Masalah keputihan yang berlaku pada ibu hamil selalu kita pandang enteng malah kurang diberikan perhatian. Kita selalu buat acuh tak acuh.
Masalah keputihan sehingga diminta untuk membuat ujian untuk GBS seharusnya tidak dipandang mudah oleh ibu hamil kerana ia boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
GBS adalah nama singkatan untuk sejenis kuman/bakteria dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Kebanyakan ibu mungkin hanya tahu tentang GBS ini setelah disahkan positif oleh doktor. Sebelum ni tak pernah dengar pun!
Sebenarnya, lebih kurang 1 dari 4 wanita adalah pembawa kuman GBS. Namun tak semua menyedari bahawa mereka adalah pembawa bakteria ini.
Ads
Walaupun tidak menunjukkan sebarang masalah pada ibu, namun GBS berisiko terhadap bayi dalam kandungan sehingga boleh membawa maut.
Bagi mengelakkan masalah keputihan ini, Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan tip untuk ibu hamil.
“Doktor, ada tak tips untuk kurangkan keputihan/gbs?”
Ads
Ketika hamil, lendiran faraj meningkat kerana perubahan hormon. Leukorea atau keputihan fisiologi ketika hamil adalah mekanisma semula jadi untuk membersihkan dan melindungi faraj daripada bakteria.
Jika keputihan berubah menjadi kehijauan, cheezy pekat, bertompok coklat atau darah, ini bermakna keputihan telah berubah menjadi keputihan penyakit/patalogi. Simptom sebegini memerlukan pemeriksaan doktor.
Antara tip yang boleh ibu hamil lakukan: * Jaga diet dan kenaikan berat badan. * Kurangkan gula dalam minuman/makanan. * Pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton * Elakkan penggunaan pencuci vagina, kecuali jika ada jangkitan. * Pastikan vagina dicuci bersih dan lap kering. * Jika perlu pakai panty liner, tukar setiap kali ke toilet. * Trim bulu di kawasan kemaluan.
Aktor berbakat besar, Remy Ishak, telah diketahui ramai bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi. Katanya, dia sudah pun menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti.
Remy turut berkongsi bahawa pemilihan nama untuk anaknya sudah dibuat sebelum berkahwin dengan isteri tercinta, Ezza Yusof.
“Nama anak sebelum kahwin lagi saya dah pilih, kalau dapat bayi perempuan nama apa. Kalau lelaki pun dah ada senarai.”
Menurut portal mStar, dia ada berbincang dengan isteri tentang nama-nama yang disukainya. Memandangkan isterinya itu jenis ‘sempoi’, maka tiada sebarang masalah dalam pemilihan nama anak.
Kata pelakon yang pernah menjayakan filem Sangkar bersama teman aktor, Zul Ariffin ini lagi, dia sememangnya sukakan gabungan nama.
“Sejak dulu lagi saya memang suka cipta gabungan nama tapi bukan merujuk kepada individu tertentu.”
Turut memberitahu yang dia tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan dan amat bersyukur diberi rezeki untuk menimang cahaya mata pada usianya 40 tahun.
Turut berkongsi keadaan isterinya yang sedang hamil sangat baik dan tidak mengalami alahan seperti orang lain tetapi lebih sensitif dari biasa.
Teruja bakal menjadi seorang ayah, Remy seakan-akan tidak percaya dan perasaannya juga bercampur-baur. Turut melahirkan rasa bimbang dengan didikan yang akan diberikan kepada anaknya dengan cabaran dunia sekarang.
“Zaman dah berbeza, itulah yang buatkan saya risau nak mendidik anak. Takut tersalah didik pula tapi doakan yang baik-baik buat saya dan isteri.”
Sekadar recap, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pad 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Tempoh kehamilan selama sembilan bulan pastinya sesuatu yang indah untuk dikenang oleh bakal ibu. Tambah pula ia merupakan kandungan sulung selepas berumahtangga. Perasaan nervous nak melahirkan anak tapi dalam masa yang sama teruja untuk
Pelakon berbakat besar, Erynne Erynna mengakui mula berasa gementar tapi dalam masa yang sama teruja mungkin disebabkan ini adalah kehamilan pertama buatnya.
Usia kandungan Erynne yang kini sudah memasuki trimester ketiga tentunya membuatkan dia lebih berasa gementar, maklum sahaja ini adalah pengalaman pertama buat pelakon Nasi Kerabu Untuk Che Abe.
Dalam posting terbarunya, Erynne berkongsi persediaannya untuk bersalin iaitu dengan menyediakan hospital bag yang mengandungi barang-barang bayi untuk memudahkan suaminya membawa apa yang diperlukan apabila tiba waktunya nanti.
Erynne turut bertanya kepada pengikutnya apakah ada ibu lain yang juga sepertinya iaitu suka pack barang ektra bimbang ada yang tak cukup dan sebagainya.
“Slowly packing for my hospital bag, dah start nervous tapi excited dah ni.
“And i put the things in an individual bag macam tu sebab senang for my husband to just grab it and everything i need for each day is in 1 bag like that …haha.
“P/s: siapa macam i yang always love to pack things extra incase tak cukup ke apa ke heheh and what do you mommies bring in your hospital bag, and any suggestions?” tulisnya di Instagram.
Dalam satu posting yang lain, Erynne menyatakan bahawa dia pasti akan merindui saat menjadi seorang ibu hamil. Menurutnya ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Pelakon ini juga turut mendoakan kepada semua wanita yang belum lagi dikurniakan zuriat agar doa mereka dimakbulkan Allah SWT.
“I will surely miss being pregnant, alhamdulillah it is such an experience and truly a blessing. Ya Allah, can’t explain the feeling of having a baby in your tummy and rasa dia bergerak semua, Subhan’Allah.
“I pray for those yang doa untuk rezeki zuriat semoga semua doa kalian dimakbulkan, amin ya Allah,” tulisnya lagi.
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan mmg sangat istimewa buat ibu. macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal?
Pergerakan Normal
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu
Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga mcm kita , perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi?
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun utk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperi hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dgn kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebeh tahu bayi nya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dgn segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera.
Gambar kat bawah ni diambil dari buku seorang pesakit saya yang sgt prihatin kepada gerak bayi nya.