Bapa kepada bayi istimewa kesayangan ramai, Ainul Mardhiah memadamkan gambar-gambar anaknya yang lama dengan ketumbuhan. Pengalaman melihat penderitaan si kecil ini ingin dilupakan.
SEBAK MENATAP GAMBAR AINUL DENGAN KETUMBUHAN
Menurut Ahmad Safiuddn Ahmad Razak, setiap menatap gambar permata hati kesayangan dengan ketumbuhan seberat 200gram yang dikeluarkan dalam pembedahan pada Jun lalu, hatinya menjadi tersentuh dan sebak.
“Bila tengok Ainul sekarang dengan tengok gambar Ainul yang dulu, rasa sedih dan sebak termasuk rasa macam tidak percaya yang puteri sulung kami itu telah mengharunginya sebelum ini.
“Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.
“Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat-cepat tutup balik.
Ads
TAK SANGKA SAMPAI KE TAHAP INI, SEMUANYA KUASA ALLAH
Ahmad Safiuddin menerusi Facebook turut mengucapkan kesyukuran kerana ketumbuhan tersebut sudah dapat dipisahkan daripada Ainul. Dengan Kuasa Allah segalanya berlaku. Bapa ini mengakui tidak percaya dengan keadaan Ainul terkini yang semakin baik setelah ketumbuhan tersebut dibedah buang.
“Kuasa Allah, ajaibnya Allah. DIA boleh menghendaki pada bila bila masa sahaja dia mahukan.
“Allah izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan Ainul dan Allah juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan dari tubuh badan Ainul.
“Kami sendiri tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa puteri kami akan sampai ke tahap macam ini.
“Alhamdulillah, nikmat Allah yang tidak boleh kami dustakan.”
Ads
MASIH SIMPAN BEBERAPA KEPING UNTUK TATAPAN AINUL
Bapa muda ini masih lagi menyimpan beberapa keping foto Ainul Mardhiah sebelum dibedah untuk tatapan Ainul apabila besar nanti.
“Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat tetapi saya tinggalkan sekeping dua untuk tunjukkan kepada Ainul bila dia besar nanti agar dia lebih menghargai dan menjadi insan yang bermanfaat di masa hadapan.”
Bila sudah jadi ibu bapa, bermacam-macam tanggungjawab yang perlu anda ambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy. Tersilap langkah boleh membawa padah pada anak-anak.
Baru-baru ni, viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara-gara ibu bapa bawa stroller eskalator.
“Jangan bawa anak turun eskalator. Bahaya!”
Menurut netizen terbabit, kejadian yang berlaku di Kenanga Wholesale City (KWC) ni terjadi sebab parents bawa anak dorang yang naik stroller ni turun eskalator. Entah macam mana, budak tu tergelincir pulak.
Yang jadi sakit hati, lif selalu penuhi dengan manusia ‘sihat’ yang tak mahu bagi ruang kat parents dengan stroller untuk menggunakannya.
“Obviously salah the parents. We all know know we cannot use escalator WITH stroller”
Bila dah jadi tragedi macam ni, mestilah ada geng makcik bawang dan netizen yang nak tuduh menuduh kononnya ibu bapa zaman sekarang memang tak reti jaga anak.
Walaupun tweet tersebut telah dipadam, netizen ni telah menimbulkan kemarahan segelintir netizen lain sebab dia menuduh parents terbabit PEMALAS nak tunggu lif. Kalau parents tersebut tunggu, mungkin ada yang nak bagi ruang mereka masuk ke dalam.
“Dia belum pernah usung stroller kat mall la tu”
Rata-rata tak bersetuju dengan apa yang diluahkan netizen kat atas ni, ramai yang komen mengatakan netizen terbabit sebenarnya tak ada experience bawa stroller ke mall agaknya. Dia tak tahu betapa stress parents yang menghadapi situasi tersebut.
Apa-apapun, ini adalah peringatan terbaik buat parents kat luar sana supaya jangan ambil jalan mudah dengan guna eskalator bila bawa stroller. Bagi pengguna tegar lif pulak, tolonglah prihatin sikit kat mereka yang bawa anak dan guna kerusi roda. Kalau masih sihat, please naik eskalator ye.
Perkongsian ini untuk memudahkan ibu bapa yang dah buat pendaftaran anak Tahun 1 tapi terlepas pandang yang maklumat diisi secara online itu perlu dihantar ke pejabat sekolah bersama salinan dokumen.
Untuk pendaftaran Tahun 1 terutama anak yang bakal memasuki sesi persekolahan tahun depan.
Antara yang ibu bapa kena bawa nanti untuk diserahkan dan buat pengesahan adalah seperti berikut. Tak perlulah ke sekolah dua atau tiga kali sebab tak bawa dokumen penting.
1.Borang yang dah isi online tu print out ok
2. Gambar dokumen yang dikongsikan ini semua kena bawa ya. Yang original dan copy
Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
Buku rekod imunisasi anak
Bil utiliti
Sijil kelahiran
Sijil nikah atau cerai (Ikut status ibu bapa)
*Ada tambahan (Ikut sekolah masing-masing)
-Sampul 4×9 2 keping
-Setem RM1.50 bawa 2 keping
Payslip jangan lupa. Kalau suami isteri bekerja sendiri tak perlulah. (Yang ni ada sekolah yang nak, ada yang tak payah. Nak lagi mudah call sekolah terus pun ok) Saya dah selesai semua.
Ingat ya bawa dokumen terus ke sekolah yang kita mohon semasa isi secara online.
( aku siap-siap masuk envelop besar juga size A4 tapi pihak sekolah ambil dokumen saja)
Semoga dipermudahkan urusan semua ibu bapa diluar sana.
Untuk PRA SEKOLAH pula semua dokumen masuk masuk size A4. Hantar dekat kelas PRA yang kat sekolah tu. Di kelas tu ada cikgu yang tunggu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditakdirkan menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, si ayah ini tetap gagahkan diri menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga bagi menyara isteri dan empat anak yang masih kecil.
Walaupun melalui pelbagai ujian sebelum ini, ia bukan alasan kerana bagi ayah ini selagi diberi kudrat dari Allah, dia tetap mahu berikan yang terbaik. Bagaimanapun ketika dia mahu bangkit, Allah sekali lagi menguji apabila anak perempuannya pula disahkan mengalami kanser darah yang turut memerlukan perbelanjaan besar.
Apa yang bagusnya keluarga ini, mereka menganggap ujian yang diberikan itu sebagai tanda Allah nak bagi ganjarannya di kemudian hari. Namun betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Kehadiran aktivitis masyarakat, Puan Natipah Abu ibarat satu lorong terang bakal mewarnai hidup keluarga ini.
Berikut perkongsian kisah keluarga Encik Buyamin. Mana tahu sedikit sebanyak sumbangan sempena bulan mulia ini memudahkan kehidupan keluarga Encik Buyamin dan pahalanya terus berpanjangan buat kita.
Tak pernah putus asa, Allah uji tandanya Dia sayang
Encik Mohd Buyamin Bin Samsudin, 43 tahun merupakan seorang pemegang kad OKU fizikal akibat satu kemalangan jalan raya yang menimpanya.
Beliau mencari rezeki dengan berniaga menjual air balang di pasar malam. Bila tiba musim cuti sekolah, rezekinya berlipat ganda kerana air balangnya selalu mendapat tempahan dari tuan rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan.
Bagaimanapun tahun 2018, beliau berhadapan dengan kegetiran hidup yang bukan kepalang bila anak keduanya yang pada ketika itu berusia 3 tahun disahkan mengidap kanser darah dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang sehinggalah ke hari ini.
Pandemik melanda .. beliau tidak lagi dapat menjual air balang di pasar malam. Bahkan air balang tidak lagi ditempah untuk sebarang majlis perkahwinan atau keramaian seperti dulu lagi.
Encik Buyamin benar-benar ‘terduduk’ kerana hilang satu-satunya sumber pendapatannya selain wang Elaun Pekerja Cacat (EPC JKM) RM450 sebulan.
Encik Buyamin kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga ais batu pula. Menjual ais batu kepada peniaga-peniaga warung dan gerai makan.
Dengan van buruknya … dia bergerak mengedar ais batu kepada pelanggan. Pendapatannya sebagai penjual ais tidaklah seberapa. Ais dibeli secara tunai di kilang tetapi kebanyakan pelanggannya berhutang bila membeli dari dia.
Dalam tempoh setahun menjual ais batu ini, ada beberapa orang pelanggannya terpaksa tutup kedai dan gagal melunasi hutang.
Mereka menyerahkan barang-barang yang ada di kedai makan mereka kepada Encik Buyamin sebagai timbal balas bagi melunaskan hutang mereka walaupun hakikatnya barang-barang itu tidak bernilai pun.
Van yang digunakan terbakar
Di saat baru hendak bangkit ini jugalah, tiba-tiba Encik Buyamin diuji sekali lagi bila van yang digunakan untuk ke hulu-ke hilir mencari rezeki itu terbakar ketika dia dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggannya.
Tidak berputus asa, beliau menggunakan kereta buruknya untuk berniaga ais walaupun kereta itu tidak boleh mengisi banyak beg ais. Tetapi daripada berpeluk tubuh dan berputih mata, dia meneruskan juga walau untungnya hanya sekupang dua.
Ramadhan Al Mubarak .. perniagaan menjual ais batunya terhenti lagi. Satu-satunya mata pencarian yang dia tahu masih terbuka luas peluangannya ialah berniaga air balang semula.
Tetapi mustahil sekali kerana van yang terbakar itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membaikinya.
Harap ada sinar baru
Tak akan dia hendak berpeluk tubuh dan mengharapkan wang bantuan Elaun Pekerja Cacat dari JKM semata-mata sedangkan ada 5 mulut yang perlu disuapnya.
Mujurlah dia tidak perlu menanggung kos sewa rumah kerana tinggal di rumah pusaka orang tuanya.
Semoga sedekah kita ini dapat mencukupkan anggaran jumlah kos yang diperlukan untuk memperbaiki semula van tersebut dan dapatlah beliau mencari rezeki buat keluarganya.
Ramadan yang penuh barakah ini, semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Jazakumullahu khair kepada semua penyumbang di luar sana. Langit Ramadan yang barakah …
“Puasa adalah untukku, dan Aku sendiri yang akan memberikan balasannya…” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sekiranya anda ingin sama-sama hulurkan sumbangan tak kiralah berapa jumlahnya sekalipun untuk Encik Buyamin menggunakan semula vannya itu, boleh salurkan ke akaun Natipah Abu 552107617521 (Maybank). Semoga Encik Buyamin sekeluarga dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!