Apabila buat pertama kalinya, bayi membuka mata dan memandang ke arah anda, ia adalah momen yang terindah dalam hidup anda. Sesungguhnya penglihatan bayi memerlukan tempoh masa untuk berkembang dengan sempurna. Dengan memahami perkembangan penglihatan bayi dapat membantu anak anda memiliki penglihatan yang baik.
Memang benar anak anda sudah boleh melihat sejak dilahirkan, tetapi penglihatannya agak kabur pada mulanya. Penglihatannya akan beransur-ansur baik sepanjang tahun pertamanya. Menjelang usia bayi anda setahun, penglihatannya akan hampir sebaik penglihatan anda.
Ikuti Bagaimana Penglihatan Bayi Baru Lahir Berkembang:
JARAK PENGLIHATAN
Ads
Dalam bulan pertamanya, bayi anda boleh memfokus hanya sejauh kira-kira 20 hingga 30sm. Ini hanya cukup jauh untuk mengenal wajah orang yang mendukungnya. Jika anda memeluknya dengan rapat, dia akan melihat serta mengenal wajah dan ekspresi anda mengasyikkan.
2. KEDUA-DUA MATA BOLEH FOKUS
Ads
Bayi yang berusia satu atau dua bulan mulai memfokus kedua-dua matanya. Ia dapat dilihat apabila anda boleh bermain mata ke mata dengan mendekatkan muka anda ke mukanya dan menggerakkan kepala anda dari sisi ke sisi dengan perlahan-lahan. Cara ini selalunya membuatkan mata bayi anda merenung lama mata anda
3. HITAM PUTIH WARNA IDEAL
Menurut Dr. Sears dalam artikelnya Visual Stimulation Tips for the Newborn Months, menjelaskan bahawa bayi yang baru lahir, retina matanya hanya mampu mengesan warna yang sangat kontras seperti gelap dan terang atau hitam dan putih.
Bukannya warna biru atau merah jambu. Hitam dan putih adalah warna yang tepat dianjurkan untuk menjadi pilihan bagi bayi yang baru lahir hingga usia tiga bulan.
Ads
Dapatkan mainan berwarna hitam dan putih atau yang mempunyai warna kontras untuk menarik perhatiannya.Dengan ini, anda telah memberi rangsangan yang tepat bagi penglihatan anak anda, sekali gus boleh mempercepat pertumbuhan dan perkembangan otak bayi anda.
4. WARNA-WARNI
Setelah bayi berusia enam hingga lapan bulan. Ia adalah waktu yang sesuai untuk memperkenalkan warna-warni yang memang disuka oleh bayi. Warna-warna terang ini boleh terdapat pada objek mainan, buku-buku anak, dan meja serta kerusi. Meskipun stimulasi warna harus tetap diberikan, jangan lupa bahwa itu semua seharusnya tidak berlebihan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana tak risau bila anak dah setahun lebih masih tak berjalan. “Ada masalahkah anak aku ni?”. Sebenarnya memang wajar ibu ayah rasa risau bila tengok anak belum boleh berjalan sedangkan anak orang lain yang usia sebaya dah boleh berlari-lari anak.
Tapi orang cakap setiap anak berbeza perkembangannya. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Walaupun lahir tahun yang sama tapi pencapaian perkembangan mereka tak sama. Tapi kalau dah umur setahun enam bulan dan masih belum berjalan, ibu ayah kena juga bawa jumpa doktor atau mereka yang pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Perkara ini dialami oleh anak Puan Ezzaty Suffian tanpa dia ketahui apa punca sehingga diberitahu oleh Terapis Cara Kerja yang menyedari kelainan pada tapak kaki anaknya.
Rupanya anak tersayang mempunyai masalah pada tapak kakinya yang disebut sebagai Flat Feet. Untuk mengetahui apa masalah tersebut dan cara merawatnya, jom baca kisah seterusnya.
Duluuuu :”fayyadh, dah setahun lebih tak boleh jalan lagi? Kenapa lambat sangat nak boleh jalannya?”
Sekarang :”Aiii fayyadh. Dah besar-besar pun nak berdukung lagi. Jalanlah sendiri. Ni mesti malas nak berjalan ni.”
Agak-agak ibu ayah dapat kesan tak kenapa anak kita terpaksa lalui kisah macam ni?
Okay zaty share dengan semua ya. Lepas ni boleh check anak masing-masing. Mungkin anak kalian dan anak zaty punya cerita yang sama.
Rupa-rupanya kan, fayyadh ni ada masalah pada tapak kaki dia. Arch atau lekuk kat tengah tapak kaki dia tu belum berkembang elok macam kaki orang normal.
Yang perasan tentang tapak kaki fayyadh ni pun therapist cara kerja yang zaty jumpa 2 minggu lepas. zaty dengan suami memang tak tahu langsung. Lagipun kita takde ilmu tentang perkara ni kan.
Masalah Flat Feet Kaki Si Kecil
Tapak kaki yang takde arch ni diorang sebut sebagai FLAT FEET atau FALLEN ARCHES. Flat feet ni akan jelas nampak bila anak tengah berdiri atau berjalan. Nampak tapak kaki dia rata je, langsung tak berlekuk.
Daripada apa yang zaty baca, sebenarnya setiap baby yang dilahirkan memang tapak kaki masing-masing takde arch. Ini disebabkan lapisan lemak pada tapak kaki baby lebih tebal dan tulang pada tapak kaki baby pun masih sangat lembut lagi.
Bila anak mula berdiri dan dapat langkah pertama (berjalan), dari sinilah perlahan-lahan arch pada kaki anak akan mula terbentuk. Sebabnya, kekuatan otot pada seluruh kaki anak semasa berjalan itulah yang bantu untuk sokong pembentukan arch kaki diorang.
Arch yang terbentuk elok perlukan masa 6 bulan dari hari pertama anak boleh berjalan. Usia normal untuk arch ini terbentuk cantik adalah pada 2 ke 3 tahun usia anak.
Tapi, ada juga kes yang arch terbentuk sempurna pada usia 6-7 tahun. Paling lewat pun ada kajian yang cakap usia 9-10 tahun baru arch tapak kaki budak terbentuk elok.
Yang tak terbentuk langsung pun ada. Memang dalam kajian yang dibuat, 1-2 daripada 10 orang budak akan mempunyai tapak kaki rata atau flat feet di sepanjang hayat diorang.
So, macam fayyadh sekarang lagi 4 bulan nak cukup usia 3 tahun. So far, dia punya arch tu memang belum berkembang dengan sempurna. Nampak kecil sangat arch tapak kaki dia.
Takde kajian yang mengatakan baby lambat berjalan disebabkan oleh tapak kaki yang takde arch. Tapi ada satu artikel tu sebut, baby akan mula berjalan bila dia lebih bersedia dan rasakan otot kaki dia lebih kuat.
Sebab tu ada baby yang ambil masa lebih lama untuk merangkak. Sebab dengan merangkak inilah boleh bantu tingkatkan kekuatan otot pada badan dia terutamanya pada lengan dan kaki.
Bila dia rasa kaki dia kuat, baru dia ada keberanian untuk mulakan langkah pertama. Dan biasanya, bila dia dah mula berjalan, dia akan cenderung untuk fokus pada kemahiran berjalan. Dia dah tak kisah pada perkembangan kemahiran yang lain.
Jangan Risau Anak Lambat Berjalan
Part berjalan ni pula, ibu ayah jangan risau. Sebabnya, setiap baby akan ada milestone sendiri untuk kemahiran berjalan. Ada yang boleh berjalan seawal usia 10 bulan dan paling lewat anak sepatutnya boleh berjalan ialah pada usia 18 bulan.
Baby yang arch dia lambat terbentuk sempurna macam kes fayyadh pulak, terpaksa struggle dan fokus untuk seimbangkan badan dia daripada terjatuh setiap kali dia berjalan.
Cuma part fayyadh taknak berjalan sangat dan asyik nak berdukung bila berjalan kat luar tu betul. Kaki anak yang takde arch atau arch belum terbentuk sempurna memang akan rasa sangat cepat letih bila berjalan.
Kadang dia akan mengadu rasa sakit pada bahagian betis ke bawah. Ini disebabkan semua bebanan badan dia terletak pada bahagian lutut dan buku lali.
Bila kita nak consult pakar (pediatric orthopedic surgeon/podiatrist) berkaitan dengan diagnosis tapak kaki anak ni?
Bila pada usia 5-6 tahun, kita nampak tapak kaki anak masih flat atau anak selalu mengadu sakit kaki, cramp dan lenguh. Anak tak suka berjalan atau buat aktiviti yang banyak libatkan pergerakan kaki.
Macam mana kita nak bantu anak untuk develop arch pada tapak kaki diorang seawal usia yang boleh (seelok-eloknya sebelum masuk 5 tahun)?
1) Galakkan anak untuk banyak berjalan atau berlari tanpa pakai kasut di atas pasir, tanah, rumput, batu sungai.
2) Galakkan anak pijak tempat yang tak rata macam bonggol, tembok jalan, naik turun tangga (ini fayyadh sendiri suka sangat buat)
3) Galakkan anak buat aktiviti melompat, memanjat. Ini untuk kuatkan otot dan tulang kaki anak.
4) Belikan anak massage ball atau bola getah. Lepastu minta anak untuk selalu pijak bola tu di bahagian pembentukan arch. Sementara tulang kaki anak masih lembut, arch InshaaAllah boleh dibentuk.
Macam fayyadh, therapist dia cakap perkembangan motor kasarnya ada pada tahap usia 2 tahun. Sedangkan fayyadh sekarang lagi 4 bulan nak genap 3 tahun.
Memang sekarang zaty nampak fayyadh masih lagi memanjat, masih lagi kerap bergerak dan berlari, suka pijak-pijak barang (tak kisah apa pun barangnya) sebab perkembangan motor kasar dia belum matang.
Dan juga disebabkan oleh arch pada tapak kaki dia yang masih belum terbentuk sempurna. Ini buatkan dia cenderung mencari atau “seeking” sesuatu yang boleh bantu perkembangan arch tapak kaki serta kemahiran motor kasar dia.
Sebab tu fayyadh sangat suka berdiri dan berjalan atas benda yang berbonggol dan tak rata. Yang peningkan kepala sikit bila dia dok pijak apa-apa objek kat atas lantai. Mainan, bantal, kadang roti.
Sampai kaki zaty pun jadi mangsa tempat dia dok pijak. Dulu zaty angin jugak tau kat dia. Sebab sakit kot kaki kita kena pijak. Tapi bila dah tahu tentang flat feet ni, barulah dah tak marah macam dulu.
So, kita cuma monitor jelah anak-anak ni. Benda yang tak elok dibuat, kita kena tegur. Ajarkan pada dia mana yang boleh, mana yang tak. Nak panjat, tempat mana yang sesuai. Kita tunjukkan pada dia okay.
Jangan pulak kita melenting marah dia, kita stress tak habis-habis. Kesian kat anak. Cuba fahami kenapa anak ada perangai atau habit macam tu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik penggunaan baby walker sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak disedari oleh ibu bapa sendiri.
Antaranya ia boleh menyebabkan bayi jatuh tangga. Ini merupakan bahaya paling utama yang kerap berlaku pada bayi. Kejadian ini lebih berisiko terutamanya jika kediaman anda mempunyai beberapa tingkat dan si kecil pula menggunakan baby walker tanpa pengawasan yang rapi daripada anda. Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan patah pada tulang dan kecederaan pada bahagian kepala!
Menurut Gary A. Smith, Pengarah Pusat Kajian Kecederaan dan Polisi Hospital Kanak-kanak yang bertempat di Amerika Syarikat, penggunakan baby walker adalah berbahaya kerana ia memberi mobiliti kepada bayi sebelum mereka mampu mengawal mobiliti seperti itu.
Bayi yang menggunakan baby walker juga mampu mencecah kelajuan sehingga empat kaki dalam masa satu saat. Disebabkan mereka penuh dengan sifat ingin tahu yang tinggi, mereka tidak kenal akan bahaya.
Kejadian seperti yang dinyatakan di atas sebenarnya banyak berlaku dan hal ini dikongsi oleh Pediatrician, Dr Redzal Zainol yang mendedahkan tentang kes ini. Ikuti perkongsian beliau;
Tergamam Tengok CT Scan
Nak Menyesal Pun Tak Guna
Guna Play Yards atau Playpens bukan baby walker
Contoh Playpens yang selamat untuk bayi
Kredit: Dr Redzal Zainol (Doktor Pediatric), Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!