Masalah keputihan yang berlaku pada ibu hamil selalu kita pandang enteng malah kurang diberikan perhatian. Kita selalu buat acuh tak acuh.
Masalah keputihan sehingga diminta untuk membuat ujian untuk GBS seharusnya tidak dipandang mudah oleh ibu hamil kerana ia boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
GBS adalah nama singkatan untuk sejenis kuman/bakteria dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Kebanyakan ibu mungkin hanya tahu tentang GBS ini setelah disahkan positif oleh doktor. Sebelum ni tak pernah dengar pun!
Sebenarnya, lebih kurang 1 dari 4 wanita adalah pembawa kuman GBS. Namun tak semua menyedari bahawa mereka adalah pembawa bakteria ini.
Ads
Walaupun tidak menunjukkan sebarang masalah pada ibu, namun GBS berisiko terhadap bayi dalam kandungan sehingga boleh membawa maut.
Bagi mengelakkan masalah keputihan ini, Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan tip untuk ibu hamil.
“Doktor, ada tak tips untuk kurangkan keputihan/gbs?”
Ads
Ketika hamil, lendiran faraj meningkat kerana perubahan hormon. Leukorea atau keputihan fisiologi ketika hamil adalah mekanisma semula jadi untuk membersihkan dan melindungi faraj daripada bakteria.
Jika keputihan berubah menjadi kehijauan, cheezy pekat, bertompok coklat atau darah, ini bermakna keputihan telah berubah menjadi keputihan penyakit/patalogi. Simptom sebegini memerlukan pemeriksaan doktor.
Antara tip yang boleh ibu hamil lakukan: * Jaga diet dan kenaikan berat badan. * Kurangkan gula dalam minuman/makanan. * Pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton * Elakkan penggunaan pencuci vagina, kecuali jika ada jangkitan. * Pastikan vagina dicuci bersih dan lap kering. * Jika perlu pakai panty liner, tukar setiap kali ke toilet. * Trim bulu di kawasan kemaluan.
Tahukah anda, ada jenis kehamilan yang jarang dibincangkan tetapi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan wanita? Ia dikenali sebagai “kehamilan anggur” atau molar pregnancy. Dr. Zubaidi berkongsi info ini untuk memberi kesedaran kerana ramai yang masih tidak tahu tentang risiko ini.
Kehamilan anggur berlaku apabila proses persenyawaan antara telur dan sperma tidak normal. Selalunya janin dan uri terbentuk dengan normal, tetapi dalam kes ini, tisu di rahim membentuk kantung kecil seperti cyst yang dipanggil hydatidiform mole. Janin tidak berkembang dan rahim dipenuhi tisu abnormal.
Dr. Zubaidi menekankan beberapa faktor yang meningkatkan risiko wanita mengalami kehamilan anggur:
Umur wanita : Risiko meningkat apabila wanita berumur 35 tahun ke atas.
Sejarah kehamilan anggur sebelum ini : Jika pernah berlaku dua kali atau lebih, risiko berulang tinggi.
Keguguran misteri sebelum ini : Wanita yang pernah keguguran tanpa sebab yang jelas berisiko lebih tinggi.
Kehamilan anggur biasanya menunjukkan tanda yang sama seperti kehamilan normal: tidak datang haid, ujian kehamilan positif, loya, muntah, dan perubahan hormon lain. Oleh itu, ultrasound awal sangat penting untuk mengesan sebarang ketidaknormalan.
Rawatan biasanya melalui prosedur D&C atau vacuum aspiration untuk membuang tisu abnormal. Selepas rawatan, wanita tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 hingga 12 bulan bagi memastikan pemulihan rahim dan memantau sebarang risiko baki tisu yang boleh menjadi kanser. Pemeriksaan darah secara berkala amat penting.
Jangan pandang remeh sebarang kehamilan yang tidak normal. Pemeriksaan awal dan berkala amat penting, terutamanya bagi wanita yang mempunyai sejarah risiko.
Kesedaran tentang kehamilan anggur boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi serius.
Bagi ibu yang tidak pernah mengalami kehamilan anggur, pasti akan berasa hairan tentang penyakit ini. Kehamilan jenis ini juga boleh kedengaran agak luar biasa bagi suami. Malah, masih ada pandangan serong dan salah faham dalam masyarakat yang menyatakan bahawa ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin terkena ‘buatan orang’ atau membawa keturunan berpenyakit. Justeru, penting untuk kita memahami penyakit ini dengan tepat.
Kehamilan anggur merupakan satu jenis kehamilan yang tidak berkembang menjadi janin sempurna. Akibat masalah semasa persenyawaan, tisu embrio dan plasenta tidak berkembang dengan normal, sebaliknya menjadi gugusan tisu berbentuk gelembung atau sista yang menyerupai buah anggur.
Dalam perubatan, ia dikenali sebagai Hydatidiform mole dan diklasifikasikan kepada dua jenis: lengkap (complete mole) dan separa (partial mole).
Kehamilan anggur lengkap: berlaku apabila ovum kosong disenyawakan oleh satu atau dua sperma. Tisu persenyawaan ini mengandungi 46 kromosom, tetapi semuanya daripada bapa sahaja. Tiada janin terbentuk, hanya gugusan tisu seperti anggur.
Kehamilan anggur separa: berlaku apabila ovum normal disenyawakan oleh sperma, menghasilkan tisu persenyawaan dengan 69 kromosom (23 dari ibu, 46 dari bapa). Tisu janin boleh terbentuk, tetapi kematian janin biasanya berlaku pada peringkat awal. Tisu plasenta mengandungi komponen normal dan abnormal (gugusan anggur).
-Ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin mengalami:
-Loya dan muntah teruk
-Saiz rahim lebih besar daripada usia kandungan
-Tekanan darah tinggi dan bengkak pada kaki
-Paras hormon hCG lebih tinggi daripada normal, terutamanya pada kehamilan anggur lengkap
-Kehamilan anggur boleh dikesan melalui ultrasound, di mana gugusan tisu berbentuk anggur dapat dilihat dan janin tidak dapat dikesan.
Kebanyakan kehamilan anggur akan menyebabkan keguguran atau kematian janin. Ibu akan mengalami pendarahan dan tisu plasenta akan dihantar ke makmal untuk pengesahan penyakit.
Di bawah mikroskop, gugusan tisu ini terdiri daripada struktur tisu plasenta (villi) yang membengkak dan kumpulan sel plasenta (trophoblasts) yang bercambah. Seluruh tisu plasenta harus dikeluarkan, dan ibu perlu menjalani pemeriksaan berkala sehingga penyakit ini benar-benar tiada.
Terdapat risiko kecil di mana kehamilan anggur boleh merebak ke dinding rahim (invasive mole) atau menjadi kanser (choriocarcinoma). Namun, pemantauan rapi dapat mengesan dan mencegah komplikasi ini.
Secara umum, kehamilan anggur tidak menjejaskan kehamilan seterusnya. Ibu biasanya masih boleh hamil seperti biasa dan memperoleh anak yang normal.
Kehamilan anggur bukan sesuatu yang boleh dijangka, tetapi dengan pemantauan awal dan langkah pencegahan, risiko komplikasi boleh dikurangkan. Sebagai pasangan baru, kesedaran tentang perkara ini sangat penting jangan tunggu sehingga terlambat.
Kehamilan adalah tempoh yang sangat menakjubkan bagi pasangan-pasangan yang merancang untuk memiliki anak. Anda mungkin sedar anda sedang hamil apabila anda mula sedar tentang perubahan pada tubuh.
Bagaimanapun, mempunyai simptom kehamilan bukanlah semestinya anda sedang hamil. Kadangkala anda merasa diri sedang hamil tetapi sebenarnya tidak. Mengapa? Rujuk jawapannya dibawah.
Apa yang menyebabkan kehamilan palsu?
Kehamilan palsu adalah kes yang jarang berlaku bagi lelaki atau wanita (Terkejut? Ia juga boleh muncul pada lelaki – yang sepatutnya tidak boleh hamil). Sebab yang tepat untuk kehamilan palsu adalah tidak diketahui. Tetapi doktor dan saintis beranggapan, situasi tertentu seperti trauma atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh boleh menyebabkan keadaan ini. Badan menyangkakan terdapat bayi dalam kandungan.
Kehamilan palsu boleh berlaku jika anda benar-benar inginkan zuriat kerana masalah ketidaksuburan, keguguran yang berulang-ulang, kehilangan anak, menopause yang bakal berlaku, masalah mental, atau keinginan untuk berumah tangga. Dalam sebahagian kes, anda mengesan beberapa simptom seperti payudara yang sakit dan membengkak atau perut membengkak. Otak anda akan menafsirkan bahawa anda sedang hamil. Hormon-hormon tertentu akan dirembes, menyebabkan berlakunya simptom-simptom kehamilan.
Keadaan perubatan tertentu jugaboleh menyebabkan kehamilan palsu berlaku. Ini termasuklah ketumbuhan di ovari atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh. Sesetengah wanita yang menghampiri menopaus akan mengalami masalah depresi, membuatkan mereka merasakan sedang hamil.
Sesetengah saintis menegaskan gangguan seksual, kemiskinan, kurang pendidikan, atau masalah dalam hubungan boleh juga menjadi punca kehamilan palsu.
Apakah simptom kehamilan palsu?
Anda mungkin berfikir anda sedang hamil kerana anda mengalami simptom-simptom kehamilan. Tetapi apabila ianya adalah kehamilan palsu, bayi tidak wujud. Simptom-simptom kehamilan palsu termasuklah:
-Perubahan kitaran haid. Anda mungkin terlepas satu kitaran haid atau lebih.
-Perut membengkak
-Perubahan pada rambut dan kulit. Kulit mungkin menjadi kering dan kasar.
-Penambahan berat badan. Anda mungkin bertambah berat badan walaupun mengambil makanan yang sama banyak seperti sebelumnya.
-Kerap membuang air kecil.
-Payudara membengkak, sakit dan lembik.
-Merasai pergerakan janin.
-Loya dan muntah-muntah. Simptom mungkin menjadi lebih teruk di waktu pagi ketika bangun dari tidur.
Simptom-simptom ini mungkin dirasai dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan atau mungkin juga bertahun-tahun. Dalam kes-kes tertentu, sebahagian wanita turut merasai kesakitan seperti melahirkan anak. Satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya anda sedang menghadapi kehamilan palsu adalah dengan melakukan ujian oleh pakar perubatan. Sekiranya anda tidak hamil, mungkin doktor akan memberi nasihat berkenaan kesihatan mental.
Kehamilan palsu adalah keadaan yang agak pelik yang boleh mengganggu emosi dan kesihatan mental anda. Jadi, sekiranya anda sedar akan perubahan pada tubuh, sila dapatkan nasihat pakar perubatan dengan kadar segera.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah bersedia nak pregnant lagi? Bila baby dah agak besar, mesti rasa nak baby lagi. Tu naluri biasa seorang ibu. Tapi adakah kita dah bersedia untuk mengharungi 9 bulan proses kehamilan sekali lagi?
Ada yang masih lagi fobia sakit bersalin, risau alahan teruk dan macam-macam lagi. Ini kerana setiap individu cabarannya lain-lain.
Jom kita check, adakah kita dah bersedia.
Jarakkan kehamilan sebelum ini dengan kehamilan akan datang sekurang2nya 2 tahun. Ini memberi masa kepada badan ibu untuk pulih sepenuhnya selepas proses bersalin. Selain itu baby juga dah agak besar dan tidak lagi memerlukan perhatian yang terlalu kerap, berbanding dengan baby yang masih kecil. Ini juga memberi waktu utk baby pertama bermanja-manja dengan ibunya sebelum berkongsi kasih dengan adiknya nanti.
Sekiranya sewaktu mengandung sebelum ini, ibu mengalami masalah perubatan, pastikan masalah tersebut sudah dalam keadaan terkawal atau pun telah pulih sepenuhnya. Pastikan juga risiko-risiko untuk berlaku masalah kesihatan sewaktu mengandung juga seperti berat badan, tekanan darah dan paras hemoglobin adalah dalam keadaan baik.
Kalau dah plan nak mengandung, pastikan ambil supplement seperti folic acid 3 bulan sebelum mengandung. Folic acid adalah zat yang sangat penting semasa proses awal kandungan baby.
Walaupun anak adalah rezeki, tanpa sebaiknya rancang kewangan sebelum mengandung. Supaya sewaktu mengandung nanti lebih mudah. Jika bercadang untuk bersalin di swasta yang lebih selesa dan disambut oleh Doktor perempuan, simpanan boleh dibuat sebelum mengandng lagi. Takaful, medical card, simpanan dan lain-lain antara perkara lain yang perlu diambil kira jika ada anak ke-2.
Persediaan mental adalah sama penting dengan persediaan fizikal dan kewangan. Mental perlu dalam keadaan stabil untuk mengharungi 9 bulan yang mencabar dan beberapa tahun awal anak tersebut. Menjaga seorang anak sudah mencabar, menjaga 3-4 orang anak tentu lebih mencabar, dan lebih mencabar kerana usia yang semakin meningkat.
Jadi, dah bersedia kah anda? Kalau dah bersedia, sila tag husband ya?