Wanita sangat sensitif dengan fizikal mereka. Baik kurus mahupun gempal, sebaik-baiknya soal ini jangan dijadikan satu bahan ejekan. Biarpun mereka nampak tenang, tapi sebenarnya ia memberi impak kepada perasaan mereka. Dek kerana usikan yang kononnya hanya gurauan itu sebenarnya telah banyak menjadikan orang lain menjadi murung.

Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal. Suami Tak Kisah, Janji Sihat!Artikel Menarik: [Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan, Inilah Cara Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman]

Ada wanita sanggup makan ubat kurus, telan pil pelangsingan atau minum jamu yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya semata-mata kerana mahu tampil kurus. Risau suami cari yang lain, takut suami ‘hilang selera’. Sebuah artikel di portal Tech Explorist mengatakan, suami yang mempunyai tubuh gempal sangat bahagia kerana faktor-faktor tertentu.

Tahukah anda, sebuah kajian yang dijalankan oleh UNAM’S Department of Pychology mendapati lelaki yang terlibat dalam perhubungan dengan wanita berisi dikatakan 10 kali lebih bahagia?

Pandai Selesaikan Masalah

Dalam kajian tersebut, ketika ditanyakan kepada para responden, mereka memberitahu biasanya wanita yang berbadan gempal ini lebih mudah mencari penyelasaian kepada sesuatu masalah kerana kemahiran kendiri yang lebih baik.

IKLAN

Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal. Suami Tak Kisah, Janji Sihat!

Mudah Terima Perubahan, Jenis Tak Kisah

Mereka juga dikatakan mudah untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan. Rupa-rupanya inilah yang menjadi punca mengapa pasangan mereka dapat hidup lebih lama! (sudah tentu dengan ketentuan Tuhan juga kan?)

IKLAN

Artikel Menarik: [Bergaduh Buat Suami Isteri Makin Kenal, Tapi Jangan Berpanjangan]

Selalu Senyum & Positif

Tambah menarik, para responden dalam kajian itu turut memberitahu kebanyakan pasangan mereka jika mempunyai tubuh yang lebih besar mudah melahirkan anak. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum. Keputusan hasil kajian tersebut sememangnya memeranjatkan, tetapi penting untuk kita ingat, cinta sejati sebenarnya tidak mengenal bentuk fizikal seseorang. Ya kan?

IKLAN

Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal. Suami Tak Kisah, Janji Sihat!

Sebenarnya, normallah jika seorang isteri itu risau tubuhnya besar. Katanya hilang seri dan selalu sakit-sakit kakilah, badanlah. Sebagai suami yang penyayang dan sentiasa menyokong keadaan isteri anda, salurkan aura positif kepada mereka.

Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal. Suami Tak Kisah, Janji Sihat!

Artikel Menarik: [Suami Bosan, Isteri Bebel Tak Berhenti. Pernah Tanya Tak, Kenapa Macam Tu?]

Suami, Tunjuklah Rasa Sayang Anda Pada Mereka. Tak Susah Pun!

  1. Tunjukkan yang anda ambil berat – Jika isteri bercerita atau berkongsi tentang kerisauan tentang bentuk badannya, pastikan anda bersikap terbuka dan menjadi pendengar yang baik. Sentiasa prihatin dengan apa yang mahu dia katakan.
  2. Jauhi pengaruh jahat – Andainya isteri anda ditanyakan tentang bentuk badannya dengan cara yang kurang sesuai atau memalukan, segeralah ambil hati mereka. Jauhkan mereka dari sebarang pengaruh yang akan menggalakkan mereka untuk buat perkara-perkara yang tidak patut.
  3. Bersenam bersama – Kalau isteri ada hasrat mahu mula bersenam, janganlah dikecam. Untuk menyokong niatnya itu, anda boleh bersenam dengannya. Sekurang-kurangnya apabila dia melihat kesungguhan anda menyokong, isteri akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti kecergasan itu.
  4. Pujilah selalu – Lumrah seorang wanita, sukakan pujian. Apa lagi dari suaminya. Banyakkan memuji dan memberi kata-kata positif kepada isteri anda. Buat dia rasa dihargai dan tidak malu berhadapan dengan orang lain.
  5. Pilih diet – Diet yang baik adalah jika ia baik untuk kesihatan dan tidak terlalu berat. Jika  isteri mahu melakukannya, pastikan anda sama-sama membuat carian maklumat tentang diet terbaik yang boleh isteri anda cuba dalam usaha menurunkan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI