Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita. Sebab apa?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, makanan tinggi proses seperti sosej, meatball, nuget dan sebagainya mempunyai kandungan yang tidak sihat. Jadi kurangkanlah.
Sebulan satu kali makan, mungkin takde nampak apa-apa kesan. Tapi kalau tiga empat hari dalam seminggu anak dijamu dengan hidangan macam ni, banyak masalah kesihatan akan timbul di kemudian hari.
Dalam daging tinggi proses, ada lebih kandungan nitrite dan nitrate yang digunakan sebagai pengawet.
Ads
Nitrite dan nitrate berlebihan ini, akan hasilkan N-Nitroso, yang mana akan rosakkan sel di lapisan usus, dan boleh tingkatkan risiko kanser usus.
Pengawet macam ni diguna atas 3 sebab;
1. Makin tinggi proses satu makanan, makin hilang zat warna rupa bentuk asal. Maka pengawet digunakan untuk kekalkan warna pada makanan tu.
2. Bantutkan oksidasi lemak yang akan buat makanan rasa tengik, maka rasa yang sedap masih dapat dikekalkan. Pengawet macam ni lah diguna untuk kekalkan rasa pada makanan.
Ads
3. Elakkan pertumbuhan bakteria dan sebagai penambah rasa.
Nampak remeh je kan, alah pengawet je pun.
Tapi, tanpa kita sedar anak makan 4 kali seminggu, pelbagai jenis daging tinggi proses, tak boleh bayang apa akan jadi kat anak 10 tahun akan datang.
Isnin spagheti meatball.
Selasa bihun goreng.
Rabu sandwich chicken slice.
Khamis nasi goreng.
Jumaat pizza topping sosej.
Sabtu mee sup.
Ahad steamboat banyak bebola tinggi proses.
Ads
Kita tak perasan banyak hari sebenarnya anak dah makan daging tinggi proses. Anak suka, sebab sedap. Kita pun suka, sebab mudah, siap sedia tinggal nak goreng dan makan terus je.
Tapi yang mudah itu, tak semuanya baik untuk anak kita kan. Boleh ya, sama-sama kita cuba sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak kesayangan kita.
Kini ramai ibu-ibu menyediakan chicken bone broth dan memasukkannya ke dalam makanan bayi. Bahagian kaki ayam direnih lama dengan beberapa bahan seperti sayur-sayuran, lemon dan minyak zaitun, ditapis dan disimpan dalam bentuk kiub beku. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam makanan bayi ketika proses memasaknya.
Apakah chicken bone broth ini sebenarnya bagus? Kebanyakan ibu mengatakan ia boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh dan mengelakkan anak jatuh sakit. Sejauh manakah keberkesanannya.
Menurut Pegawai Dietetik, KPJ Kajang, NurBaidurah Bazid, setakat ini tiada kajian sains yang menunjukkan rebusan kaki ayam boleh meningkatkan sistem imun badan.
Bahkan daripada sudut sains pemakanan sendiri, kaki ayam tidak mempunyai khasiat yang menyumbang kepada kebaikan imun badan.
Namun minyak zaitun dan lemon, benar, kedua-dua ini mempunyai khasiat yang meningkatkan sistem imun badan. Tetapi, penggunaan minyak zaitun tidak seharusnya digunakan untuk masakan yang tempohnya lama contohnya reneh, rebus atau menumis kerana ia akan menjadikan ikatan lemak dalam minyak zaitun itu lemak berbahaya, iaitu lemak trans.
Minyak zaitun seharusnya digunakan untuk masakan yang menggunakan api kecil dan tempoh masakan yang sekejap. Jadi saranan saya, untuk rebusan kaki ayam atau rebusan lainnya, jika ingin mencampurkan minyak zaitun ini, campuran dibuat semasa hidangan (tidak melibatkan api yang besar atau tempoh masakan yang lama) bukan semasa memasak.
Chicken bone broth mungkin memberi rasa sedap kepada makanan si kecil, namun tiada khasiat spesifik daripadanya. Yang saya bimbangkan, lemak daripada rebusan kaki ayam itu sendiri adalah lemak yang tidak sihat, iaitu lemak tepu.
Tip Buat Chicken Bone Broth Yang Sihat
Saranan saya, selepas merebus, tapis keluar minyak yang keluar semasa rebusan. Selain kaki ayam, rebusan isi ayam lebih saya galakkan kerana kandungan lemak yang lebih rendah.
Gantikan Dengan Yogurt
Antara makanan yang boleh meningkatkan sistem imun adalah minuman atau makanan berkultur (yang mengandungi bakteria baik) seperti yogurt. Bakteria baik ini menyihatkan usus, iaitu sistem penghadaman seterusnya meningkatkan daya imun, ini kerana 80 peratus sistem imun kita terletak di usus kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seringkali ramai ibu bapa yang tertanya-tanya bilakah waktu sesuai untuk memberikan anak makan makanan yang pedas. Masyarakat kita memang gemar makan makanan yang pedas. Bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar, ibu bapa perlu lebih berwaspada.
Seperti yang kita ketahui bahawa bayi perlu makan makanan pejal setelah berusia enam bulan. Makanan yang diberikan perlulah mengikut kesesuaian, menepati cita rasa dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berkhasiat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain. Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.
Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.
Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:
*Selera makan mereka tidak boleh dipenuhi dengan hanya pemberian susu badan atau susu formula.
*Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan elemen zink.
*Sistem penghadaman mereka sudahpun bersedia untuk memproses makanan pepejal.
*Anak anda sudah boleh menerima suapan makanan.
*Perkembangan ini pasti membuatkan anda teruja hendak berikan anak merasai makanan selain susu badan termasuklah makanan pedas.
Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat. Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.
Secara amnya, terdapat dua jenis rempah ratus. Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.
Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma. Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.
Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak. Ya, rasa pedas yang anda alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit.
Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar. Namun, di Asia, lazim bagi ibu bapa untuk memberikan makanan pedas kepada anak mereka semasa awal usia.
Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.
Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung. Tambahan pula, terdapat sesetengah bayi yang sudah pun familiar dengan rasa pedas jika anda sering mengambil makanan pedas ketika menyusu badan.
Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi cita rasa bayi.
JIKA ANDA INGIN MEMBERIKAN MAKANAN SEPERTI KARI, LADA DAN SEBAGAINYA, TUNGGU MEREKA MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA USIA 1 TAHUN.
Kanak-kanak yang berusia di bawah 1 tahun mudah untuk mendapat tindak balas makanan dan agak sensitif memandangkan mereka hanya biasa dengan makanan asas (bubur dan sebagainya).
Beri tumpuan kepada khasiat makanan untuk perkembangan optimum, bukan makanan pedas sahaja.
Makanan merupakan aspek penting bagi kanak-kanak memandangkan ia mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.
Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal. Maka, dalam situasi tersebut, jika anda ingin memberikan makanan yang kebiasaannya anda masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan anda memeriksa tahap kepedasannya.
Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.
Namun, ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak anda tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.
Jadi, adalah lebih baik jika anda memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat.
Makanan pedas boleh diberikan kepada anak yang masih kecil (1 tahun ke atas), namun anda disarankan untuk mengawal tahap kepedasan secara berperingkat. Jika anda bimbang sekiranya si manja tidak dapat menahan makanan pedas atau mereka menunjukkan sebarang simptom (menangis tidak berhenti, cirit birit dan sebagainya), bawa mereka berjumpa dengan doktor.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tolak nasi, berhari-hari sanggup tak makan nasi memang buntu mama dibuatnya kan? Tapi mama tak boleh ‘give up’, mama kena lebih kreatif supaya anak-anak dapat khasiat yang secukupnya. Antara resipi yang mama boleh olah menggunakan nasi adalah resipi jejari nasi bersama jagung. Jom cuba!
JEJARI NASI BERSAMA JAGUNG
Sesuai sangat menu ni untuk anak-anak yang tolak nasi boleh pelbagaikan kreativiti resepi nasi untuk anak-anak. Sesuai juga untuk anak yang suka mengunyah tapi tak tahu nak bagi apa. Nak bagi jajan tak elok untuk anak. Elok la buat ni😊 jejari ni rangup di luar lembut di dalam tau 😁
Blend nasi, sedikit jagung, ikan bilis dan air suam . Blend hingga hancur. Kemudian tuang dalam mangkuk dan masukan tepung jagung dan sedikit tepung gandum.
Adunan tak terlalu cair. Pekat adunan lebih kurang pekat macam kita nak buat cekodok. Bila adunan dah digaul sebati masukan adunan ke dalam piping bag. Potong depan piping mengikut saiz yang korang suka.
Panaskan minyak(perlukan minyak yang banyak),bila minyak dah panas masukan adunan yang dah dimasukan dalam piping bag tadi. Kalau saya bentukan panjang-panjang atau korang boleh ubah ke bentuk yang korang suka. Goreng hingga kekuningan kemudian boleh angkat dan hidangkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...