Kita tahu bahaya kesan asap rokok pada perokok. Tanpa sedar thirdhand smoke atau asap rokok yang melekat di persekitaran dalam rumah juga beri kesan buruk pada orang yang tak menghisap tapi turut menghidu terutamanya kanak-kanak.
Mungkin ada di kalangan ayah yang merokok beranggapan dengan tidak menghisap rokok di hadapan anak maka si kecil bebas daripada sebarang kesan buruk asap rokok. Namun kita terlupa kesan saki-baki asap rokok tersebut telah melekat di seluruh persekitaran rumah.
Anak-anak yang sedang membesar dan berekplorasi kawasan sekeliling rumah sudah pasti tidak akan terlepas daripada menyentuh, menghidu atau menjilat peralatan dalam rumah yang sudah terlekat asap rokok hisapan si ayah.
Tanpa sedar anda sendiri yang telah mendedahkan anak kepada bahaya asap rokok!
Tahu ke apa itu thirdhand smoke? Secondhand smoke kita pernah dengar kan. Kalau nak tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Dr. Khairul Hafidz, Founder & Chairman of #MedTweetMY tentang bahayanya thirdhand smoke ini.
Ads
Dr. Khairul Hafidz
Tahukah kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?
Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor, yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia.
Ads
Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.
Contoh asap melekat di dinding, pakaian atau perabot, lama-lama reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya.
Ads
Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk PERSEKITARAN BEBAS ROKOK, bukan hanya orang berhenti merokok.
Kami mahu persekitaran bebas asap rokok dan orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand dan juga thirdhand smoke.
Sumber: Khairul Hafidz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karies susu, kanak-kanak umur 3 tahun terpaksa ditampal, cabut gigi, doktor kongsi tip cara nak elak. Tanpa rawatan yang betul, karies susu boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan.
Apabila anak mula tumbuh gigi, pertumbuhan gigi anak-anak haruslah dijaga dengan rapi supaya tidak akan mengalami masalah gigi yang serius. Namun ramai juga ibu bapa yang hairan kenapa gigi anak-anak masih mengalami kerosakkan walaupun diberus dan dicuci dengan kerap.
Kesilapan ibu bapa. Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.
Kita ambil senario ini:
-Senario 1-
Pernah viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk. Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur. Inilah namanya karies susu.
TIP CEGAH KARIES SUSU:
1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Gambar berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
Ini adalah contoh karies susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula? Yes, I feel you. I understand you.
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini:
1. Pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
2. Paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
3. NO JAJAN, No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Penantian yang cukup berbaloi! Setelah 5 tahun menanti cahaya mata perempuan, impian Ayu Abas yang juga isteri Tomok tercapai selepas dia selamat melahirkan seorang puteri seberat 2.98kg pada 4 Jun lalu.
Ayu telah berkongsi mengenai perjalanan kehamilan yang ketiganya menerusi instagram di usia 41 tahun.
Ayu juga mengakui agak sukar untuk mengandung terutama bagi ibu-ibu yang sudah berusia dan mempunyai masalah. Namun, dia berharap ibu-ibu tidak berputus asa dan teruskan berdoa.
Allah makbulkan doa setelah menunggu 5 tahun
Journey of my baby girl. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan. Memang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too) tapi harap ibu-ibu di luar sana jangan putus asa. Teruskan berusaha and berdoa.
Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun. Gembira, risau and macam-macam perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too but keep going doa and think positif and also jaga diri.
After 40 weeks, rabu malam start mild contraction. Dibu tak boleh tido over night. The contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis. Dibu berkira-kira nak ke hospital bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep. Nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding. Ooo maybe dah tanda kot dengan contraction yang berterusan i keep jalan rilek2. Siap-siapkan diri. Bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby.
Syukur dipermudahkan semua urusan
Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm and the contraction keep continuing. I did COVID-19 test too. Lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020 and of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti. Just handling my baby for a while. Dibu kene isolate dengan baby sehingga result COVID-19 keluar.
Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver.
Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang. We manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together. I love u so much. Ayu sayang shah.
Sementara itu, dalam status terkini di instagram Tomok, dia telah memuat naik satu video Arrian dan Andra yang memperkenalkan nama adik baru mereka kepada umum.
Dalam video itu, Arrian telah berkongsi nama adik perempuannya Siti Khadijah.
Malah rata-rata peminatnya suka pemilihan nama yang dibuat oleh Tomok kerana ringkas dan penuh makna dan mereka berharap Siti Khadijah dapat membesar menjadi anak yang solehah.
Sumber : IG Ayu Abas & Tomok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, kaedah power pumping sangat digalakkan. Caranya mudah sahaja, cuma memerlukan kesabaran kerana ia memakan masa yang agak lama. Demi mendapatkan susu berharga buat anak tersayang, setiap ibu pasti sanggup melakukan apa sahaja agar anaknya kenyang dengan susu ibu.
Begitu juga dengan pelakon cantik, Shima Anuar yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. Sesekali berkongsi update tentang stok susu yang dipam, baru-baru ini dia turut berkongsi sebuah foto dengan botol yang dipenuhi susu badannya.
Melalui kapsyen yang mengiringi foto itu, Shima memberitahu dia berjaya mendapat hasil yang meriah dengan kaedah power pumping. Sambil itu, Shima sempat memberi semangat kepada ibu-ibu lain untuk menggunakan cara ini untuk membuat stok susu.
Ada a few dm i cakap pasal power pumping. So i pun google la amende power pumping tu. Power pumping ni u kene pump 20mins then rest 10mins, then sambung lagi pump for 10mins, rest 10mins and sambung lagi pump 10mins. So the result, i dapat ni! Yay! Alhamdulillah. Thank you yang dm i tu. Korang pun boleh try jugak. Tp please be consistent k? ♥️ #powerpumping
Pa&Ma berkongsi kaedah Power Pumping yang boleh anda cuba jika mempunyai masalah susu berkurangan atau merudum:
Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.Jangan risau kerana ada cara untuk ibu mengatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
ADA DUA CARA
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah!
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.