Bila bercakap tentang permainan lego, bukan kanak-kanak sahaja teruja tetapi ramai papa mama yang masih lagi minat dengan permainan kreatif yang menguji kecekapan minda tersebut.
Sesuai dengan tarafnya sebagai permainan evergreen, LEGO bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-90 tidak lama lagi.
The LEGO Group meraikan ulang tahun tersebut dengan meraikan kreativiti peminat dan kuasa permainan kerana LEGO® Play Well Study baharu menunjukkan bermain adalah asas kepada kesejahteraan dan kebahagiaan seisi keluarga.
The LEGO Group telah membuat tinjauan lebih daripada 55,000 ibu bapa dan kanak-kanak di lebih 30 negara dan mendapat bahawa hampir semua ibu bapa berpendapat kanak-kanak mengukuhkan kreativiti mereka (93%), komunikasi (92%), kemahiran menyelesaikan masalah (92%) dan keyakinan (91%) semasa mereka bermain.
Ads
Apabila kanak-kanak bermain, mereka membangunkan kemahiran yang membantu mereka berkembang maju dalam dunia yang berubah dengan pantas.
Ulang Tahun ke-90 LEGO
Ads
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, LEGOLAND Malaysia Resort bekerjasama dengan LEGO untuk Imigination Playground roadshow istimewa, semua pengunjung boleh menikmati baucar F&B PERCUMA RM150 dengan pembelian empat Triple-Park Pass sementara stok masih ada.
LEGOLAND® teruja untuk meraikan 90 Years of Play with the LEGO® Group.
Ads
“Kami tahu bahawa bermain mempunyai banyak kebaikan kepada seisi keluarga, jadi apakah cara yang lebih baik untuk meraikan selain bermain bersama?
Acara baharu kami memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenal pasti jenis permainan mereka dan menemui semula kegembiraan mencipta bersama-sama dengan LEGO® bricks.” kata CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort.
Bermain adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan LEGO® Play Well Study 2022 membuktikan bahawa bermain adalah asas kepada kesejahteraan dan kebahagian seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia sejak akhir tahun 2019, ia juga telah mengubah normal kehidupan ramai orang. Sepanjang menjalani tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal pada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 ia benar-benar mengubah normal baharu kehidupan kita.
Antara yang paling terkesan adalah golongan pekerja, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Kebanyakan golongan pekerja dari pelbagai sektor perlu bekerja dari rumah, begitu juga dengan golongan pelajar tak kira yang baru bersekolah tadika, di bangku sekolah rendah, menengah apatah lagi di peringkat kolej dan universiti.
Komputer telah menjadi barangan paling berharga sepanjang kita menjalani tempoh PKP kerana tugasan-tugasan pejabat, mesyuarat dan pelbagai lagi urusan rasmi berkaitan bidang kerja perlu dilakukan di rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak yang bersekolah juga perlu menggunakan komputer kerana kelas pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan.
Tiba-tiba anak-anak perlu berebut dengan ibu dan ayah untuk menggunakan komputer kerana bukan semua orang selama ini mempunyai komputer untuk diri sendiri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tempoh tersebut dan kalau dikenang ia menjadi kenangan lucu setiap ahli keluarga.
Bayangkan bila ibu sudah bersiap untuk menghadiri mesyuarat secara dalam talian, tiba-tiba komputer riba miliknya sudah dikuasai oleh si anak yang sedang fokus mendengar cikgu yang sedang mengajar dalam talian. Akhirnya ibu terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada anak menggunakan komputer tersebut.
Perubahan yang positif
Selepas mengambil kira pelbagai faktor, kini komputer riba bukan lagi barangan mewah tetapi ia adalah barangan keperluan kepada setiap individu dalam rumah bagi menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas.
Jadi ibu ayah sudah boleh mempertimbangkan dan meninjau komputer riba paling sesuai untuk dibeli bagi kegunaan setiap ahli keluarga kerana hari ini kita perlu mengadaptasi dengan pelbagai kebiasaan baharu dalam kehidupan termasuk menghadiri seminar, kuliah, acara termasuk peperiksaan persekolahan anak secara dalam talian.
Jadi jika anda masih tercari-cari komputer riba pilihan, anda boleh mempertimbangkan jenama Acer yang sudah berada di pasaran sejak 44 tahun lalu dan berada di lebih 160 buah negara. Apatah lagi baru-baru ini Acer mengumumkan beberapa model yang telah diperbaharui, termasuklah Acer Nitro 5 dengan pemproses AMD 7nm, Acer Spin 5, Acer Swift 1 dan siri Aspire 5 dan Aspire 3 kini berada di pasaran.
Diperkenalkan seminggu sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan, Acer Malaysia turut melanjutkan promosi Acer Day ke atas produk-produk baharu ini.
Menariknya dalam promosi Hari Kemerdekaan, pelanggan yang membeli peranti-peranti ini dan lahir dalam bulan Ogos akan menerima kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet sebagai hadiah daripada Acer Malaysia.
Cabutan bertuah “Beli dan Menang” (Buy and Win) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000 kepada pelanggan yang membeli model-model terpilih Acer dari mana-mana kedai sah Acer, dalam talian atau fisikal. Hadiah ini merupakan sebahagian daripada promosi Acer Day yang dilancarkan pada 2 Ogos dan berlangsung sehingga 30 September 2020 yang menawarkan hadiah bernilai tambah berjumlah RM500,000.
Mana satu pilihan hati
Dalam barisan produk Acer yang diperbaharui dan diperkenalkan baru-baru ini, berikut antara yang boleh ibu ayah pertimbangkan sebagai pilihan hati iaitu Acer Aspire 5 dan Acer Swift 1.
Acer Aspire 5 and Acer Swift 1 didatangkan dengan lesen Microsoft Office Home & Student 2019 percuma seumur hidup. Ia memberikan nilai tambahan dan membolehkan pelanggan menyelesaikan tugasan harian dengan pantas
Acer Swift 1
Direka selari dengan keperluan pelajar dan pengguna kasual, Acer Swift 1 dilengkapi pemproses Intel® Pentium® Silver N5030, 4GB RAM dan PCIe NVMe SSD amat pantas 256GB demi memenuhi semua keperluan asas penggunaan harian. Paparan FHD IPS 14 inci tampil dengan rekaan bezel nipis yang menawarkan nisbah skrin ke badan 80%. Ia menjanjikan visual yang lebih jelas dan terang menerusi ciri Acer ExaColor™ dan BlueLightShield™.
Acer Swift 1 menampilkan kerangka besi pada bahagian atas dan bawah, bersedia untuk menemani pengguna menjalani kehidupan setiap hari dengan berat hanya 1.3kg serta senipis 14.95mm. Acer Swift 1 hadir dengan rekaan tanpa kipas yang membolehkan penggunaannya kekal senyap. Dengan ciri pengecasan pantas, ia menawarkan jangka hayat bateri sehingga 4 jam apabila dicaj selama 30 minit.
Hadir bersama Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 1 yang berwarna-warni (iridescent) boleh didapatkan pada awal September 2020. Manakala Acer Swift 1 berwarna emas boleh didapati sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua kedai pengedar sah Acer di seluruh negara pada harga RM2,099. Sepanjang promosi Acer Day sehingga 30 September 2020, ia boleh dibeli pada harga RM1,999.
Acer Aspire 5
Dilengkapi pemproses Intel® Core i5 Generasi ke-10, Acer Aspire 5 hadir dengan 4GB RAM bersama slot tambahan untuk tujuan naik taraf pada masa depan. Dari segi storan, Aspire 5 mempunyai PCIe NVMe SSD, 512GB super pantas. Sementara Aspire 5 menawarkan kit naik taraf HDD untuk pelanggan yang mahukan storan lebih banyak.
Sebagai tambahan, Aspire 5 sudah dipasangkan dengan Microsoft Office Home & Student 2019 untuk produktiviti segera. Aspire 5 boleh didapatkan dalam paparan FHD IPS bersaiz 14 dan 15.6 inci, bersama rekaan bezel yang nipis. Aspire 5 menawarkan prestasi cekap dalam kerangka berwarna magis ungu (magis purple) yang bergaya. Model ini boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan pengedar sah Acer di seluruh negara. Harganya ialah RM2,599.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia, hubungi Infoline Produk Acer di talian 180088-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), WhatsApp +6011-1062 8865, atau email ama.acercare@acer.com.
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah komputer riba Acer Swift 3.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesuai sangatlah kalau papa dan anak yang berkongsi minat bermain game untuk bercuti ke SEM9 Esports Hotel! Terletak di Senai, Johor hotel ini sangat sesuai dijadikan destinasi percutian sekeluarga kerana ia terletak lebih kurang 9km dari Johor Premium Outlets (JPO) dan 32km dari LEGOLAND Theme Park. Selain papa boleh main game di dalam bilik hotel, boleh juga bawa isteri shopping dan anak-anak bergembira di taman tema. Adil kan?
Selain dekorasi moden dan futuristik, hotel ini menawarkan pengalaman percutian yang menarik bukan sahaja untuk papa yang gemarkan game, tetapi juga mama yang suka ber’OOTD’. Anda boleh memilih sama ada mahukan bilik biasa atau berkonsepkan gaming room. Tak kisahlah bilik mana yang menjadi pilihan kerana yang pasti ia tetap selesa untuk percutian anda.
Kemudahan Yang Lengkap
1. Kafe SEM9 Esports Hotel
Sebuah percutian di hotel akan lebih menyeronokkan apabila kemudahan yang disediakan lengkap buat penginap. Kalau tiba-tiba anak mengadu lapar, tak perlu susah hati. Mama papa boleh bawa saja mereka menikmati menu istimewa di kafe SEM9 Esports Hotel.
Di sini mereka menawarkan pelbagai pilihan sarapan pagi dan makan tengah hari yang diinspirasikan dari hidangan autentik Malaysia. Berbanding hotel lain, satu kelainan menu di sini kerana dinamakan sempena tajuk game popular!
2. Akses Internet
Salah satu kemudahan penting di sesebuah hotel adalah akses internet. Jangan susah hati kerana anda boleh enjoy bermain game dengan liputan internet yang bagus di hotel ini. Kemudahan Wifi yang ada pastinya akan membuatkan masa untuk anda enjoy bermain game tanpa gangguan. Tak adalah ‘sangkut-sangkut’!
3. Tempat Parkir Kenderaan
Selain itu, anda tak perlu risau tentang tempat parkir kenderaan kerana di sini anda boleh meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan dengan mudah.
4. Merchandise Zone
Kalau ke SEM9 Esports Hotel, rugilah kalau tak singgah ke Merchandise Zone mereka. Untuk melengkapkan penampilan seorang gamer, sesuai sangatlah kalau anda dapatkan baju di sini. Dengan kualiti fabrik yang baik, pilihan baju yang ada juga pastinya akan buat anda rambang mata! Pelbagai rekaan topi menarik pun ada, smart habis!
Pilihan Bilik Yang Menarik!
Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Untuk bilik yang lebih luas, anda boleh memilih S9 Deluxe. Ia direka untuk anda yang mahukan bilik untuk bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bermain sebagai satu skuad. Boleh menempatkan sehingga 4 orang tetamu dalam satu bilik, ia dilengkapi empat buah komputer gaming dengan kelajuan internet yang terbaik.
Untuk bermain game dalam suasana yang lebih relaks, anda boleh memilih S9 Cozy. Dilengkapi dengan sofa yang selesa beserta bean bags serta set PlayStation5 dengan pelbagai pilihan genre game yang boleh anda pilih. Lebih sesuai untuk keluarga kecil.
Untuk anda yang mahukan komputer dengan spesifikasi yang tinggi dan ruang yang luas untuk bermain game, pilihlah S9 Executive. Pencahayaan dalam bilik yang cool dan dilengkapi dengan dua komputer serta ruang tamu yang bersambung!
Untuk mama papa yang tidak mahu bilik berkonsepkan dunia gamer, bolehlah memilih S9 Classic Triple. Bukan sahaja akses internet bagus, tetapi turut dilengkapi dengan TV untuk tontonan anak-anak. Boleh memuatkan sehingga tiga orang dewasa, tempahan bilik ini juga didatangkan dengan sarapan pagi.
Untuk bilik yang lebih besar, S9 Classic Deluxe adalah yang terbaik kerana ruangnya lebih luas dan selesa untuk mama papa yang menginginkan keselesaan untuk anak-anak. Antara bilik-bilik lain yang terdapat di hotel ini adalah seperti S9 Triple, S9 Classic King, S9 Classic Twin, S9 Classic dan banyak lagi!
Untuk mama papa yang mahu bercuti di Johor, bolehlah pilih untuk menginap di SEM9 Esports Hotel. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, klik SINI