Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripadanya.

Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

Ketukan Lembut Ibu Rasa Sekitar 18 Ke 20 Minggu Tandanya Pergerakan Awal Bayi

Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

IKLAN

Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.

Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24 
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

IKLAN

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32 
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Ketukan Lembut Ibu Rasa Sekitar 18 Ke 20 Minggu Tandanya Pergerakan Awal Bayi

Mulai kira-kira minggu ke-36 
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

IKLAN

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 
Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.

Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.

Sumber: Klinik Dr Asmah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI