Sesetengah ibu hamil mengalami pening kepala atau merasa loya pada awal kehamilan. Ada juga yang tidak bernasib baik kerana rasa ‘mabuk’ itu berlanjutan sehingga kandungan sudah besar. Siapalah yang tahan kalau asyik pening kepala kan, tapi untuk ibu hamil takut pula untuk makan ubat. Khuatir memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi tip untuk mengurangkan rasa sakit kepala ketika hamil. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan ubat walaupun ia tidak berbahaya. Sebelum makan ubat, apa kata cuba dahulu tip-tip ini?

Kerap Mandi & Tidur, Ibu Hamil Biasa Buat Untuk Hilangkan Sakit Kepala

Artikel Menarik: [Godaan Telur Kuning Cair, Tapi Ibu Hamil Jangan Makan! Boleh Kena Jangkitan Bakteria]

MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL

Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.

IKLAN

Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.

Kerap Mandi & Tidur, Ibu Hamil Biasa Buat Untuk Hilangkan Sakit Kepala

1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.

2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.

IKLAN

3. Minum air kosong secukupnya. Minum air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.

4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.

5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.

6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.

IKLAN

7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.

Artikel Menarik: [Walaupun Pil Perancang Banyak Kelebihan Tapi Jangan Suka-Suka Telan, Minta Nasihat Doktor]

Kerap Mandi & Tidur, Ibu Hamil Biasa Buat Untuk Hilangkan Sakit Kepala

Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.

Jika ada ibu hamil yang mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan, bolehlah cuba dahulu tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi ini. Paling penting kena selalu mencuba untuk tahu kaedah mana yang serasi dan buat anda selesa. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI