Memang lumrah anak-anak kecil yang nak membesar akan sentiasa menguji kesabaran ibu bapa. Lagi dalam fasa nak belajar dan ingin tahu semua perkara. Semangat ini bagus untuk membantu mereka mengenal dunia. Namun, adakalanya ia menjentik rasa sabar dalam diri ibu bapa.
Sebenarnya, ada banyak pendekatan yang boleh dilakukan untuk anak mendengar kata. Bukan saja dari aspek psikologi dan sains tetapi ikhtiar yang tak putus serta doa ibu bapa menjadi benteng yang kukuh dalam diri anak.
Ingat jika ibu bapa berjaya harungi cabaran ini dengan hati yang tenang, anak-anak pun dapat membesar dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Tak salah kita cuba, selebihnya barulah kita serah pada Allah.
Moga-moga cara kita ini dipermudahkanNya dan Allah sentiasa pegang hati anak-anak kita.
Ads
Ikhtiar kaedah melembutkan hati anak
(Di Peringkat awal)
Ketika anak sedang tidur, letakkan tapak tangan kanan di atas dada anak sambil baca ayat-ayat seperti berikut: 1. Selawat 7x. 2. Al-Fatihah 1x. 3. Surah Taha Ayat 1-5 . 4. Doa (contoh: Ya Allah lembutkan hati anakku, jadikan anakku, anak yang soleh/solehah, berikan anakku kesihatan yang baik dan lindungi anakku dari segala gangguan jin dan syaitan. 5. Cium dahi anak.
Ads
Nota: semasa baca ayat-ayat tersebut, usap dengan perlahan dada anak.
Sentiasalah berpegang pada doa, usaha, ikhtiar, tawakal dan redha. InsyaAllah mudah-mudahan anak-anak kita sentiasa menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.
Lewat pertuturan
Secara amnya, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun boleh menyebut sekitar 50 perkataan dan bertutur dalam ayat yang mengandungi 2 hingga 3 patah perkataan.
Perbendaharaan kata mereka akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan apabila mencecah usia 3 tahun.
Pada usia ini anak sudah boleh bercakap dalam ayat dengan bilangan perkataan antara 3 hingga 4 patah.
Sekiranya anak masih belum mencapai perkembangan tersebut, mereka mungkin mengalami keadaan lewat pertuturan (speech delay).
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh gangguan pendengaran, neurologi mahupun perkembangan.
Mesti anda tertanya-tanya adakah terdapat petua anak lambat bercakap?
Dalam kebanyakan kes lewat pertuturan akan dapat diatasi dengan berkesan. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengenal pasti tanda anak mengalami kelewatan pertuturan dan cara mengatasi anak lambat bercakap.
Cara mengatasi anak lambat bercakap: Fahami perbezaan lewat pertuturan dan bahasa
Sebelum kita mengetahui cara mengatasi anak lambat bercakap, ambil tahu perbezaan antara lewat pertuturan dan lewat bahasa (language delay).
Cara mengatasi anak lambat bercakap
Pertuturan adalah ungkapan lisan bahasa dan merangkumi artikulasi iaitu cara kita membentuk bunyi dan perkataan.
Seorang kanak-kanak dengan masalah kelewatan pertuturan mungkin tidak dapat menggunakan banyak perkataan seperti individu seusianya.
Lewat bahasa pula berlaku jika anak mengalami kesukaran memahami apa yang dikatakan individu lain atau tidak dapat menyatakan apa yang difikirkan mereka. Ini termasuklah secara verbal, bukan verbal dan tulisan.
Masalah lewat pertuturan kanak-kanak 3 tahun
Kemahiran pertuturan dan bahasa bermula sejak bayi. Seiring peredaran masa, celoteh (babbling) bayi yang tiada makna akan berkembang menjadi perkataan pertama dapat difahami.
Umumnya, lewat pertuturan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah apabila mereka tidak mencapai titik perkembangan biasa.
Namun, keadaan itu tidak bermakna ia didasari oleh masalah serius. Kelaziman bagi kanak-kanak berusia 3 tahun:
Petua anak lambat bercakap: Kenal pasti simptomnya
Sekiranya anak tidak bertindak balas terhadap suara atau bunyi, ia perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor segera.
Dalam keadaan biasa, sukar untuk ibu bapa mengetahui sama ada anak mengambil masa yang lama untuk mencapai perkembangan pertuturan atau bahasa mahupun mengalami masalah tertentu.
Berikut antara tanda yang boleh dikenal pasti jika si kecil mungkin mengalami masalah dan pemeriksaan doktor perlu dilakukan:
Menjelang usia 12 bulan: Tidak menggunakan isyarat seperti melambai tangan
Menjelang usia 18 bulan: Lebih suka gerak isyarat daripada berkomunikasi verbal
Menjelang usia 18 bulan: Berdepan kesukaran meniru bunyi seperti bunyi kucing
Menghadapi masalah untuk memahami arahan ringkas
Berusia 2 tahun: Hanya dapat menurut kata-kata atau perbuatan dan tidak bertutur perkataan atau frasa secara spontan
Usia 2 tahun: Menggunakan bunyi atau perkataan berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera
Usia 2 tahun: Tidak dapat mengikuti arahan mudah
Usia 2 tahun: Mempunyai nada suara luar biasa seperti suara kasar atau sengau
Anda disarankan membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika pertuturannya sukar untuk difahami pada tahap usia mereka:
Ibu bapa seharusnya boleh memahami sekitar 50% percakapan anak pada usia 2 tahun dan 75% daripadanya ketika berusia 3 tahun
Pada usia 4 tahun, apa yang diucapkan kanak-kanak seharusnya dapat difahami, sama ada oleh ibu bapa ataupun individu luar
Punca anak alami lewat pertuturan
Masalah kelewatan percakapan ini mungkin disebabkan oleh:
Gangguan mulut – Masalah dengan lidah atau lelangit. Dalam istilah perubatan di sebut ankyloglossia (tongue tie), di mana lidah disambungkan ke lantai mulut
Frenulum pendek (lipatan bawah lidah) yang boleh mengehadkan pergerakan lidah
Diagnosis & cara mengatasi anak lambat bercakap
Sekiranya anak mungkin menghadapi masalah, penting untuk melakukan pemeriksaan segera dengan ahli patalogi bahasa pertuturan (SLP).
SLP akan memeriksa kemahiran pertuturan dan bahasa anak melalui ujian standard.
Pakar terapi juga akan memeriksa:
Apa yang difahami anak – disebut bahasa reseptif
Apa yang anak boleh ucapkan – disebut bahasa ekspresif
Pengembangan suara dan kejelasan pertuturan
Status oral-motorik anak – bagaimana mulut, lidah, lelangit dan bahagian lain bekerjasama untuk bersuara, makan dan menelan
Cara mengatasi masalah anak lambat bercakap melalui:
Terapi pertuturan-bahasa
Perkhidmatan intervensi awal
Merawat keadaan yang mendasari
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membantu anak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap.
Berikut antara petua anak lambat bercakap yang boleh dicuba di rumah:
Fokus pada komunikasi – Bercakap dan bernyanyi dengan anak serta menggalakkan mereka meniru bunyi dan isyarat
Membaca kepada anak – Mulakan membaca apabila anak masih bayi
Guna situasi harian – Bercakap sepanjang hari dengan anak mengenai apa yang anda buat, lihat atau makan. Pastikan ia perkara mudah
Kelewatan pertuturan untuk seorang kanak-kanak bererti mereka tidak dapat mencapai titik pekembangan pada usia tertentu.
Umumnya, keadaan ini bukanlah satu masalah besar kerana anak mempunyai fasa perkembangan yang tersendiri.
Tetapi jika masalah tersebut dialami si kecil anda, usah risau dan bawalah mereka berjumpa pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa. Tak kisahlah separuh atau suku hari, latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lapar.
Ada beberapa jenis makanan yang dikenal pasti mampu buat anak bertahan lebih lama. Bukan memaksa tetapi tip yang dikongsikan oleh Puan Rose Hanizan, Pegawai Diatetik KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu Kelantan ini boleh anda praktikkan buat anak.
Bagi melatih anak kecil kita berpuasa, ibu bapa juga mengambil kira kemampuan mereka untuk menahan lapar dan dahaga di samping memberikan tenaga dengan pemakanan seimbang bagi membantu daya tahan anak kita.
Ibu bapa perlu memberikan zat yang cukup, seimbang dan pelbagaikan jenis makanan. Malah ibu bapa perlu pandai memilih makanan yang sesuai untuk anak masing – masing supaya mereka makan dengan penuh berselera.
Seeloknya banyakkan masakan di rumah berbanding membeli makanan di luar seperti bazar atau pasar. Makanan luar nampak menyelerakan tetapi kita belum tentu lagi tahu akan kebersihan dan kandungan zat dalam makanan tersebut.
Di antara tips yang boleh dikongsikan untuk memastikan anak – anak kita dapat berpuasa dengan baik adalah seperti berikut:
Tip Masa Sahur * Pastikan ibu sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut pada anak-anak. Makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks ini dapat mengurangkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan
* Pastikan ada sumber protein seperti ikan, ayam atau telur kerana ia juga lambat dicerna dan anak akan rasa kenyang berpanjangan.
* Wajib berikan anak susu ketika sahur supaya anak kekal cergas sampai petang.
* Jangan lupakan sayur untuk anak.
* Sebolehnya elakkan makanan bertumis atau berlemak pada anak semasa sahur. Lemak akan menyebabkan perut rasa tidak selesa dan mempercepatkan rasa lapar.
* Makanan berminyak juga kerana buat anak lebih cepat penat.
* Pastikan juga anak makan sedikit buah, mungkin jadikan oat bersama buah-buahan di dalamnya. Buah dapat kurangkan rasa lapar di siang hari.
* Ibu harus pastikan tidak memberikan anak dengan makanan yang tinggi garamnya seperti ikan masin, jeruk, belacan, kicap terutamanya semasa bersahur. Ini bagi mengelakkan rasa dahaga yang teramat sangat ketika bulan puasa.
Tip Masa Berbuka * Minta anak-anak berbuka dengan kurma dahulu untuk pastikan tenaga mereka cepat kembali.
* Elakkan memilih deretan makanan yang terlampau manis.
* Minta anak minum air kosong pada kuantiti yang banyak.
* Larang anak ambil minuman berkafein tinggi ketika berbuka.
* Gantikan dengan jus buah-buahan atau air kosong sahaja yang lebih berkhasiat untuk anak-anak.
* Selain air, buatkan juga makanan berbentuk sup atau bubur untuk meningkatkan pengambilan air seharian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Para ayah tahu ke tak? Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah.
Para ayah tahu ke tak? Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya.
Inilah hakikat! Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya, Maka:
1. Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
2. Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.