LOUISVILLE MENDAPATI CIUMAN MEMBANTU MEMBAKAR DUA HINGGA TIGA KALORI UNTUK SETIAP SATU MINIT. TABIAT BERCIUM DENGAN PASANGAN JUGA MEMBANTU MENGGANDAKAN KADAR METABOLISME SESEORANG. BERCIUM (DENGAN PENUH KASIH SAYANG) YANG DILAKUKAN SELAMA 20 SAAT SETIAP KALI DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN.
Apabila anda mendapati pasangan kelihatan tegang dan serabut, berilah ciuma mesra kepadanya. Ia dapat membuatkan fikiran menjadi tenang dan mengurangkan stres yang ada. Dengan memberi ciuman kepada suami atau isteri dan anak-anak ia dapat mengurangkan rembesan hormon kortisol yang merangsang tekanan.
Ads
Selain itu, bercium juga boleh menjadi senaman muka kerana ketika bercium anda menggunakan 30 otot wajah. Ini dapat membantu menganjalkan kulit wajah secara semula jadi.
Bercium juga baik untuk kesihatan jantung. Menerusi ciuman, anda akan meningkatkan aliran adrenalin yang membantu jantung mengepam darah dengan lebih efektif ke seluruh tubuh. Untuk anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, bercium dapat membantu meredakannya.
Ads
Ciuman sebenarnya dapat mengelak anda dari terkena sakit perut, kerana tekanan membuatkan perut stres sekaligus membuatkannya ‘meragam’. Dengan bercium, sejenis antibiotik semula jadi akan dihasilkan dalam air liur dan di dalamnya mengandungi agen anestetik yang berupaya membantu meredakan kesakitan yang dirasakan.
SEKIRANYA ANDA MELIHAT PASANGAN DALAM KEBIMBANGAN, PELUKLAH MEREKA DAN BERIKAN CIUMAN PADA PIPINYA. CIUMAN MAMPU MENINGKATKAN PENGHASILAN HORMON OXYTOXIN YANG DAPAT MENENANGKAN DAN MEMBERI EFEK SELESA KEPADA SESEORANG. ENDORFIN YANG DIHASILKAN MELALUI CIUMAN PULA ADALAH 200 KALI GANDA LEBIH BAIK DARI MORFIN.
Maka dengan itu, usahlah berkira-kira untuk memberikan ciuman mesra kepada pasangan. Suami atau isteri akan sangat menghargainya jika anda mencium mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Tak perlu banyak, dengan satu ciuman sekurang-kurangnya setiap hari dapat membantu anda menjadi lebih positif dan sihat untuk mengharungi hari-hari anda.
Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan meraih Anugerah Pengetua.
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Hanya beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut ketibaan bulan Syawal. Mungkin hari ini anda sudah bertolak pulang ke kampung. Bukan sekadar memeriksa keadaan kereta, diri anda juga harus diberikan perhatian. Sudahkah anda mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum bertolak ke kampung?
Biarpun mungkin yang memandu itu suami, anda juga harus dalam keadaan yang segar dan bertenaga. Bukannya apa, andalah yang menjadi peneman suami. Mungkin juga akan bergilir-gilir memandu jika destinasi yang dituju itu jauh.
Bacalah doa ini sebelum memulakan perjalanan sebagai usaha untuk melindungi perjalanan anda sekeluarga
Sudah banyak cerita kemalangan yang kita dengari, berpunca daripada pemandu yang mengantuk dan terlelap ketika memandu. Tidak perlu lama, dua saat terlelap anda akan membahayakan nyawa sendiri bahkan penumpang yang dibawa. Perhatikan suami di sebelah, jika dia menunjukkan simptom-simptom ini, berkemungkinan dia akan mengalami microsleep.
Keadaan ini berlaku ketika anda sedang memandu kemudian terlelap dalam masa satu ke lima saat. Kemudian tersentak dan terjaga seperti kepala anda ditolak orang. Terjaga, kemudian anda perasan kereta sudah berada di laluan yang salah. Untuk mengelak terjadinya kemalangan, anda dengan pantas membetulkan kedudukan stereng.
Situasi ini sangat berbahaya kerana terlelap satu dua saat pun sudah boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh membawa maut. Sebuah kajian yang dibuat di University of Wisconsin pada tahun 2011, mereka mendapati ketika seseorang mengalami microsleep, otak seolah-olah dalam mod offline. Malangnya, salah satu bahagian otak yang tidak berfungsi adalah hypothalamus yang menjaga perihal tidur.
Peneman di sebelah boleh lihat jika ada tanda serangan microsleep:
Ketika memandu, dia kelihatan seperti sedang berkhayal
Ketika anda tanyakan kepada mereka, katanya pandangan kabur
Apabila anda bercakap dengannya, dia tidak memberi sebarang respon
Anda boleh lihat sesekali tubuhnya mengejut, seperti ada yang menolak
Matanya mengecil dan kelihatan seperti sudah tertutup
Ketika berbual dengan anda, dia tidak fokus dan memberi respon yang salah
Dia mengadu mengantuk
Menguap tanpa henti
Pemandu kelihatan memaksa matanya untuk dibuka
Sering mengurut tengkuk dan bahunya
Amat penting untuk anda berada dalam keadaan bersedia mental fizikal sebelum pulang ke kampung. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda membaca doa menaiki kenderaan. Semoga perjalanan anda ke kampung dirahmati dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Doa yang boleh diamalkan bagi mengelak rasa mengantuk ketika memandu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui masih hidup ditinggalkan dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, bayi itu ditemui masih hidup dan cukup sifat dengan kesan darah bersama tali pusat dan uri.
Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 3.15 petang daripada dua pekerja yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melihat lembu peliharaan.
“Ketika menghampiri kawasan itu, mereka ternampak kaki seperti kaki bayi terkeluar dari sebuah kotak yang diletakkan di tepi simpang masuk sebuah pusat pengajian al-quran dan pusat pemulihan akhlak.
“Curiga dengan keadaan itu, mereka mendekati kotak berkenaan sebelum melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan hanya dengan berbalut kain,” katanya berkongsi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, bayi terbabit berkemungkinan baru ditinggalkan di kawasan itu kurang 12 jam sebelum dijumpai. Buat masa ini polis masih membuat siasatan termasuk di sekitar tempat kejadian bagi mengesan suspek terlibat.
“Kawasan penemuan merupakan laluan awam dan tidak berpagar. Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu sisatan.
“Polis juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga penghuni wanita di pusat pengajian itu dan didapati, tiada tanda-tanda telah melahirkan bayi,” katanya.
Mohamad Nazri berkata, bayi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kampar.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Isteri Koperal Amiruddin Zabri reda suami 'pergi' - "Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun enanti...." Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namumn kebahagiaan itu tidak bertahan lama.