Untuk menghargai seorang insan bergelar ibu, tidak perlu tunggu hari yang istimewa pun. Seharusnya setiap hari menjadi hari untuk kita sentiasa menghargai dan mengenangkan jasa wanita istimewa ini.
Sempena Hari Ibu yang lalu, suami Emma Maembong telah berkongsi sebuah video untuk menunjukkan penghargaannya kepada isteri tercinta.
Rupa-rupanya video tersebut adalah rakaman detik-detik kelahiran anak mereka, Shariq Gabriel. Dapat dilihat bagaimana Emma berjuang untuk melahirkan anaknya itu.
Ads
Biarpun video tersebut telah dirakam sekitar November tahun lalu, ia tetap menjadi perhatian warga maya apabila dikongsikan oleh suami Emma.
Rata-rata yang menonton video tersebut dapat relate dan turut merasa sebak melihat kesakitan yang dirasai Emma.
Ads
Sesungguhnya saat melahirkan merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, ia juga saat-saat yang menyakitkan kerana ibu memperjuangkan nyawanya bagi melahirkan anak tersayang. Oleh itu, penghargaan kepada isteri dan ibu bukan hanya terhad ketika hari ibu semata-mata tetapi seharusnya setiap hari.
Hargai pengorbanan isteri anda dengan menghadiahkannya sesuatu yang istimewa. Klik saja di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tabiat menyapu bedak pada badan dan muka bayi ini sebenarnya akan hanya membahayakan anak-anak kecil kita. Ia tidak bagus untuk anak dan si kecil kita malah mengundang bahaya. Hentikan!
Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari , sekiranya anda merupakan ibu ayah yang kerap menyapukan bedak talkum pada muka anak lepas mandi, sebaiknya hentikan tabiat itu selepas membaca apa yang dikongsikannya ini.
Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni.
Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus saya stop serta merta.
Rupanya doktor pakar kanak-kanak dah bagitau lama dah pasal benda ni. Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi.
Partikel bedak talcum tu kan halus sangat-sangat.
Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan.
Akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning),” katanya berkongsi.
Rosakkan salur pernafasan bayi
Malah yang ibu ayah tidak tahu, debu talkum juga sebenarnya mampu bertindak merosakkan salur pernafasan bayi yang masih kecil. Dan inilah yang diakui oleh American Academy of Paediatric melalui hasil kajian mereka. Bahaya kan?
Menurut American Academy of Paediatric jugak, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil.
Mintak tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil.
Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.
Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu.
Tolong sebarkan #info ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Saya ni sampai sekarang masih duk rasa bersalah kat anak saya sebab saya pernah terbuat benda yang bahayakan kesihatan dia ni.
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Sampaikan ada yang lebih 24 jam tahan sakit tapi bukaan jalan belum terbuka. Memang sangat seksa.
Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.
Berikut antara beberapa cara nak cepatkan bukaan rahim untuk mudah bersalin.
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awalawal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labour room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
Yang ni part paling syahdu. Dekatdekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebihlebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat….
FOLLOW >>> Fazariah Nordin via Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar. Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.