Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini.
Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas.
“Ketika itu, bayi sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan.
“Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan bayi yang saya asuh sejak tiga bulan lalu.
“Ketika kejadian, ibu bapa bayi itu sedang bekerja,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
IKLAN
Robiah masih trauma namun bersyukur kerana bertindak pantas menyelamatkan dirinya dan bayi itu.
Abdul Rahman Maarif, 65, pula berkata, rumah miliknya di premis itu menempatkan sembilan pekerja beliau yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.
Beliau mendakwa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas susulan keadaan rumah yang sudah berusia 60 tahun.
IKLAN
“Sebelum ini, pekerja ada beritahu ada masalah wayar dan saya sudah baiki tetapi kali ini, jadi sekali lagi sebelum berlaku kebakaran malam ini,” katanya.
Dalam kejadian pada 8.19 malam itu, sebuah premis kediaman yang mempunyai lima pintu rumah musnah dalam kebakaran.
Daerah Nueces di Texas, telah melaporkan bahawa 85 bayi di bawah usia 1 tahun disahkan positif coronavirus, kata pegawai kesihatan.
“Ketika ini kami mempunyai 85 bayi di bawah usia satu tahun di Nueces County yang semuanya diuji positif Covid-19,” kata Annette Rodriguez, pengarah kesihatan awam, Corpus Christi Nueces County, menurut CNN.
Dalam tujuh hari terakhir, Nueces County mengalami 2.499 kes baru dan 40 kematian – “pertumbuhan terpantas dalam kes baru rata-rata tujuh hari daripada daerah metropolitan lain di negeri ini,” kata Pengurus Bandar Corpus Christi Peter Zanoni kepada CNN.
“Anda dapat melihat garis tren relatif rata hingga bulan Julai, dan di sinilah kita mengalami lonjakan besar dalam kes-kes, dan inilah sebabnya mengapa ia menjadi masalah besar bagi Nueces County,” kata Zanoni.
Berita dari Rodriguez menunjukkan salah satu pengumuman pertama mengenai sebilangan besar jangkitan bayi di satu kawasan. Pada masa lalu, laporan yang diterbitkan terhad menunjukkan bahawa “sebilangan kecil bayi” diuji positif untuk virus sejurus selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak berisiko lebih tinggi daripada orang dewasa dan kebanyakan kes setakat ini adalah orang dewasa, menurut CDC.
Walaupun kes bayi ini melibatkan negara luar, namun ianya satu perkara yang perlu kita ambil serius. Baru-baru ini tular gambar individu-individu yang sepatutnya berada dalam tempoh kuarantin tetapi mereka ingkar dan tetap berada di tempat awam tanpa rasa bersalah walaupun memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19.
Golongan seperti inilah yang akhirnya akan merebakkan virus dan akhirnya kanak-kanak, golongan berisiko dijangkiti virus Covid-19.
Cara membesarkan anak pasca COVID-19 sudah tentu berbeza dengan dahulu. Banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak. Apakah langkah pencegahan yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak?
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Memang benar banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain jika dibandingkan sebelum negara kita dilanda pandemik COVID-19. Kalau dilihat secara positif, banyak juga kebaikan yang diperolehi semasa di awal perlaksanaan PKP, umpamanya ibubapa dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak.
Pada masa ini, kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memerlukan kerjasama semua termasuk ibubapa dan juga masyarakat untuk memainkan peranan sebagai frontliner, menjadi benteng untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. Oleh itu adalah wajar ibubapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak untuk memberi nasihat, didikan dan tunjuk ajar untuk mengelak jangkitan COVID-19.
Antara langkah–langkah pencegahan secara spesifik yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak adalah:
i. Tidak membawa anak-anak ke tempat awam dan sesak;
ii. Tidak membawa anak-anak ke hospital;
iii. Sekiranya perlu menghantar anak-anak ke Taska/tadika, sila patuhi peraturan
dan arahan daripada pihak yang berkenaan;
iv. Sekiranya ibubapa perlu keluar membeli makanan, selepas balik ke rumah,
perlu terus tukar pakaian dan membersihkan diri sebelum berjumpa anakanak;
v. Amalkan pembayaran secara atas talian;
vi. Sekiranya ibubapa ke tempat awam , perlu memakai pelitup muka;
vii. Selalu amalkan pembersihan dan disinfeksi di kawasan –kawasan yang kerap
disentuh;
viii. Amalan membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi
tangan;
ix. Ajar anak-anak cara cara membasuh tangan dengan teknik yang betul
x. Hadkan pelawat datang ke rumah; dan
xi. Sentiasa pantau status kesihatan anak anak
Sumber: PEOPLE.COM, Temuramah eksklusif Pa&Ma bersama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 bangunan kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, dekat Kajang, 10 Februari.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 pagi, daripada orang awam berhubung penemuan mangsa yang juga anak anggota polis berusia lima tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan menaiki ambulans Briged Tengah PGA.
Kredit Gambar: Kosmo
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di HUKM pada jam 9.45 pagi.
“Sebelum itu, mangsa dikatakan berseorangan di kuarters itu ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian dan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Zaid menasihatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan anak bawah umur bagi mengelakkan kejadian buruk.
“Orang ramai ada maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Datin Patimah, isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam berkongsi momen sekitar majlis akikah cucunya yang kini berusia 3 bulan menerusi laman media sosial.
Majlis akikah anak kepada Mohd Syafiq diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat handai.
Datin turut berkongsi video di majlis akikah dan turut mendedahkan nama cucu kesayanganya itu iaitu Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq.
Syafiq, isteri serta anak-anak memeilih busana rona putih di majlis akikah yang melambangkan putih suci.
Anak bila sakit, tentulah mak-mak yang paling risau. Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera.