Seperti orang dewasa, bayi juga berisiko mengalami penyakit kencing kotor. Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak seperti tiada selera makan dan kurang minum susu. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah seperti bau air kencing yang busuk, terdapat kesan darah pada air kencing, mengalami muntah-muntah dan banyak lagi.

Kencing Kotor, Bayi Juga Berisiko

Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang masalah kencing kotor dalam kalangan bayi.

Sudah beberapa hari sebenarnya bayi perempuan umur 6 bulan demam (salah seorang pesakit).

Semasa mula demam, ibu ayahnya sudah bawa ke klinik lalu dibekalkan ubat antibiotik. Kata doktor, boleh jadi sebab jangkitan kuman dekat telinga. Namun tetap tak sembuh.

Artikel berkaitan: Baby Sampai ‘Lembik’, Tak Nak Makan & Minum Susu. Doktor Jelaskan Mungkin Kencing Kotor

Ibu Hamil Lebih Senang Kena Kencing Kotor! Doktor Jelaskan Bahaya Jika Tak Dirawat

Kalau Anak Sakit Mesti Tak Selera Makan Kan? 4 Resipi Antibiotik Menu Ini Buat Anak Berselera & Bertenaga

Kencing Kotor, Bayi Juga Berisiko, Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan & Minum Susu
Kredit foto: Freepik

Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan & Minum Susu

Demam berterusan, menyusu sudah semakin kurang akhirnya bayi itu jadi lembik dan tak aktif. Bila dibawa ke hospital, pemeriksaan jantungnya berdegup sangat laju manakala tekanan darahnya rendah.

Patutlah tak bermaya, rupanya bayi malang itu sudah mengalami dehydrated yang teruk!

Beberapa ujian segera dilakukan untuk mencari punca jangkitan itu.

Salah satunya doktor terpaksa masukkan tiub plastic halus melalui salur kencing bayi perempuan tadi untuk keluarkan sample urine.

Sebaik saja tiub itu dimasukkan, mengalir keluar air kencing warna keruh susu dan bila ujian makmal dilakukan, rupa-rupanya anak itu sudah terkena penyakit kencing kotor! Anak kecil mudah sangat sebenarnya dapat jangkitan ini.

IKLAN

Ada satu kajian yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.

Kencing Kotor, Bayi Juga Berisiko, Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan & Minum Susu
Kredit foto: Freepik

Bayi boleh jadi akan ada simptom seperti ini jika mengalami masalah kencing kotor:

*Kencing berbau busuk.

*Warna air kencing itu keruh.

*Ada jugak yang kencingnya ada kesan darah.

*Kadang itu dia akan menangis sahaja sebab sakit semasa kencing.

*Bayi muntah-muntah.

IKLAN

*Bayi kurang menyusu dan makan.

*Demam tinggi.

Jika tidak dikesan dan dirawat lebih awal bimbang bayi akan jadi terlampau lemah hingga boleh mengancam nyawa.

Kencing Kotor, Bayi Juga Berisiko, Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan & Minum Susu
Kredit fot: Freepik

Berikut dikongsikan cara untuk mengelakkan jangkitan pada salur kencing bayi:

✅ Cepat-cepat tukar lampin anak kalau sudah berak.

Jangan biar lama sebab dalam najis bayi itu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman itu berpindah ke kawasan salur kencing bayi lalu mengakibatkan jangkitan kencing kotor.

✅ Pastikan kalau pakai tisu basah, guna sehelai untuk sekali lap sahaja. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna tisu basah yang sama.

IKLAN

✅ Semasa menggunakan tisu basah pada bayi iaitu ketika mengelap, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian punggung, pergi pula lap di bahagian kemaluan bayi menggunakan tisu yang sama. Perbuatan ini merisikokan bayi terkena  bakteria E. Coli dalam najis itu, berjangkit pula ke salur kencing bayi.

Tip ini semuanya mudah sahaja tapi kalau tak buat betul-betul boleh merisikokan kesihatan dan nyawa bayi kita.

Baca lagi: Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni, Petua Lawas & Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil!

Sakitnya Kencing Kotor. Nak Buang Air Pun Tak Sanggup!

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Kredit foto (top image): Freepik

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI