Ramai ibu ayah secara tidak sedar membezakan anak lelaki dan anak perempuan dalam bab kerja rumah. “Adik tolong mak lipat kain, abang pergi main dulu.” Niatnya mungkin sekadar spontan, tapi hakikatnya ia boleh bentuk tanggapan jangka panjang dalam diri anak. Sebenarnya, kerja rumah tak ada jantina dan semua anak patut dilatih bantu dari kecil, demi masa depan mereka juga.
Ada Ke Perbezaan Antara Anak Lelaki dan Perempuan Dalam Buat Kerja Rumah?
Secara semula jadi, tak ada beza besar. Anak lelaki pun boleh kemas rumah, sapu sampah, basuh pinggan – sama seperti anak perempuan. Tapi disebabkan norma masyarakat dan cara didikan sejak kecil, anak perempuan biasanya lebih ‘dilatih’ buat kerja rumah berbanding anak lelaki. Ini menjadikan ramai anak lelaki membesar tanpa asas kemahiran hidup yang penting.
Kenapa Wujudnya Perbandingan Ini?
Biasanya, ia berpunca daripada tradisi dan persepsi lama. Orang dulu menganggap kerja rumah tugas wanita. Maka bila ada anak lelaki, mereka lebih bebas dari tanggungjawab tu. Media, budaya, malah permainan pun banyak mempengaruhi. Anak perempuan dapat set ‘dapur mainan’, anak lelaki pula ‘kereta kawalan jauh’. Dari situ, mereka belajar kerja rumah bukan bidang mereka – walaupun tak benar.
Ads
Kenapa Penting Ajar Semua Anak Buat Kerja Rumah?
Kemahiran hidup: Tak kira jantina, semua akan dewasa dan tinggal sendiri. Mampu urus rumah sendiri ialah survival skill.
Bentuk tanggungjawab: Bila anak terbiasa membantu di rumah, mereka jadi lebih peka, bertanggungjawab dan ringan tulang.
Kurangkan beban ibu bapa: Bila semua bantu, suasana rumah pun lebih tenang dan terurus.
Pupuk nilai murni: Anak belajar nilai tolong-menolong, empati, dan hormat antara satu sama lain.
Tips Ajar Anak Buat Kerja Rumah Tanpa Mengira Jantina
Mulakan awal: Ajak anak bantu sejak usia 3-4 tahun ikut kemampuan – contoh kutip mainan sendiri, lap tumpahan, susun kasut.
Beri tugasan berdasarkan umur, bukan jantina: Bukan “kerja budak perempuan” atau “kerja budak lelaki”. Gunakan bahasa neutral.
Tunjuk contoh: Ayah pun boleh basuh pinggan, lipat kain. Anak belajar dari apa yang mereka nampak.
Jadikan rutin, bukan hukuman: Elakkan suruh anak buat kerja rumah hanya bila mereka buat salah. Jadikan ia sebahagian dari jadual harian.
Beri pujian dan galakan: Anak rasa dihargai dan akan lebih suka membantu.
Apa Kesan Kalau Kita Masih Bezakan?
Kategori
Kesan Bila Masih Bezakan Anak Lelaki & Perempuan
Kesan Bila Semua Anak Diajar Sama Rata
Anak Lelaki
Tidak rasa tanggungjawab terhadap rumah tangga
Ads
Kurang empati & bergantung pada orang lain
Lebih berdikariBelajar empati dan kerjasama sejak kecil
Anak Perempuan
Rasa terbeban dan tanggungjawab berat di rumah
Ads
Anggap itu “kewajipan mereka sahaja”
Rasa dihormatiKurang tekanan mental & fizikal
Keluarga
Ketidakseimbangan peranan dalam rumah tangga
Mudah timbul konflik bila dewasa nanti
Lebih harmoniSemua ahli keluarga saling bantu & faham peranan masing-masing
Kerja rumah bukan soal jantina, tapi soal tanggungjawab. Anak yang belajar bantu dari kecil akan lebih bersedia hadapi dunia sebenar. Jadi ibu ayah, jangan tunggu latih anak lelaki dan perempuan sama-sama. Rumah adalah ruang semua ahli keluarga, jadi semua juga bertanggungjawab memeliharanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi rutin harian bagi seorang ibu untuk menyediakan makanan berkhasiat. Bermula dengan sarapan pagi hingga hidangan makan malam, hanya yang terbaik seisi keluarga. Namun, bagi ibu yang bekerja, kekangan masa antara tanggungjawab di rumah dan kerja di pejabat menyebabkan jadual ibu agak padat. Sama juga situasi bagi ibu yang menjadi suri rumah. Kadang ada masanya agak buntu untuk menyediakan menu mengikut citarasa semua. Walau apa pun caranya, masing-masing nak pastikan apa yang dihidangkan di meja makan adalah yang berkhasiat.
Kenapa Yeo’s 1litre Pilihan Bijak Ibu?
Yeo’s 1 Liter kini berwajah baru yang memberikan pengalaman ‘Lagi Best’. Pek ini sedia untuk diminum, hanya perlu buka dan tuang. Amat menjimatkan masa bagi ibu-ibu yang sentiasa kengkangan masa di rumah. Fomulasi baru kurang gula dari resepi asal sesuai dinikmati seisi keluarga dan minuman Yeo’s ini kekal sedap seperti biasa. Yeo’s, menyajikan kebaikan dalam setiap tegukan.
Pek berbaloi Yeo’s 1liter
Kelebihan produk minuman Yeo’s 1 liter ini adalah lebih mudah untuk dikendalikan kerana untuk membukanya hanya buka penutup dan tuang terus. Tidak perlu koyak kepingan aluminum. Selain itu, ia tidak mudah tumpah dan penutup anti bocor memudahkan penyimpanan dalam apa jua posisi.
Yeo’s Teh Krisantimum
Teh Krisantimum antara salah satu minuman yang menyegarkan dan secara semulajadi boleh memberi kesegaran serta boleh menyejukkan badan. Rumusan baru yang kurang gula tanpa perisa dan pewarna tambahan ini sesuai untuk dinikmati seisi keluarga bagi menjanjikan kesegaran berpanjangan sepanjang hari.
Yeo’s Susu Soya
Susu Soya membekalkan khasiat yang menyihatkan kerana diestrak daripada Kacang Soya dari Kanada untuk membekalkan sumber protein. Bebas laktosa dan kolestrol pasti menjadi pilihan utama pada ibu utk simanja mereka.
Teh Ais Limau, Teh Hijau Jasmine & Minuman Berperisa Kundur
Selain ini pek baharu 1liter ini juga boleh didapati dalam varian lain seperti Teh Ais Limau, Teh Hijau Jasmine dan minuman berperisa Kundur. Teh Ais Limau menggunakan teh premium dan rasa lemon asli. Manakala untuk minuman Teh Hijau Jasmine mengandungi antioksidan secara semulajadi, dibancuh menggunakan teh premium manakala minuman berperisa Kundur yang diperbuat daripada jus kundur sangat sedap dan memberi kesegaran yang berpanjangan. Yang pasti kesemua varian ini tiada bahan pengawet tambahan dan kurang gula sesuai hidangan seisi keluarga tanpa mengira masa.
Bagi anak-anak yang sentiasa aktif bermain di taman atau bersukan bolehlah jadikan salah satu varian ini untuk menghilangkan rasa dahaga setelah penat bermain.
Sejak dulu hingga kini produk minuman Yeo’s setia memberikan yang terbaik kepada pengguna mereka. Tidak kira untuk hidangan seharian mahupun hidangan di musim-musim perayaan. Yeo’s sering menjadi pelengkap hidangan di rumah. Kini dengan pek baharu yang lebih inovatif dan fomulasi terkini yang memberi nutrisi kepada seisi keluarga pastinya minuman Yeo’s kekal menjadi pilihan no. 1 para ibu.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Yeo’s, boleh klik website: yeos.com.my atau Facebook: Yeo’s MY
Kongsi momen anda bersama tersayang dengan Yeo’s pek 1liter! 100 pemenang bertuah berpeluang menang hadiah RM30 Touch ‘n Go eWallet
Kontes bermula 4 Feb sehingga 24 Feb 2023. Jom!! Pastikan “Berbaloi Untuk Sekeluarga”
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kontes ini boleh klik link instagram yeo’s.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai anak kecil bukan bermakna mama perlu melepaskan pahala mengerjakan solat terawih di bulan Ramadan ini. Ada cara yang mama boleh lakukannya dengan lebih tenang, seperti yang dicadangkan ibu ini.
Walau pun mempunyai anak-anak masih kecil dan menyusu, ibu tak mahu ketinggalan mengutip pahala di bulan penuh berkat ini. Jangan berputus asa, susun jadual dan strategi supaya ia masih boleh dilakukan dengan penuh penghayatan. Perkongsian daripada Dr Nurhaya Yacob ini boleh dijadikan panduan.
Ramadhan, terawih dan anak kecil
“Haya mcm mana ko handle 3 ketul anak ko masa terawih, ke ko tunggu diorg tido dulu baru ko solat?”…
Haha memang tak la aku nak tunggu diorg tido..dengan aku-aku sekali tido..selalunya balik dari sekolah, aku siapkan diorg dulu, bagi makan, minum semua. Bawa gi mandi dan tukar baju pampers bagai..lepas tu solat maghrib..dalam jam 8.15 mcm tu gak la..lepas tu aku tunggu insyak sekali. dan mula la terawih..
Inikah jawapan saya kepada teman saya yang berkunjung mendapatkan konsultasi tentang penyusuan. Pasangan beliau PJJ kerana bekerja di luar negara dan pulang setiap bulan. Anaknya berusia 7 bulan.
TERAWIH BERSEORANGAN DI RUMAH DENGAN ANAK-ANAK KECIL
Tup tap tup tap..malam ini kita sudah melakukan ibadah solat terawih yang hanya kita temukan pada bulan Ramadhan sahaja! Padahal sebelum ni riuh rendah dok countdown masuk Ramadhan kan..dengan segala resolution yang dibuat utk bertemu dengan Bulan yg mulia ini. Bersama ini saya kongsikan sedikit tips tentang apa yang saya lakukan untuk atasi berterawih di rumah dengan anak kecil
Maksud solat terawih itu sendiri “rehat”..maka tak perlu kita solat pulun nak selesai semua lepas tu lipat telekung dan tidok.. dulu saya mcm ni..sebab tak paham..anak sorang baru tapi nak solat terawih punya la susah.. bila dah paham dan berguru dgn ahli alhamdulilah tahun lepas saya mengaplikasikan teknik ini dan dapat beribadah dengan sangat tenang di bulan Ramadhan. Tiada perasaan marah, sedih atau tidak puas hati.
2. SUSUKAN SI KECIL TANPA PERLU MENUNGGU WAKTU LAPAR!
Apabila selesai solat maghrib, saya berdoa la apa yg patut.. selalunya saya susu kan cik bunga masa ni..diantara maghrib dan isyak..nanti cik bunga dah tenang, dia akan main sendiri atau bermain dengan abang2nya sekejap… abg2nya dah tenang dah sebab saya dah selesaikan keperluan mereka… Mereka selalunya tidur jam 10 -11 mlm..weekend lambat skit sometime 12midnight. cik bunga awal tidonya..jam 10 dah ke lala land…
3. SEDIAKAN MAINAN UNTUK ANAK.
Di samping mereka melihat kita solat. double a akan main dgn mainan mereka. kalau Ammar suka main kereta, amirul pula suka susun blok. so saya keluarkan 4 biji kereta utk ammar..supaya nanti dia tak cepat bosan dan tukar lalu saya ganti dengan mainan yang lain bila dia dah nampak bosan dgn mainan yang sama. tapi most of the time mereka bergabung main..mesti la ada masa bergaduh.
Saya akan solat isyak…kemudian NIAT SOLAT TERAWIH dan lanjutkan dengan terawih..set pertama…maksudnya 2 rakaat pertama.
4. BERSANTAI
Sekiranya mereka masih ok…saya lanjutkan dengan set ke 2..tapi selalunya tak..so saya dah siapkan kudapan seperti chicken cheese pie atau waffle atau buah2an dan cookies. 2 ke 3 jam selalunya dah lapar..
Botol air mereka pun dah siap2… jadi saya akan break sekejap..dan penuhi keperluan mereka dulu.. kalau kita nak teruskan juga..akan jadi pemberontakkan yang luar biasa sampai cik bunga yang tidur tadi akan bangun. Lagi pun solat terawih tu kan maksudnya rehat2…kenapa nak gopoh gapah.
Belum lagi nanti Amirul datang duduk atas kepala dan panjat di belakang..bacaan pun serba kelaut.. dah settle semua..ada la dalam 10 ke 20 minit..kalau tak batal wudhuk, saya lanjutkan lagi. kalau tak saya wudhuk lagi…kadang2 mereka ajak saya main sekali..maka saya layankan dulu..so kene ingat lah berapa rakaat dah solat ?
begitulah yang saya amalkan..saya tak suka solat dlm keadaan stress dan cepat2 nak habiskan terawih hanya kerana nak puaskan hati “ok malam ni dak settle terawih” tapi tiada kualiti.
sejujurnya saya hanya buat 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. sekiranya 4 rakaat pertama sempat saya selesaikan dalam satu2 masa.. masa selawat dan doa saya tak tinggal..tp bila dua hero dah mula mengeluarkan suara tak best..dan maknye kena campur tangan..maka kadang2 selawat dan doa dia antara solat terawih pun tercicir..?…
5. 10.30 MALAM..
Selalunya saya selesai semua dalam 10.30mlm ke jam 11 mlm.bergantung kepada toleransi anak-anak..apa2 pun saya pegang konsep bersantai-santai.
Saya berasa sangat tenang melalui Ramadhan walaupun anak semakin bertambah…dengan konsep dan cara makan dan minum yang baik serta solat terawih bersantai ini membuatkan kualiti saya “berkomunikasi” denganNya lebih baik…
KENAPA TAK TUNGGU ANAK TIDUR?
sebab..saya ada routine baca buku dgn mereka sebelum tidur..mereka takkan tidur kalau mummynya tak baca bedtime story, dan routine mereka tidur adalah jam begitu. Saya tidak mahu mengubah routine mereka yang masih kecil.
Jadi bila mereka tidur saya pun akan tidur bersama…. saya hanya akan terbangun di saat Cik Bunga ingin menyusu maybe sekitar jam 1 pagi…saya pernah cuba cara ini.iaitu bangun jam satu dan solat.tapi justeru saya berasa sangat letih dan hari siang saya kurang fokus dan produktif… selesai saya susukan cik bunga, saya akan tido kembali dan bangun jam 4 pagi utk susukan sekali lagi.
Kali ini saya akan terus bangun.. Kerana pada waktu ini, saya akan membuat hajat kepada Allah melalui solat tahajud,taubat, hajat dan istikarah…siapkan kerja-kerja rumah serta bersahur… Dan meneruskan routine kerja saya mcm biasa.
RAMADAN DATANG TAK MENUNGGU, HARUS DIKEJAR
Inilah yang saya lakukan apabila hanya saya dan anak2 di rumah… Ramadhan yang datang tidak akan menunggu, hanya saya yang harus mengejarnya.. saya harap perkongsian ini dapat membantu ibu yang mengalami situasi yang sama seperti suami bekerja shif, pjj dan lain2…
Maybe ibu selesa tunggu anak tidur dulu, apa2 pun sesuaikan dengan situasi ibu ya.. ini hanya berkongsian saya bagaimana saja menguruskan mereka dan mengejar nikmat di bulan yg mulia ini.
Solat terawih adalah di lakukan secara bersantai..tiada gopoh dah ingin cepat selesai..di saat solat, saya selang selikan dgn keperluan anak…mereka tenang, kepala saya pun tak serabut.?
Saya juga manusia biasa yang memerlukan rehat dan tidur, saya harus menjaga kondisi diri kerana saya sering bersendiri bersama anak2..sekiranya saya jatuh sakit di atas kelalaian tidak menjaga kesihatan diri..makan seluruh isi rumah akan kucar kacir..?
Begitulah…
Adakah saya membantu?
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Masih kekal mak anak 3, belum bertambah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita rasa kerja kita jadi lambat bila bawa anak sekali masuk dapur. Kerja memasak yang sepatutnya cepat jadi lambat gara-gara bantuan anak. Salah tu!
Dalam kita mendidik anak, ada baiknya kita bawa anak sekali untuk meneroka apa yang ada disekelilingnya. Kerja-kerja memasak misalnya, boleh jadi satu aktiviti dan ilmu yang baik untuk anak membesar.
Perkongsian seorang suri rumah, Mysara Waheeda ini amatlah tepat. Banyak yang anak boleh belajar jika diasuh sejak kecil. Ilmu berguna untuk mereka membesar kelak.
Salam semua. Saja nak kongsi kelebihan ajak anak tak kira lelaki atau perempuan join berada di dapur sekali dengan kita.
Biasa kat rumah tinggal saya dan anak usia 2 tahun je sampai petang. Kebanyakan masa saya di dapur la. Celik mata terus ke dapur siapkan breakfast anak.
Lepas teman dia makan, dia beraktiviti bebas sambil saya siapkan lauk tengahari.
Part ni kadang-kadang kritikal bagi saya. Saya paling tak suka anak duduk statik tengok tv. Banyak sangat keburukan pada dia. Saya sebolehnya nak dia main sendiri. Tapi tu lah kadang-kadang dia nak bertempek sekali, nak dukung la.
So apa saya buat, saya ajak dia cuci pinggan dengan saya. Saya sabunkan dan dia bilas sudu, cawan, piring. Ataupun ajak dia pusing tombol blender kalau saya nak blend bawang. Kalau nak goreng ayam ikan, saya ajak dia tolong saya cedokkan garam dan serbuk kunyit. Saya lapik tikar awal-awal.
Saya perhati, memang ralik dia buat semua ni. At least kepala saya tak kusut dengar dia nangis, kerja pun boleh siap sambil-sambil dia main air tu.
Kelebihan lain, dia akan perhatikan apa kita buat dan belajar. Cara cuci pinggan ke, potong bawang ke. Sebarang aktiviti kita buat, dia akan perhatikan dan akan cuba bila sampai masa.
Pentingkan kita ajar anak masuk dapur dari awal, nanti dia dah besar, takde la dia akwward nak tolong bini masuk dapur sekali.