Kendong anak cara Tok Ram, “Dah macam bola ragbi Izzara dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Kendong Anak Cara Tok Ram, “Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya”
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Ads
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Ibu mana yang tidak terkesan dengan masalah yang melanda anaknya. Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.
Malah melalui perkongsian terbarunya, Datin Patimah turut memuat naik gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki sulung Syamsul dan Puteri Sarah.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.
“Syaikhul seorang Abang yang menjaga adiknya Sumayyah dengan baik.
“Kerana dia tahu hanya dia saja lelaki dalam hidup adiknya,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian gambar itu, kelihatan dua beradik yang cukup akrab itu kelihatan berpelukan erat tanda kasih sayang bersama mereka.
Terdahulu sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya yang berlanjutan.
Anak sememangnya belajar daripada tingkah laku ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak perasan bila berada di hadapan anak-anak. Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri.
Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
TUJUH perangai anak akan belajar atau tiru daripada ibu bapa:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Hanya kami bertiga dalam rumah malam tu… saya, anak umur setahun dan seorang lagi enam tahun. Saya tak sedar apa-apa… Bila bangun pagi, kereta pun dah tak ada.”
Itulah detik menggetarkan hati yang dilalui seorang guru wanita apabila rumahnya di Prima Gadak, Muadzam Shah dipecah masuk oleh penjenayah pada malam Selasa lalu. Lebih memilukan, ketika kejadian, hanya dia dan dua anak kecil berada di rumah — tanpa sebarang perlindungan.
Tanpa sebarang bunyi, tanpa disedari… Penjenayah itu masuk, mencuri, dan melarikan bukan sahaja kereta miliknya, tetapi juga barangan kemas dan wang tunai. Kerugian? Melebihi RM33,000.
Wanita yang bertugas sebagai guru di sekolah agama swasta itu hanya menyedari kejadian sekitar jam 7 pagi keesokan hari, apabila melihat telefon bimbit dan beg tangannya hilang. Pintu almari pakaian terbuka, berselerak. Dan lebih meruntun perasaan, kereta kesayangannya, Perodua Myvi, juga ghaib dari tempat ia diparkir.
Polis sedang mengesan suspek kes pecah masuk rumah dan melarikan kereta milik seorang guru wanita dalam kejadian di Prima Gadak, Muadzam Shah di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun mendakwa kerugian lebih RM33,000 apabila kereta, barang kemas dan sejumlah wang tunai dilarikan penjenayah.
Menurutnya, pada malam kejadian, mangsa bersama dua anak berusia satu dan enam tahun berada di rumah bagaimanapun tidak diganggu atau dicederakan.
“Kejadian itu hanya disedari selepas mangsa bangun dari tidur kira-kira jam 7 pagi.
“Wanita yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah agama swasta itu awalnya menyedari telefon bimbit dan beg tangan miliknya hilang.
“Mangsa kemudiannya ternampak almari baju yang berada di hadapan pintu bilik terbuka dengan kesan selongkar dan setelah memeriksa bahagian luar rumah mendapati kereta jenis Perodua Myvi miliknya hilang,” katanya.
Sharif Shai berkata, hasil pemeriksaan, mangsa dapati barang kemas iaitu cincin dan gelang serta wang tunai RM250 juga hilang.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan penjenayah memasuki rumah itu melalui tingkap tandas.
“Semasa kejadian hanya pengadu dan dua anak yang masih kecil berada di rumah manakala suami berada di tempat kerja di sebuah kilang susu di sini,” katanya.
Jelas beliau, hasil siasatan di lokasi kejadian, pihaknya menemui semula dokumen-dokumen penting dan beg tangan milik mangsa yang ditinggalkan suspek di belakang rumah.
“Pihak polis sedang mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 / 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan curi kenderaan,” katanya.
Sumber; Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.