Bagi yang pernah melihat Dato Rizalman menyediakan pucuk ubi goreng pastinya teringat-ingat akan resipi yang satu ini. Nampak sedap dan paling penting rangup ketika dimakan bersama nasi panas. Memang sedap!

Nak tahu macam mana nak masak pucuk ubi goreng ini? Pn Iskamaridzah Ismail kongsikan cara memasaknya. Memang hebat!

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!


Nak buat ni kena banyak sabar sebab banyak sangat step dia. Pucuk ubi goreng, resepi dari Dato Rizalman, belajar dari ig live dia. Ni resepinya kawan-kawan.

Bahan-bahan:
1 besen besar pucuk ubi -basuh bersih, keringkan
1 mangkuk kecik ikan bilis -basuh bersih, keringkan dan gaul tepung beras
2 bj bwg besar – hiris
1 keping asam gelugur
1 inci belacan
1 ketul ikan masin kurau -sebesar tapak tangan ikan masin kurau (goreng, kiraikan isinya blender kering)
Segenggam cili kering -rebus, basuh, toskan dan blender kering

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

1. Panaskan kuali, panaskan minyak masak yang banyak dan goreng pucuk ubi sehingga rangup. Toskan.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

2. Goreng ikan bilis hingga rangup dan toskan.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

3. Tumis bawang hingga garing.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

4. Masukkan cili kering kacau-kacau dan masukkan garam serta gula. Gula kena letak lebih sikit dan kacau. Masukkan belacan dan asam gelugur. Kacau lagi.

5. Tumis smpai cili tu masak dan kering sedikit, masak lama sikit lepas tu baru masukkan isi ikan kurau. Kacau sebati.

IKLAN

6. Masukkan ikan bilis dan tutup api.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

7. Akhir sekali masukkan pucuk ubi dan gaul perlahan sampai rata. Jangan kasar sangat sebab tak nak bagi pucuk ubi hancur.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

8. Bila dah rata elok, angkat letak dalam bekas dan biar dia sejuk sendiri.

IKLAN

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

9. Bila dah sejuk elok masuklah dalam bekas kedap udara. Tahan sampai 2 minggu.

Resipi menarik: Dapat Perkongsian Sampai 21K, Resipi Ayam Singgang Kelantan Ni Paling Mudah & Sedap

Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Thai, Rahsia Masak Kuah Pedas Paling Padu, Confirm Nasi Bertambah

Agar-Agar Sedut Oren Sunquick, & Pic, Resipi Rare Tapi Sedap, Nikmatnya Lain Macam Makan Waktu Sejuk

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman, Rangup & Sedap, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI