Kena Masuk Wad, Apakah Yang Perlu Dibawa? Jangan Panik, Ikut Panduan Ini

Share

Bila mendapatkan rawatan di hospital, ibu bapa kerap tertinggal keperluan penting ini. Jangan lupa bawa bersama.

Anak sakit atau diri sendiri yang sakit, mendapatkan rawatan dan memakan ubat-ubatan yang dibekalkan ialah tindakan terbaik. Tapi bagaimana pula jika ada di antara ahli keluarga yang ditahan di wad selepas pemeriksaan?

Selain kelengkapan asas seperti peralatan penjagaan diri, ini juga penting untuk dibawa bersama.

Public Health Malaysia berkongsi info mengenai kepentingan membawa ubat-ubatan atau suplemen yang telah diambil ketika ke hospital.

 

MASUK KE HOSPITAL, APAKAH YANG PERLU DIBAWA?

Tahukah anda pesakit digalakkan untuk membawa ubat-ubatan sendiri (patient’s own medicines/ POMs) apabila dimasukkan ke hospital?

Maklumat berkaitan ubat-ubatan yang sedang diambil oleh pesakit adalah amat penting. Oleh itu pesakit atau penjaga perlu membawa semua ubat yang sedang diambil bersama-sama apabila dimasukkan ke hospital.

APAKAH KELEBIHAN MEMBAWA UBAT ANDA KE HOSPITAL?

  1. Membantu pegawai farmasi dan doktor mendapatkan ganbaran jelas berkaitan ubat yang sedang anda ambil.
  2. Memastikan anda mendapat ubat yang betul semasa berada di hospital.
  3. Memastikan ubat tersedia apabila diperlukan, serta dapat diambil sepanjang pengambilan ubat.
  4. Mengenalpasti kesan sampingan atau alahan yang dialami sepanjang pengambilan ubat.
  5. Memastikan anda hanya membawa balik ubat terkini dipreskripsikan oleh doktor. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan pengubatan berlaku di rumah.
  6. Mengelakkan pembaziran ubat yang berlebihan.

APA JENIS UBAT YANG PERLU DIBAWA?
Semua ubat yang dipreskripsikan oleh doktor di hospital kerajaan atau swasta.
Supplement atau produk tradisional yang digunakan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Serahkan ubat yang anda bawa kepada pegaeai farmasi di dalam wad.
Sentiasa bawa ubat-ubatan dalam bekas asal dan berlabel.

BAGAIMANA JIKA ANDA LUPA MEMBAWA UBAT TERSEBUT?
Boleh meminta penjaga untuk membawanya ke hospital

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada profesional kesihatan yang bertugas di wad.

*Jangan cakap hospital dah ada banyak ubat pula bila diminta bawa bersama.

Sumber: Public Health Malaysia

 

IKLAN