Bila bawa anak makan di restoran atau kedai makan, kadang lupa terus letak anak tanpa sedar ada mungkin ada virus atau bakteria.
Sebaiknya anda mencuci menggunakan wipe atau tisu basah dahulu sebelum menggunakan kerusi makan bayi. Ini bukan sahaja untuk memastikan kebersihan tempat duduk anak malah untuk menghindarkan anak daripada dijangkiti virus-virus yang tidak kelihatan.
Bersihkan baby chair dengan tisu basah
Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan… kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama.
Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih.
Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain direstoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti Coliform.
Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, WIPE dengan pembersih!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar. Sama seperti kita, Tasha Manshahar juga mengakui pengalamannya menyusukan anak sulungnya Muammar tidak mudah.
Malah kata Tasha lagi, dia yang ketika itu bekerja mengakui pengalaman menyusukan anak ketika bekerja agak mencabar, malah menuntut lebih masa. Namun dia bersyukur Allah mempermudahkan urusan penyusuannya dengan baik sehingga dapat menyusukan Muammar seminggu sebelum masuk usia dua tahun, seperti yang diimpikannya sejak dia hamil anak pertama lagi.
“Sejujurnya journey menyusukan Muammar bukan mudah, sebab Tasya tak pernah ada pengalaman sebelum itu, menyusukan baby dan lagi pulak tak dibesarkan sepenuhnya menyusukan badan.
” Dulu masa mummy Tasha pun dia tak dapat menyusukan Tasha masa kecil sebab masa dulu kurang ilmu mengenai penyusuan dan dia sendiri tak dapat menyusukan Tasha sampai umur dua tahun. Hanya beberapa bulan yang awal saja, lepas tu Tasha dah minum susu formula sepenuhnya.
” Jadi nak minta ilmu dan knowlegde pun mummy kata dia tak tahu sebab tak ada pengalaman nak menyusu. Tapi alhamdulillah sekarang ini ada banyak ilmu dan sampaikan mummy Tasha sampai impress dan cakap “bestnya susu meriah macam ni dapat susukan anak, mummy dulu tak dapat merasa macam ni”. Sampai macam tu sekali,” kata Tasha berkongsi.
Lepas seminggu baru susu keluar
Malah kata pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu lagi, pada awalnya dia menghadapi masalah ketika menyusukan Muammar. Dan selepas seminggu barulah susu keluar seperti biasa.
“Jadi awal-awal memang Tasha campur formula dulu sebab masa mula-mula susu Tasha tak keluar. Lepas seminggu baru susu kolostrum tu keluar. Itu pun sebab ada bidan tolong ajarkan dan urut untuk rangsang susu keluar dan sebagainya. Kalau tak memang Tasha tak tahu macam mana nak susukan anak.
“Walaupun pada awalnya memang dah niat nak susukan sampai umur dua tahun. Bila niat macam tu, Allah mudahkan jalan. Mulanya memang ada rasa nak give up tapi ada saja jalan Allah nak bagi untuk Tasha terus susukan Muammar. Contohnya Muammar tak nak minum susu botol, tak nak susu formula dan sebagainya, jadi nak tak nak Tasha kena adakan juga supaya dapat susukan Muammar.
“Memang struggle masa mula-mula, sebab tak ada pengalaman dan tak ada ilmu. Tasha pula waktu tu tengah bekerja. Jadi nak kena pam susu. Bagi Tasha mengepam susu tu memang struggle pada Tasha. Tasha lagi prefer direct feed sebab pam tu memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Jadi Tasha memang salute sangat-sangat mommy yang jaga waktu dia untuk mengepam susu. Memang salute!
Anak nak direct feed sahaja
” Saya jadi stress sebab nak kejarkan kelas, Muammar pulak tak nak hisap susu botol, nak direct feed. Lepas setahun dia lagi kerap menyusu waktu malam, jadi saya penat. Memang penat tapi saya rasa berbaloi dan puas hati.
” Pengalaman paling mencabar bila Muammar tak minum stok susu yang Tasha pam. Tasha dah buat macam-macam cara tapi Muammar memang tak nak. Agak payah waktu tu. Apa yang Tasha buat, Tasha pam dulu sebelum pergi kerja. Stok susu yang Tasha simpan selama ni dibuang macam tu saja bila Muammar nak direct feed sahaja.
” Penat dan sedihnya tak payah cakaplah, tapi bayaran dia adalah kepuasan kita nampak anak kita membesar dengan sihat, jarang sakit dan kita nampak bonding dengan dia tu masyallah luar biasa, jadi Tasya rasa berbaloi.
“Untuk anak kedua ni, disebabkan ada pengalaman insyallah rasanya tidak sesusah dengan Muammar dulu. Apa kesilapan dulu Tasha dah tahu kali ini, insyallah Allah mudahkan.
“Sekarang ni pulak dah ramai konsultan dan ramai yang share pasal penyusuan, insyallah boleh membantu,” kongsinya.
Jangan putus asa
Kata Tasha lagi jangan putus asa bila Allah tak rezekikan kita untuk susukan anak. Apa yang penting kata Tasha adalah anak kita sihat.
“Apa yang penting bagi Tasha adalah niat kita. Kita niatkan awal-awal untuk susukan anak insyallah Allah mudahkan.
” Bagi Tasha semua ibu nak anak sihat, bagi yang tak ada rezeki nak susukan anak dengan susu ibu tak mengapa, asalkan anak kita sihat itu sudah memadai. Kalau ada yang nak terus berusaha, carilah ilmu sebanyak mungkin mengenai penyusuan bayi dan doa pada Allah untuk susu yang mencukupi dan berkat untuk anak kita, insyallah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Tasha yang mengumumkan kehamilan keduanya pada awal Syawal yang lalu mengharapkan rezekinya untuk menyusukan anak keduanya kali ini dipermudahkan Allah SWT.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya.
Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @tashamanshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kesyukuran bila mana dianugerahkan susu yang meriah selepas sahaja melahirkan anak. Bagi pelakon, Mia Ahmad, dia teramat bersyukur bila mana direzekikan dengan susu yang meriah setiap kali melahirkan anak.
Sama seperti dua kelahiran cahaya matanya, Mia yang kini sedang berpantang kelahiran ketiga ini juga turut dilimpahkan rezeki untuk menyusu anak ketiganya.
Melalui Insta Story, Mia turut memuat naik gambar perahan stok susunya sepanjang berpantang ini. Cukup meriah.
Pun begitu kata Mia, dia pernah berdepan dengan stok susu yang banyak hingga tidak cukup tempat untuk disimpan sehinggakan dia mendapat nasihat untuk mengurangkan pump kali ini.
“Previous pregnancy pun sampai tak muat nak letak susu dalam peti. Saya dapat advice untuk kurangkan pump.
“Jadi kali ni tak nak kerap pump macam dulu sebab banyak sangat susu,” katanya berkongsi.
Pun begitu Mia turut berkongsi tip untuk ibu-ibu yang sedang berjuang untuk menyusukan anak. Apa yang boleh terus dilakukan adalah sentiasa kerap memerah susu seperti yang dilakukan olehnya dahulu.
Tak lupa, Mia turut menitipkan kata semangat agar susu tidak berkurangan.
“Tapi mommies yang nak meriah susu kena rajin pump even takde susu pun yang keluar.
“Saya bukan BF expert, ni antara tips yang saya dapat and also minum air secukupnya, rehat dan tak mau stress. Nanti susu drop.
“Semoga berjaya mommies,” luahnya yang turut menitipkan kata semangat buat semua ibu menyusu.
Terdahulu, Mia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 17 Januari lalu. Mia dan suami turut mempunyai dua cahaya mata, Sayf Issa dan Iris.
Kanak-kanak mana yang tidak suka makan gula-gula dan jajan berbentuk manis. Walaupun tanpa diajar atau dibelikan, inilah yang menjadi kesukaan mereka sepanjang masa.
Jangan dibiasakan atau terlalu kerap biarkan anak makan makanan manis. Lebih baik tak perlu diperkenalkan kepada mereka kerana ia bersifat ‘ketagih’.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, gula boleh memberi kesan buruk kepada anak kecil kita. Jadi sebaiknya elakkan gula-gula, coklat, jajan dan sebagainya.
Sekali anak makan coklat dan gula-gula, sampai bila pun diorang pergi kedai akan tunjuk nak benda tu. Gula ni ketagih. Anak tak lupa rasa dia. Sekali makan, pasti nak lagi. 6 kesan buruk gula pada anak. Ibu ayah ambil perhatian ya.
1. Gula ni addictive. Macam nikotin (rokok), morfin dan heroin. Perit nak sebut dadah, tapi itulah fakta yang kita kena terima. Beri kesan pada otak anak.
2. Gula naikkan paras insulin dalam darah. Ganggu hormon anak, biasanya kita akan mula perasan kesannya bila anak meningkat remaja. Atau ada yang lebih awal.
3. Gula naikkan paras glukos dalam darah dan ketidakstabilan insulin, risiko kencing manis usia muda dan PCOS sangat tinggi untuk anak kita.
4. Gula bantu penghasilan hormon ghrelin dengan lebih banyak, ini namanya hormon lapar. Anak asyik nak makan je. Makin lama, makin bertambah berat badan.
5. Gula merubah fungsi sel dalam tubuh. Tak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna seperti biasa.
6. Gula rosakkan gigi anak. Nak gigi anak cantik, kena start kurangkan makanan tinggi gula pada anak.
Kita usaha sama-sama ya. Tak ada baiknya pun makan minum tinggi gula buat anak. Berpada, jangan berlebihan.