Kerana mahukan duit, ibu sanggup menyepak/ menendang anak yang baru berusia 3 tahun.
Perkongsian daripada Akhtar Syamir atau BroOhsem ini menjadi tular di media memaparkan si kecil bernama Niu Niu telah diancam ibunya kerana enggan menggayakan pakaian dalam sesi fotografi.
“Aku akan tendang kau sampai mati.” Ibu kejam guna anak untuk keuntungan sendiri tidak memahami kepenatan anak selepas seharian terlibat sesi fotografi. Si kecil ini didakwa telah bekerja keras selama 6 bulan.
Semua kedai online memadamkan gambar Niu Niu selepas video penderaan itu tular. Namun tiada undang-undang yang melindunginya.
Si ibu berkata dia tidak bermaksud menyakiti. Tendang kerana anaknya bermjalan terallu hampir dengan jalanraya sedangkan semasa rakaman tiada jalan raya pun. Dakwa rakaman itu diambil individu yang cemburu dengan kejayaan Niu Niu.
Ibu dakwa Niu Niu tak cedera & tidak menangis.
Ads
Rupanya sebelum ini pernah ancam & pukul Niu Niu dengan penyangkut pakaian dalam sesi forografi lain.
Tukar ekspresi apabila diancam dipukul.
Dipaksa ibu gayakan 4 minit untuk 1 baju…
Ads
Niu Niu bekerja 9 jam dan dipukul kerana tak dapat luruskan belakang!
Dalam industri, ada ibu bapa yang tahan anak dari tidur, supaya mereka tidak membesar & tinggi lebih dari 160cm.
Kesejukan pakai baju musim panas ketika di musim sejuk.
Ads
Niu Niu 400 pakaian dalam masa 4 hari dengan pendapatan RM3k- 6K sehari.
Sebenarnya lebih suka berlari…
Ibu bapa terlalu memaksa, adakah untuk masa depan anak atau kepentingan diri? Jangan tamak
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk merelakan pemergian seseorang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi, jika insan tersebut adalah pasangan yang sangat kita cintai. Bolehkah kita bayangkan. Insan yang setiap hari kita tatap wajahnya. Bangun tidur keesokan pagi dia tiada di sisi.
Tidak terdengar suara dia mengejutkan kita. Kita boleh hantar SMS padanya, namun tiada balasan. Kita boleh cuba call nombornya, tapi tidak akan lagi berangkat.
Rindu. Rindu yang terlalu jauh. Pasti setiap hari akan mengharapkan agar semua ini hanya mimpi. Pasti setiap berharap agar kelibatnya akan muncul kembali. Namun itu takkan terjadi. Kerana dia sudah pergi buat selama-lamanya.
Dalila yang baru setahun lebih mendirikan rumah tangga bersama arwah suami menitipkan pesanan buat semua.
“Hargailah pasangan masing-masing dan semua orang yang kita sayang. Tunaikan hak sebaik mungkin. Minta maaf setiap malam. Try avoid unnecessary merajuk ke bergaduh ke cause we’ll never know bila ajal kita. Spread love”
Menurutnya lagi, akhirnya hajat arwah suami tercapai juga walaupun hanya 15 minit dia menunggang motosikal Yamaha R15 terpakai yang baru dibelinya daripada seorang kenalan.
“Selepas selesai urusan pembelian dilakukan, saya mengekori motosikal suaminya dari belakang dan merakam detik manis suami bersama motosikal itu menggunakan telefon bimbit dan tak sangka itu kenangan yang terakhir”
“Ini instastory penuh yang saya share semalam.Untuk tambahan, arwah sempat menunaikan umrah pada bulan Feb 2020. Alhamdulillah seminggu sebelum PKP. Ya, perjalanan hidup dia sangat tersusun indah.”
Alfatihah untuk arwah
Terlalu ramai yang mendoakan dan menceritakan kebaikan arwah. Tersenyum saya baca semua komen. Terima kasih atas doa kalian
Setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, semua institusi pendidikan seperti tadika, taska, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga universiti diarahkan untuk tutup sehingga tamat PKP.
Namun sesi pembelajaran masih diteruskan melalui dalam talian (online). Bagi keluarga yang mungkin tidak mempunyai laptop atau telefon bimbit yang canggih mempunyai sedikit masalah untuk mengikuti pembelajaran online. Pihak kerajaan telah mengadakan sesi pembelajaran di TV setelah mendengar keluhan ibu bapa yang mempunyai masalah akses ini.
Terpanggil untuk membantu, pihak YTL Foundation (bukan badan kerajaan) menyediakan kemudahan seperti telefon percuma bagi yang memerlukan. Ibu bapa hanya perlu mengisi borang yang disediakan.
TELEFON PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK KELUARGA B40 YANG LAYAK
Ibu bapa dah isi untuk anak-anak ke? abang akak dah isi untuk adik yang bersekolah KERAJAAN ke?? ini dari ytl foundation kolaborasi dgn yes 4g ya, bukan dari government!
Syarat 👉 Ibu bapa mesti penerima bantuan BSAH 2020. 👉 Mempunyai anak sekolah kerajaan. 👉 1 keluarga layak terima 1 set telefon percuma sahaja di bawah program ini.
Apa yang anda bakal dapat? 👉 1 phone + simkad percuma 👉 10Gb sebulan selama 12 bulan.
YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.
Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.
Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.
“Guru adalah barisan terbaik bagi mengenal pasti keluarga ini.
“Guru memainkan peranan penting dalam usaha membantu pelajar dalam kelas selain kerap meluangkan masa, tenaga dan ilmu bagi membantu pelajar mereka.
“Selain itu, guru dan ibu bapa juga harus bekerjasama rapat bagi membolehkan pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dari rumah dengan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya.
Menurutnya, sejak dilancarkan dua minggu lalu, pekerja YTL Communications bekerja sepanjang masa bagi menguruskan permohonan mendapatkan kad SIM YES 4G percuma itu.
“Yayasan YTL amat memahami kesukaran dilalui kebanyakan keluarga di Malaysia terutama mereka dari golongan B40 ketika dunia dan negara kita sedang menghadapi ujian berat berikutan penularan wabak Covid-19.
“Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi, namun dalam apa jua cabaran yang dihadapi, YTL Foundation tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutama kepada mereka yang memerlukan.
“Ketika memproses permohonan berkenaan, YTL Communications tertarik dengan satu permohonan seorang ibu tunggal di sebuah perkampungan nelayan di Labuan, Sabah yang disertai dengan sekeping gambar tiga anak kecil sedang memegang sijil kematian ayah mereka.
“Gambar itu disertakan dalam borang permohonan ibu tunggal ini kerana dia tidak pasti jika anak-anaknya layak menerima kad SIM yang ditawarkan kerana suaminya meninggal dunia.
“Apa yang menyayat hati, dia kehilangan kerja baru-baru ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas dasar prihatin dan tanggungjawab sosial korporat, Yayasan YTL memberikan sebuah telefon pintar dengan kad SIM percuma seperti yang dipohon,” katanya.
Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.
“Saya membesar dalam keluarga yang sangat miskin dan guru sayalah yang membantu saya menamatkan pengajian.
“Saya mengalami anemia akibat kekurangan nutrisi dan guru sayalah yang menyedari perkara ini dan menghantar saya berjumpa doktor serta mencari penaja yuran persekolahan saya.
“Guru lain turut sama menyumbang bagi memastikan saya mendapat nutrisi harian yang mencukupi.
“Sebagai bekas guru dan seorang yang pernah mengalami sendiri kebaikan yang dicurahkan guru, saya yakin anda boleh percaya bahawa guru sentiasa mengutamakan kesejahteraan pelajar mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping berkata, ibunya juga adalah seorang guru.
“Kami membesar dengan melihat betapa dedikasinya ibu saya terhadap pelajarnya.
“Ibu akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar lemah mata pelajaran setiap hari selepas waktu persekolahan, namun kelas tambahan tidak akan bermula selagi pelajar tidak diberikan makanan terlebih dulu kerana dia tahu ramai antara mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makan tengah hari yang baik.
“Kami menghormati semua guru dan kami percaya mereka dapat membantu kami bagi mengenal pasti pelajar yang paling memerlukan untuk menerima tawaran percuma ini,” katanya.
Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.