Aktres kecil molek, Nad Zainal mengakui emosinya hancur berderai apabila melihat anak, Fahad Ibrahim atau Yem rindu dan diserang asma semasa dia dan suaminya ke Jepun.
Perkara ini dinyatakan Nad di Instagramnya. Kata Nad, Yem selalunya tidak jika dia dan suaminya tiada. Tapi rupanya si kecil itu menanggung rindu yang memegang baju miliknya dan menyebut Mummy.
Nad juga menyatakan asma Yem semakin baik. Dia bergegas pulang dari Jepun dan terus membawa Yem ke hospital. Anaknya itu kemudian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut asma.
Kanak-kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa. 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh. Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran & peringatan.
Dr Farhanah Ibrahim telah berkongsi pengalamannya mengendalikan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun 3 bulan yang telah melalui trauma kerana perbuatan tidak seononoh rakan lelaki yang lebih tua di tadika.
Apakah itu proses grooming? Grooming ialah proses merangsang kanak-kanak yang akhirnya membawa kepada terjebak kepada perlakuan berkaitan jenayah seksual.
Dr Farhanah telah berkongsi 5 cara yang kanak-kanak telah melalui proses grooming tanpa ibu ayah sedari. Antaranya ialah paparan video perbuatan yang kurang manis menggunakan watak-watak kartun di Youtube.
Drama yang ke udara di televisyen juga perlu dipantau ibu ayah. Kadang kala ada juga adegan-adegan cium, peluk & ranjang yang terlepas di kaca TV. Cara terbaik ialah tontonlah TV bersama anak.
Buku cerita yang dibaca anak juga perlu dipantau. Ibu ayah disaran agar memeriksa gambar-gambar & memeriksanya kerana bimbang ada storyline dan gambar berbaur negatif.
Ibu ayah juga perlu menjaga perilaku di depan anak-anak. Ini kerana apa yang dilakukan boleh menjadi proses grooming secara tidak langsung.
Anak kecil belum pandai membaca/ mempelajari sesuatu yang berkaitan perkara tidak manis, jadi ibu bapa perlu memainkan peranan penting melindungi mereka. Lebih baik memainak peranan menjadi rakan yang rapat dengan anak.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, Dr Farhanah mencadangkan 3 perkara yang perlu diajarkan supaya tidak dilakukan kepada perempuan iaitu agar tidak melihat sembarangan, tidak menyentuh sesuka hati serta tidak berkasar dengan perempuan.
Dr Farhanah berharap perkongsiannya ini menjadi muhasabah bersama. Semoga ibu ayah berhati-hati dengan grooming yang berlaku pada zaman alaf baru. Ia adalah cabaran yang perlu ditempuhi semua ibu ayah.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth, pada petang Ahad.
Menurut sumber Astro Awani, Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.
Menurutnya, ketika kejadian, pemandu wanita berusia 32 tahun itu yang sedang memandu kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya menuju ke Madrasah Gelugor, Bagan Lalang untuk menziarahi anaknya.
“Ketika membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba pemandu terdengar bunyi dentuman lalu memberhentikan kenderaannya,” katanya
“Wanita itu mendapati yang dia telah terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang menunggang basikal dari arah kiri jalan tar di hadapan halaman rumahnya,” kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.
Berikutan itu, pemandu wanita berkenaan segera membawa mangsa ke HSJ untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 petang akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya.
Menurut Noorzainy, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Meninjau ruangan comment, rata-rata warganet bersimpati atas nasib kanak-kanak tersebut dan tak kurang juga ada yang menasihati ibu bapa lain agar lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak.
Ada juga berpendapat, kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibiarkan bermain di atas jalan raya tanpa pantauan dari orang dewasa kerana jalan raya bukanya tempat yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Pemandu kereta juga dinasihatkan supaya membawa kereta secara berhemah dan tidak leka terutama di kawasan perumahan.
Jalan Raya Bukan Tadika
Pemandu Kereta Kena Berhemah
Kanak-kanak tak tahu erti ‘bahaya’, cuma yang dia nampak keseronokan bermain, jadi kena ada orang dewasa yang memantau. Pemandu kereta pula kena sentiasa alert jika berada di kawasan perumahan/kawasan sekolah yang mana ada ramai kanak-kanak. Semoga kita sentiasa beringat.. Al Fatihah buat anak syurga ini.
___________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tarikh 8.8 2021 jadi hari paling bermakna buat jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, apabila membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia setelah berjaya menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.
Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat menahan sebak dan terus menitiskan air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.
Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, kejayaan yang diperoleh hari ini adalah berkat doa seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia walaupun dia terpaksa berkorban untuk anak, isteri, ibu dan ayahnya.
Dalam linangan air mata itu, Azizulhasni memberitahu sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia.
Tambah sedih lagi, ketika sedang membuat persiapan untuk saingan Olimpik ini, Azizulhasni turut menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang diuji dengan mild stroke.
“Sedih sangat sebab tak dapat nak jenguk ayah, tapi adik beradik saya beri sokongan dan minta untuk fokus Olimpik je, jangan fikir ayah. Sahut cabaran demi negara.
“Bukan itu saja, pengorbanannya meninggalkan kampung dan ibu sejak berusia 15 tahun demi sukan berbasikal ini dianggap berbaloi dengan apa yang diperoleh hari ini,” katanya.
Sementara itu, dalam momen penuh emosi itu, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.
Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat.
Tahniah Azizulhasni! Anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang tetap berkibar di Velodrom Izu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!