Mengepam susu adalah cara untuk memastikan si manja tetap akan mendapat susu ibu walaupun tidak berada bersama si ibu. Tetapi adakah ibu-ibu sekalian tahu cara penyimpanan susu yang betul?
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.
Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih, ya?
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Ads
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan, okay?
Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ads
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu. Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja, okay?
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Ads
Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa dua jam selepas proses pencairan.
Ia hanya boleh digunakan untuk susu ibu yang beku tetapi terdedah. Jangan sekali-kali menyegarkannya dan mesti menggunakannya dalam masa 2 jam selepas pencairan ((ini bermakna dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk)
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul. Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu, okay?
Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.
Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.
Sokongan suami dan keluarga
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.
Jika bersungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak. Persediaan awal ini adalah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu mula terhasil dan sedia ada di dalam payudara.
Ketahui kewujudan kolostrum
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu! Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Susu tiada selepas bersalin?
Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.
Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku.
Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil.
Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.
Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil.
Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.
Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya.
Pelekapan betul
Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan. Apabila puting mula melecet atau merekah, emosi anda tentunya mudah terganggu dan menyebabkan penyusuan menjadi tidak lancar. Sebaiknya belajar teknik pelekapan dan posisi terbaik sejak dari awal agar penyusuan dapat berjalan lancar dan menyeronokkan.
Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan. Susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.
Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata. Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekoran daripada perdebatan antara Dr Nurul Huda & Datuk Dr Musa berkenaan semalam, Datin Dr Halina menyatakan pendiriannya menyokong pemvaksinan.
Perdebatan berkenaan mendapat perhatian ramai termasuk Dr Halina yang memuatnaik status di Instagram berkenaan isu ini. Sebagai seorang doktor perubatan dan seorang ibu, Dr Halina memberikan pendapat berkenaan isu ini.
drhalina I dont have a proper photo for this entry. Kalau ada pun meme yg sgt lucu tp mungkin saya ada dapat dosa free sbb sebarkan meme tu, so saya gelak sendiri je lah.. . Semalam punya Vaksin di tv @tvalhijrah114 memang very informative. I hope many of you tgk debate tu. Every time Dr Musa open his mouth and said something, its purely fact and concrete information.
ANTIVAKSIN LEBIH MENGIKUT EMOSI BERBANDING ILMU PENGETAHUAN
The bomb question bila moderator tanya.. “sebagai seorg muslim.. jika pandangan WHO dan pakar perubatan tak diikut, pandangan ulama tak dipatuhi, nak ikut kata siapa??” . In my humble opinion, this anti-vaccine group punya argument byk berkisar tentang intuitive.. rather than informative.
They will go back to isu2 seperti khauf dan raja’a (takut pada Allah, meletakkan harapan yg tinggi kepadaNya). Memang btul… bukan vaksin yang menyembuhkan. Tapi vaksin tu sebahagian drpd usaha kita sbg hambaNya. Golongan antivaccine ni lebih kepada ikut rasa hati / emosi / intuition berbanding kepada ilmu pengetahuan.
IBU BAPA PERLU FIKIRKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK
Kita sebagai ibubapa, fikirkan yg terbaik utk anak2 kita. Dulu takde pun difteria di Malaysia, dah sampai 0 case. Tp sbb adanya golongan antivaksin, dah ada rekod kematian 5 kanak2…. yg dpt jangkitan difteria ni sure lagi ramai..
HERD IMMUNITY 95% MENURUN KE 88%
Dulu kita ada herd immunity. According to Dr Musa, herd immunity ni buleh dicapai bila vaksin coverage sampai 95% . Now vaksin coverage is only abt 88%. Maknanya, we are losing our herd immunity. Dah makin susah nak protect disease dr merebak!!
ANAK-ANAK AKAN BERCAMPUR, IBU BAPA JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Kenapa saya tulis panjang lebar pasal vaksin ni.. sbb anak2 saya pergi sekolah sama dgn anak2 awak semua. Sebab anak2 kita semua berkawan, maybe not now… but one day inshaAllah.. jadi, fikir2 kan lah.. kita hidup bermasyarakat. Islam ajar kita supaya hormat and sayang jiran tetangga… jgn pentingkan diri sendiri…
Kalau awak rasa bumi ni flat… sukati lah.. tp kalau awak antivaccine sampai memudaratkan org lain.. saya kesah!
Gara-gara Aafiyah kuat menyusu dan kerap berjaga malam, berat badan Datuk Siti Nurhaliza susut 14kg selepas 17 hari bersalin.
Semalam penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi kegembiraan tersebut di laman instagram peribadinya ketika melakukan pemeriksaan ibu dan anak di hospital.
Datuk Siti bersama Datin Dr. Suhaiza
Alhamdullillah, Harini hari ke-17 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin .. Dato’ Dr. Vernon (doktor baby)& Datin Dr Suhaiza(doktor ibu) happy dengan perkembangan kami berdua.. Ibu happy sebab dah susut 14kg ( sbb berjaga & aafiyah kuat minum susu ibu) tq anak ibu tolong ibu… Alhamdullillah
Baby Aafiyah diperiksa oleh Dato’ Dr Vernon, Pakar Pediatrik
Menyusukan Bayi Cara Terbaik Ibu Cepat Kurus!
Ternyata berita gembira tersebut turut diraikan oleh pengikut Siti yang rata-rata bersetuju memberi bayi susu ibu adalah cara terbaik untuk cepat menurunkan berat badan.
Selain itu netizen turut menyatakan rasa kagum dan memberikan sokongan untuk penyanyi kegemaran mereka ini terus menurunkan berat badan hingga mencapai berat ideal kembali.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.