Menggosok pakaian memang meletihkan. Ikut jenis baju, ada cara menggosoknya tersendiri. Uniform sekolah anak, baju kerja suami dan pakaian kita sendiri perlu digosok rapi supaya nampak kemas dan tidak berkedut. Barulah cantik bila dipakai.
Ada cara mudah untuk menggosok baju di rumah. Hanya memerlukan papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas, kerja untuk menggosok pakaian akan menjadi lebih cepat serta menjimatkan elektrik.
Pssstttt pssstttt…. X baca rugi tau!! Uols…hr ni iols cedok ilmu dr kenalan fb yg ajar spaya mpercepatkan proses iron baju! Kaedah ni guna aluminium foil, sbb aluminium foil ni kan serap haba so kte gosok baju bhgn depan,sekali arung bhgn belakang pun trgosok skali tanpa sengaja uolsss!
Gini kisahnya… Guna aluminium foil,balutkan iron board kte tu… iols pnya ngam2 je sama saiz ngan iron board so iols tampal dgn double sided tape…
Ads
Then… iols balutkan kain lain, of course pink! Ni kain sisa2 buat cadar single bed msa duk hostel dulu. Pastu iols stapler kan jer…sbb iols pnya ni x de sarung. So tadaaa dr buruk jd comey sikit. Ye idok?
-Credit to respective owner 🙂
Berikut cara-caranya:
#1 Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Ads
#2 Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium.
#3 Kemudian, ambil kain kapas dan letakkan di atas kertas aluminium tadi. Kemaskan balutan dengan stapler gun.
Ads
Inilah hasilnya! Anda tidak perlu gosokkan bahagian belakang kerana ia akan automatik hilang kedut. Kertas aluminium merupakan pemantul haba yang baik, jadi ia mempercepatkan kerja menggosok pakaian.
Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sumber foto: Sinar Harian
Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.
“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul (dua dari kiri) menunjukkan dokumen kepada media sambil diperhatikan Fauziah pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul menunjukkan dokumen yang akan diserahkan di mahkamah pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Tunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan bukan hanya sesekali atau ketika dalam keadaan gembira saja namun ia perlu dilakukan setiap hari dan setiap masa. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar isteri. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang selesa bersederhana bersama keluarga tercinta.
Begitulah kisah pelakon, Fasha Sandha yang merasakan erti kebahagiaan baginya apabila dapat meluangkan masa bersama suami.
Menurut pelakon yang berusia 38 tahun itu, erti bahagia adalah berlainan bagi setiap wanita. Baginya, dia memiliki erti tersendiri dalam menilai perasaan bahagia tersebut.
Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
Bagi saya, ini adalah kebahagian saya (berada di samping suami).
Tambah pelakon Khilaf Asmara tersebut, dia tidak begitu gemar dengan barang kemas atau aksesori. Fasha menyatakan dirinya adalah seorang yang sederhana dalam kehidupan.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Fasha di ruangan Instagram story miliknya.
Hantaran tersebut juga memaparkan kemesraan pasangan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Sekadar info, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga. Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.” Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.