Ads

10 Tempat Bahaya Di Rumah Yang Ibu Ayah Kena Alert, Banyak Kes Anak Jatuh Bangunan. Ini Yang Wajib Tahu

Bila ada anak kecil di rumah, terutama bayi dan toddler, rumah yang nampak selamat pun boleh jadi tempat paling berisiko. Anak kecil sifatnya ingin tahu, suka memanjat, belum faham bahaya dan boleh bergerak dalam beberapa saat sahaja.

Kes kanak-kanak jatuh dari bangunan tinggi masih berlaku, termasuk insiden maut di kediaman bertingkat di Malaysia yang mencetuskan gesaan supaya ciri keselamatan seperti gril, jaring pelindung, kunci keselamatan dan had bukaan tingkap diberi perhatian serius.

Terbaru kes meruntun jiwa berlaku di Johor, dua beradik maut dipercayai terjatuh dari pangsapuri tingkat tujuh bangunan. Siapa sangka, kejadian ini masih berlaku saban waktu.

Sehubungan itu, ibu ayah wajib kenal pasti 10 tempat bahaya di rumah untuk mengelak perkara yang tidak diingini hingga membawa maut.

10 Tempat Bahaya Di Rumah Yang Ibu Ayah Kena Alert, Banyak Kes Anak Jatuh Bangunan. Ini Yang Wajib Tahu

1. Tingkap rumah

Tingkap antara tempat paling bahaya, terutama jika ada sofa, katil atau meja berhampiran. Anak boleh panjat dan menolak tingkap tanpa ibu ayah sedar. Jangan bergantung pada mosquito net atau skrin tingkap kerana ia tidak direka untuk menahan berat anak. CPSC menyarankan pemasangan window guard dan window stop supaya tingkap tidak terbuka luas.

Barang perlu ada: window lock, window restrictor, gril keselamatan, safety mesh, window stopper.

2. Balkoni

10 Tempat Bahaya Di Rumah Yang Ibu Ayah Kena Alert, Banyak Kes Anak Jatuh Bangunan. Ini Yang Wajib Tahu
Gambar sekadar hiasan

 

Balkoni rumah apartment atau kondominium wajib jadi kawasan larangan untuk anak kecil tanpa pengawasan. Jangan letak kerusi, pasu, rak kasut atau meja kecil di balkoni kerana semuanya boleh jadi “tangga” untuk anak memanjat.

Barang perlu ada: kunci pintu sliding, childproof lock, safety net, gril halus, alarm pintu.

Ads

3. Pintu sliding

Ramai anak boleh buka pintu sliding sendiri, lebih-lebih lagi bila sudah pandai meniru orang dewasa. Pastikan pintu ke balkoni sentiasa berkunci, bukan sekadar ditutup.

Barang perlu ada: sliding door lock, door stopper, safety latch bahagian atas pintu.

4. Sofa atau katil dekat tingkap

Ini perangkap biasa di rumah. Sofa tepi tingkap nampak cantik, tapi sangat bahaya untuk toddler yang suka memanjat. Alihkan semua perabot jauh daripada tingkap.

Barang perlu ada: susun atur selamat, anchor perabot, penghadang kawasan tingkap.

5. Tangga rumah

Tangga boleh menyebabkan jatuh, kepala terhantuk atau patah tulang. Pasang penghadang di bahagian atas dan bawah tangga, bukan hanya satu bahagian.

Barang perlu ada: safety gate, anti-slip tape, lampu tangga, handrail.

Ads

6. Dapur

Dapur penuh risiko seperti air panas, pisau, minyak panas, gas dan periuk bertangkai panjang. Anak kecil boleh tarik pemegang periuk atau buka kabinet bahan pencuci.

Barang perlu ada: cabinet lock, stove knob cover, fire extinguisher, child gate ke dapur.

7. Bilik air

Anak boleh tergelincir, lemas dalam baldi atau terjatuh dalam tandas. Bayi boleh lemas dalam air yang sedikit, jadi jangan tinggalkan anak walaupun sekejap.

Barang perlu ada: anti-slip mat, toilet lock, penutup baldi, thermometer air mandi.

8. Almari, rak TV dan laci

Perabot berat boleh tumbang jika anak panjat. CPSC turut menekankan kepentingan memasang perabot pada dinding bagi mengurangkan risiko tip-over.

Ads

Barang perlu ada: furniture anchor, wall bracket, drawer lock, TV safety strap.

9. Langsir dan tali blind

Tali langsir atau blind boleh menyebabkan anak terjerut dalam beberapa saat. CPSC menyarankan pilihan cordless window coverings sebagai pilihan paling selamat untuk rumah dengan anak kecil.

Barang perlu ada: blind tanpa tali, cord cleat, cord winder, langsir ringkas tanpa tali berjuntai.

10. Soket elektrik dan wayar

Anak kecil suka memasukkan jari atau objek kecil ke dalam soket. Wayar berselirat pula boleh menyebabkan anak tersadung atau menarik barang berat.

Barang perlu ada: socket cover, cable organiser, plug box, suis keselamatan.

Ibu ayah kena buat pemeriksaan rumah hari ini

Cuba duduk atau merangkak pada paras mata anak. Dari situ ibu ayah akan nampak bahaya yang selalu terlepas pandang seperti bucu meja, soket rendah, kerusi dekat tingkap, pintu balkoni yang mudah dibuka dan laci yang boleh dipanjat.

Keselamatan anak bukan hanya tentang “jangan panjat” atau “jangan buka tingkap”. Anak kecil belum mampu menilai risiko. Tugas kita ialah jadikan rumah lebih selamat sebelum kejadian berlaku. Satu kunci tambahan, satu gril, satu safety gate atau satu window restrictor mungkin nampak kecil, tapi itulah yang boleh menyelamatkan nyawa anak.

Sumber: cincinnatichildrens , thestar , suhakam & childwindowsafety

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Kenapa Kekacang Baik Untuk Anak?

Kenapa Kekacang Baik Untuk Anak? Ini Tip Anak Suka Makan Kacang!

Kekacang untuk Kanak-Kanak ialah snek sihat yang kaya protein, serat dan lemak sihat. Ketahui manfaatnya untuk perkembangan otak, tenaga dan tumbesaran serta tip mudah menggalakkan anak makan kekacang.