
Dalam mendidik anak lelaki, soal adab ke tandas mungkin nampak remeh. Tapi sebenarnya ia antara asas penting dalam pembentukan sahsiah dan kebersihan diri anak. Salah satu isu kecil tapi selalu jadi perbincangan ialah kencing berdiri dalam Islam adakah ia dibenarkan atau tidak?
Hukum Kencing Berdiri Dalam Islam
Menerusi laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada penjelasan dari sudut hukum. Hukum kencing berdiri dalam Islam adalah harus, tetapi lebih afdhal dan sunnah jika dilakukan dalam keadaan duduk.
Ini berdasarkan dua hadis sahih:
Dalam satu hadis, Aisyah R.A. berkata:
“Sesiapa yang mengatakan Rasulullah SAW kencing berdiri, maka janganlah kamu percaya. Baginda tidak kencing melainkan dalam keadaan duduk.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Namun, ada juga hadis riwayat Huzaifah R.A. yang menceritakan bahawa Nabi SAW pernah kencing berdiri di satu tempat buangan sampah, lalu berwuduk selepas itu.

Bagaimana Ulama Menjelaskan Isu Ini?
Para ulama menjelaskan bahawa Nabi SAW pernah kencing berdiri bukan kerana kebiasaan, tetapi untuk menunjukkan hukumnya harus dalam keadaan tertentu. Namun secara umumnya, baginda lebih memilih untuk kencing duduk, kerana itu lebih sopan, bersih, dan menjaga adab.
Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebut:
“Baginda melakukannya (kencing berdiri) untuk menunjukkan keharusan, tetapi kebiasaannya baginda kencing secara duduk.”
Dari Sudut Parenting: Ajar Anak Lelaki Tentang Adab Tandas
Bila anak lelaki dah mula berdikari ke tandas, ramai ibu ayah suka biar anak kencing berdiri sebab nampak ‘mudah’ dan cepat. Tapi dari sudut kebersihan dan adab, lebih baik ajar anak kencing duduk. Ini juga membantu mereka faham kencing berdiri dalam Islam tidaklah dilarang, tetapi lebih baik dielakkan atas faktor adab dan kebersihan.
Sebab Ibu Ayah Perlu Ajar Anak Kencing Duduk
- Kurang risiko percikan air kencing. Bila berdiri, percikan lebih mudah terkena pakaian dan lantai bukan saja najis, tapi boleh ganggu kebersihan tandas rumah.
- Menjaga adab dan sunnah. Ajar anak bahawa Rasulullah SAW lebih suka kencing dalam keadaan duduk. Ini boleh jadi latihan awal tentang pentingnya ikut sunnah dalam hal kecil sekalipun.
- Lebih bersih dan sopan. Kencing duduk bantu anak lebih berhati-hati, tak terburu-buru, dan belajar tentang kebersihan diri selepas ke tandas.
Penjelasan Dari Sudut Kesihatan


Menerusi perkongsian di FB Dr. Ahmad Luqman Bukhari, kencing berdiri juga berisiko menyebabkan kencing tak lawas. Bila air kencing tak keluar habis, ia boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing (UTI) atau rasa tidak selesa selepas buang air kecil.
Anak lelaki kita perlu diberitahu cara kencing yang betul. Kena tegas bab ni dari kecil. Bukan berdiri je terus pancut ikut suka. Ajar dia cangkung atau duduk. Tak adalah terpercik najis sampai kena kat seluar.
Kesimpulan: Adab & Hikmah Disebalik Kencing Berdiri Dalam Islam
Islam tak melarang kencing berdiri dalam Islam, tapi menggalakkan kencing duduk sebagai adab yang lebih baik dan lebih hampir dengan sunnah Rasulullah SAW.
Sebagai ibu bapa, ajarlah anak lelaki dari kecil untuk jaga kebersihan dan adab di tandas. Ia nampak kecil, tapi dari situ anak belajar tentang disiplin, sopan santun, dan hormat kepada ajaran agama.
Kerana dalam Islam, kebersihan itu bukan sekadar fizikal ia cerminan akhlak dan keimanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!




Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.
Selain itu, sekiranya kulit ada luka dn kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.
Bau bahan kimia yang kuat?
Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang!


