Sebagai alternatif mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Poslaju akan menghantar ubat-ubatan kepada rumah pesakit.

Pesakit yang memerlukan ubat susulan dalam bentuk tablet dan kapsul kini tidak perlu lagi menghadiri fasiliti kesihatan untuk mendapatkan ubat, sebaliknya hanya tunggu ubat-ubatan anda di rumah.

Malah, Kementerian Kesihatan juga akan menampung kos penghantaran ubat kepada anda sehingga 30 Jun ini.

Khidmat Abang Posmen Hantar Terus Ubat Ke Rumah. KKM Tanggung Kos Hingga 30 Jun

IKLAN

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan penghantaran ubat susulan melalui pos.

  1. Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan
  2. Pesakit akan didaftarkan jika kriteria dipenuhi
  3. Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan
  4. Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit di dalam lingkungan kawasan penghantaran pos laju

Bergantung kepada farmasi di fasiliti kesihatan berhampiran, anda boleh menghubungi mereka 7 hari sebelum ubat anda habis (hari bekerja). Anda perlu mengemelkan gambar kad pengenalan, gambar preskripsi ubat hadapan dan belakang, nombor telefon untuk dihubungi serta alamat terkini.

IKLAN

Khidmat Abang Posmen Hantar Terus Ubat Ke Rumah. KKM Tanggung Kos Hingga 30 Jun

Walaubagaimanapun, penghantaran hanya melibatkan ubat-ubatan tablet dan kapsul. Ia tidak melibatkan ubatan yang memerlukan pengendalian dan kawalan ketat seperti ubatan psikotropik.

IKLAN

Ubat cecair serta ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2 hingga 8°C juga tidak dapat dihantar melalui khidmat ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi fasiliti kesihatan berdekatan anda.

Sumber: Bernama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI