Ads

Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping: Luluh Hati Keluarga Angkat, Anak Dijaga Sejak Bayi Maut Di Tangan Ibu Kandung

Kes bunuh kanak-kanak Taiping ini benar-benar meruntun jiwa. Ini bukan kisah dari luar negara, tetapi berlaku di Taiping, Perak. Allahurabbi, situasi ini mengingatkan kita kepada kes tragis seperti Adik Zubaidi Amir  pada 29 Januari tahun 2021, menjadi kisah yang sukar dilupakan. Namun siapa sangka tragedi pilu ini berulang pada tahun ini.

Kanak-kanak perempuan ini dijaga sejak bayi oleh keluarga angkat, namun akhirnya pergi buat selamanya dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Lebih memilukan, individu yang didakwa terlibat adalah ibu kandung sendiri bersama ahli keluarga terdekat.

Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping Di Mahkamah

Seorang wanita bersama tiga ahli keluarga lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, yang juga merupakan anak kandungnya sendiri.

Tertuduh, M Savathri, 28, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R Prabakaran, namun tiada pengakuan direkodkan.

Turut didakwa atas pertuduhan sama ialah suami tertuduh, M Satis Kumar, 27, yang merupakan bapa tiri mangsa, serta ibu bapanya, SC Veeraletchumi, 53, dan M Murali, 49.

Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping: Luluh Hati Keluarga Angkat, Anak Dijaga Sejak Bayi Maut Di Tangan Ibu Kandung

Butiran Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Thanavitha di sebuah rumah di Taman Sungai Mas, Taiping dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada waktu pagi, 26 Mac 2026.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Ads

Perkembangan Siasatan Kes

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farihah Adilah Fazial manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Prosiding itu turut dihadiri tiga peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa iaitu Dinesh Muthal, Devanisan Ganesan dan Low Tze Ken.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik, bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kesan Kecederaan Mangsa

Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping: Luluh Hati Keluarga Angkat, Anak Dijaga Sejak Bayi Maut Di Tangan Ibu Kandung

Ads

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Taiping dalam keadaan tidak sedarkan sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

Bedah siasat kemudian mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala dan leher disebabkan trauma tumpul.

Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping Goncang Emosi Ramai

Kes Bunuh Kanak-Kanak Taiping: Luluh Hati Keluarga Angkat, Anak Dijaga Sejak Bayi Maut Di Tangan Ibu Kandung

Ads

Kes bunuh kanak-kanak Taiping ini bukan sekadar laporan jenayah biasa, malah membuka mata masyarakat tentang pentingnya perlindungan terhadap kanak-kanak.

Kejadian ini turut mengundang pelbagai reaksi emosi dalam kalangan rakyat Malaysia yang meluahkan rasa sedih dan marah terhadap tragedi ini.

Lebih menyayat hati apabila mengetahui mangsa pernah dijaga oleh keluarga angkat sejak bayi sebelum kembali kepada keluarga kandung.

Kes bunuh kanak-kanak Taiping ini diharap mendapat keadilan sewajarnya, dan menjadi peringatan kepada semua agar lebih peka terhadap isu penderaan kanak-kanak.

 

@rajeetha.rajeetha5 #BabyThanavitha #OmNamahShivaya #LastRespectForHerSoul😭🙏 #fyp ♬ original sound – Rajeetha Rajeetha

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Nama Raisa & Raisya Jangan Salah Pilih, Ini Penjelasan Sebenar Dari...

Nama Raisa sering disalah faham sebagai Raisya. Ketahui maksud sebenar, sebutan yang betul dan kepentingan memilih nama Raisa dalam Islam.