Boleh dikatakan kebanyakan anak-anak suka makan kentang goreng sebagai kudapan mereka. Cuma bila melibatkan makanan berproses, perasaan bimbang itu ada.

Apa kata ibu buat kentang goreng homemade khusus untuk anak. Tanpa bahan pengawet dan terbukti kebersihannya.

Kadang-kadang ubi kentang yang dijual secara sejuk beku itu kita tak tahu apa bahan penyedap yang digunakan untuk tahan lebih lama. Jadi baiklah buat sendiri.

Resipi dari Nur Fadzilah ini boleh dicuba untuk anak-anak di rumah. Boleh buat minum petang atau kudapan sihat.

CARA BUAT HOMEMADE FUN FRIES:
1) Kupas kentang.

IKLAN

Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!2) Potong ikut size macam fries MCD.

Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!3) Rendam kejap 5 minit.
4) Rebus / kukus separuh masak 5 minit aje.

IKLAN

Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!5) Toskan. Lap kering guna tisu

Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!6) Campurkan kentang dengan sedikit soda bikarbonat dan tepung gandum. Biarkan kejap.

IKLAN

Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!7) Goreng macam biasa. Api jangan kuat ya.
8) Siap dihidang untuk si manja anda.

Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!

Alhamdulillah bila buat macam ni anak berselera makan. Nak buat stok pun boleh. Lepas tabur tepung tu, simpan dalam bekas, masuk freezer.
Selamat mencuba!

Sumber: Nur Fadzilah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI