Oat adalah whole grain food yang mengekalkan kebaikan dan khasiat bijirin walaupun setelah ia di masak. Bukan itu sahaja malah oat juga kaya serat yang membantu pencernaan dan mengatasi masalah sembelit anak.

Bukan hanya oat malah penambahan pisang dan menu yang satu ini mampu membuatkan anak kenyang serta penuh khasiat. Jika memilih untuk menyediakan menu minum petang yang ringkas dan pantas, resipi oat banana yang dikongsikan oleh Nurul Faezatul Aida ini antara resipi yang boleh dicuba. Campurkan kesemua sekali bahan dan bakar. Siap!

Kenyang & Tinggi Serat, Resipi Oat Banana Ni Buat Anak Tertarik!

Hai mummies, malam ni Ummi try resepi baru. Dah jadi mak-mak ni mesti banyak fikir nak bagi makan apa je kat anak kan? Resepi ni asalnya untuk anak je tapi boleh juga mak bapaknya nak join makan. Semua guna bahan seadanya di rumah.

Resepi oat banana cupcake. Mudah saja.

IKLAN

Resepi :
2 cawan oat
1 cawan fresh milk
5 biji pisang lemak manis -dilenyek
3 biji pisang -dipotong bulat comel
Beberapa biji kismis -ikut suka hati
Cheese parut
Cawan cupcake

Kenyang & Tinggi Serat, Resipi Oat Banana Ni Buat Anak Tertarik!Potong pisang dan lenyek hingga hancur.

IKLAN

Kenyang & Tinggi Serat, Resipi Oat Banana Ni Buat Anak Tertarik!Kemudian masukkan oat gaul sampai sebati. Masukkan fresh milk dan gaul sebentar. Biarkan dalam 2 hingga 5 minit.

Last sekali taburkan kismis dan gaul gaul dengan penuh kasih sayang.

IKLAN

Kenyang & Tinggi Serat, Resipi Oat Banana Ni Buat Anak Tertarik!Masukkan dalam sesudu besar ke dalam cupcake, ratakan dan letakkan pisang yang dipotong tadi atasnya. Jangan lupa tabur cheese yang mahal tu. Boleh sadokan anak.

Disebabkan pisang potong tadi ada lebih saya letak lagi atas cheese tu. So akhir sekali masuk oven. Saya agak-agak je bakar atas bawah dalam 5-10 minit. Jangan sampai hangus dah lah.

Hanzalah makan satu cup tak sampai 5 minit setel. Manis juga. Memang sesuai kalau anak yang picky eater kot. Boleh try ye mummies.

Sambil lenyek pisang boleh zikir Ya Latif. Mudah-mudahan lembut hati anak-anak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI