Kehidupan sebagai suami isteri bukanlah mudah. Banyak cabarannya apatah lagi perkahwinan ini melibatkan perhubungan dua jantina berlawanan. Untuk menjayakan hubungan suami isteri, perlu sepakat dan sentiasa menghormati. Setiap amalan yang kita lakukan juga boleh mempengaruhi kehidupan suami isteri.

Wanita ini berkongsi tentang cara dia dan suami menjaga keharmonian rumah tangga mereka. Semoga ia memberi inspirasi kepada kita semua. Benarlah, mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengutamakan-Nya dalam apa jua urusan pasti menjanjikan kebahagiaan kepada kita.

Aku nak share amalan aku dan suami aku. Rumahtangga aku jarang bergaduh dan kalau bergaduh pasti ada kemaafan. Senang cerita aku bahagia suami aku pun bahagia.

Pengakuan Lain: [“Tanggungjawab Aku Untuk Buat Kau Bahagia.” Kakak Sanggup Tak Kahwin, Mahu Lihat Adik Berjaya]

Kau kena ingat, bahagia ni Allah yang kurniakan. Jadi kau kena tengok cara hidup kau dalam sehari tu ada ka cuba mendekati Allah dan Rasulullah? Okay jom baca tips2 aku ni.

Al mulk sama2 setiap malam. Kalau aku uzur, suami aku baca, aku dengar dan hayati. Kalau kami terlalu letih, kami akan pasang al mulk di handphone sampai tertidur.

10 ayat quran sama2 setiap hari. Kami suami isteri boleh tahan sibuk juga sebab kami dua2 terlibat dalam bidang perubatan. Sebab tu kami akan wajibkan untuk baca at least 10 ayat al quran dalam sehari. Kalau nak lebih apa salahnya.

Khatam al quran setiap hari. Aih mcm mana tu? Senang ja. Baca al ikhlas tiga kali pahala sudah sama macam kau khatam satu quran. Kami akan buat lepas baca al mulk.

IKLAN

Suami kena solat di surau. Paling paling mesti pergi adalah waktu maghrib dan isyak, sebab waktu tu kan tak kerja. Apa lagi alasan untuk tak pergi surau?

Kadang2 lepas isyak baru kami sampai rumah sebab nak sahut seruan yang lelaki mesti solat berjemaah di surau. Kita sebagai isteri kena sedaya upaya tolong suami untuk berjemaah di surau. Kau janganlah ajak suami kau shopping pulak masa tu. Kena utamakan Allah dalam kehidupan ni.

Kadang2 ada halangan untuk pergi solat di surau, mcm sangkut jem, anak tak sihat. Jadi kami suami isteri akan berjemaah di rumah.

Rumah kena bersih. Ni sangat penting. Tandas kena bersih, dapur kena bersih, sampah kena buang cepat2. Baju jangan dibiar lama sangat tak dibasuh. Rumah bersih malaikat pun suka.

Pintu tandas kena tutup. Untuk mengelakkan syaitan masuk ke dalam rumah. Pakai selipar dalam tandas. Jangan bawa najis masuk rumah. Rumah kena dibacakan ayat qursi hari2. Yang ni senang ja, sebab tiap kali solat mesti akan baca ayat qursi.

IKLAN

Masak sama2. Masa memasak, wajib bagi kami untuk sentiasa berselawat. Letak garam selawat, potong ayam selawat, kacau2 makanan selawat. Amalan ni mak aku yang ajar. Jadi aku mmg dah terbiasa dari kecik.

At least seminggu sekali kena adakan majlis taklim. Yg ni tukar2, kalau minggu ni suami aku jadi penyampai ilmu, minggu depan aku pulak. Malaikat rahmat berbondong-bondong masuk rumah kau nanti dengar sekali. Kalau dah mcm tu apa maksud dia? Rumah kau dilimpahi rahmatlah.

Cuba untuk sedaya upaya untuk taat apa saja perintah suami selagi tak melanggar hukum Allah. Haish mmg la susah kalau dah biasa melawan. Cuba ja dulu, nanti lama2 kau akan rilek ja hadap command suami kau.

Kalau ada benda kau macam tak setuju kau cuba diam ja dulu. Doa dengan Allah sebab yang pegang hati suami tu adalah Allah yang Maha Hebat. Selalu mesti suami aku berubah fikiran ikut apa yang aku nak. Itulah aku cakap, Allah Maha Hebat.

Sebelum tido pillow talk dulu dengan suami. Borak2 dengan suami. Boraklah apa saja. Bagi suami kau cerita apa jadi kat dia hari tu. Kau pun kena cerita la juga. Pastu jangan lupa pasang niat siap2 untuk bangun tahajud dan subuh berjemaah.

IKLAN

Pengakuan Lain: [“Syukur Dipinjamkan Kebahagiaan Di Dunia”. Isteri Hargai Kebaikan Suami & Keluarga Mertua]

Buat senarai zikir yang korang suka dan rasa senang nak amalkan. Setiap hari mesti abiskan semua zikir tu. Rugi hidup kat dunia ni kalau tak memuji Allah pencipta kita.

Amalkan baca doa pada setiap perbuatan. Semua benda pun ada doa mcm masuk tandas, sebelum makan, keluar rumah, selepas azan, selepas wuduk. Semua benda lah. Amalkan lah ya.

Kami tak buka lagu kuat2 dalam rumah. Kalau nak dengar, dengar guna earphone. Tu pun jarang dengar lagu. Al quran, zikir dan selawat saja yang boleh buka kuat2.

Say i love you and forgive me kat suami setiap hari. Kita tak tau bila last kita akan jumpa pasangan kita. Hargailah mereka selagi masih ada. Takat tu ja la dulu.

– Isteri yang bahagia (Bukan nama sebenar) via IIUM Confession.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan dengan kami, sila klik KONGSI CERITA.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI