Kentang Goreng Kudapan Sihat Anak. Hanya Guna 3 Bahan Asas Dan Sangat Sedap!

Share

Boleh dikatakan kebanyakan anak-anak suka makan kentang goreng sebagai kudapan mereka. Cuma bila melibatkan makanan berproses, perasaan bimbang itu ada.

Apa kata ibu buat kentang goreng homemade khusus untuk anak. Tanpa bahan pengawet dan terbukti kebersihannya.

Kadang-kadang ubi kentang yang dijual secara sejuk beku itu kita tak tahu apa bahan penyedap yang digunakan untuk tahan lebih lama. Jadi baiklah buat sendiri.

Resipi dari Nur Fadzilah ini boleh dicuba untuk anak-anak di rumah. Boleh buat minum petang atau kudapan sihat.

CARA BUAT HOMEMADE FUN FRIES:
1) Kupas kentang.

2) Potong ikut size macam fries MCD.

3) Rendam kejap 5 minit.
4) Rebus / kukus separuh masak 5 minit aje.

5) Toskan. Lap kering guna tisu

6) Campurkan kentang dengan sedikit soda bikarbonat dan tepung gandum. Biarkan kejap.

7) Goreng macam biasa. Api jangan kuat ya.
8) Siap dihidang untuk si manja anda.

Alhamdulillah bila buat macam ni anak berselera makan. Nak buat stok pun boleh. Lepas tabur tepung tu, simpan dalam bekas, masuk freezer.
Selamat mencuba!

Sumber: Nur Fadzilah

IKLAN