Keibubapaan

“Khawlah Good Girl, Terus Nganga Mulut Bila Doktor Tampal Gigi, Diana Amir Kongsi Tip Ajar Anak Berani!

Share

Anak mana yang suka dan berani kalau diajak buat rawatan di klinik gigi. Mula-mula nampak berani tapi bila sudah sampai depan doktor gigi, mulalah drama airmata. Keras menolak. Pening dibuatnya. Tapi lain pula halnya dengan anak Diana Amir. Memang berani!

Khawlah Al Azwar, anak sulung Diana ini memang cukup berani. Senyum sahaja sebaik tiba di klinik berkenaan. Rupanya ada tips dan rahsia yang dikongsikan oleh Diana.

Ajar Anak Berani


Crowning gigi Khawlah ada warranty 3 bulan, semalam dia tercabut so arini i datang, or bila-bila before expiry date tu boleh datang je untuk betulkan balik.

Khawlah sangat good girl, alhamdulillah daripada awal masuk senyum je, baring kat katil tu terus mematung tak bergerak and nganga mulut, lama tau. Even kita pun tau benda tu sakit.

Her motivation?

Daripada semalam i kerap bagitau dia doctor gigi tu baik sangat, doc just nak help Khawlah so Khawlah boleh jadi “handsome” .. yes.

Dia suka kita panggil dia handsome, bukan “pretty” k? Nak handsome macam baba being pretty is too mainstream.

Ditambah dengan doctor and assistant pun very friendly, “kongsi Diana yang melakukan rawatan tampalan gigi anaknya di Klinik Pakar Pergigian MyKids Dental Care. 

So mama pun kenalah suntik semangat dekat anak-anak. Tak kisah walau dalam apa cara sekalipun, kena beritahu benda yang positif dan baik untuk anak kita. Insyaallah anak semakin berani dan tak takut nak buat sebarang rawatan gigi.

 

 

IKLAN