Zaman sekarang, semuanya di hujung jari termasuk urusan Tadika dan Taska! Memperkenalkan KindyPro, sistem pengurusan bersepadu yang direka khas untuk membantu pengusaha Tadika, Taska dan Pusat Asuhan menguruskani operasi harian dengan lebih efisien, moden dan teratur.

Dibangunkan oleh AWFATECH, sistem ini menjadi solusi digital menyeluruh yang menyatukan pengurusan guru, ibu bapa dan pentadbir dalam satu platform pintar.

KindyPro menampilkan lima modul utama yang saling melengkapi, iaitu:

KindyPro: Sistem Pengurusan Tadika, Taska & Pusat Asuhan Serba Lengkap

1️⃣ Pendaftaran

2️⃣ Yuran & Online Payment

3️⃣ Rekod Digital (Logbook)

4️⃣ Penilaian

5️⃣ Aplikasi Guru & Ibu Bapa

1. Modul Pendaftaran

Tak perlu lagi isi borang panjang atau tunggu di kaunter!

Melalui sistem pendaftaran online, ibu bapa kini boleh mendaftarkan anak mereka dengan mudah dari rumah.

Semua maklumat boleh dihantar terus kepada pihak sekolah, dan keputusan permohonan akan diterima melalui SMS, e-mel atau WhatsApp.

Ads

Selain menjimatkan masa, sistem ini turut membantu meningkatkan kadar kemasukan murid kerana prosesnya lebih cepat dan mesra pengguna.

2. Modul Yuran & Online Payment

Urusan kewangan kini jauh lebih mudah dan tersusun.

Pihak sekolah boleh:

  • Menyemak senarai yuran murid,
  • Menjana invois dan resit automatik, dan
  • Menghantar invois terus kepada ibu bapa.

Pembayaran boleh dibuat melalui FPX, kad kredit atau kad debit, menjadikan transaksi lebih pantas dan selamat.

Sistem ini turut menyediakan laporan tunggakan automatik, dengan notifikasi terus dihantar kepada ibu bapa melalui SMS, e-mel atau WhatsApp.

Dengan modul ini, Tadika dapat meningkatkan pendapatan dan pengurusan kewangan secara profesional.

3. Modul Rekod Digital (Logbook)

Ads

Modul ini ibarat diari harian murid yang merekod setiap aktiviti penting di pusat asuhan.

Guru boleh mencatatkan:

  • Kehadiran murid (Proof of Attendance)
  • Aktiviti harian seperti waktu tidur, makan, pengambilan susu dan aktiviti pembelajaran
  • Laporan insiden (Accident Report) jika berlaku kecederaan atau kejadian semasa kelas
  • Face ID murid untuk sistem kehadiran automatik

Semua maklumat ini boleh dipantau oleh ibu bapa secara real-time melalui aplikasi ASIS.MY.

Selain itu, data harian akan diringkaskan dalam modul Summary, memudahkan guru menyemak perkembangan murid dengan cepat dan tepat.

KindyPro: Sistem Pengurusan Tadika, Taska & Pusat Asuhan Serba Lengkap

4. Modul Penilaian

Kini, perkembangan anak boleh dipantau secara menyeluruh  bukan sekadar laporan di hujung tahun!

Modul ini membolehkan guru merekod dan menilai kemajuan akademik, sahsiah dan sosial murid, termasuk kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan tingkah laku.

Ads

Segala laporan prestasi ini boleh diakses oleh ibu bapa melalui aplikasi ASIS.MY, menjadikan pemantauan anak lebih telus dan berterusan.

5. Aplikasi Guru & Ibu Bapa

Hanya dengan telefon pintar, semua maklumat berada di hujung jari.

Melalui aplikasi KindyPro, ibu bapa boleh melihat:

  • Laporan kehadiran anak
  • Status yuran
  • Penilaian prestasi
  • Buletin sekolah dan aktiviti terkini

Bagi guru pula, aplikasi EBOSS PRO (BossPro) membantu mereka menguruskan tugas harian dengan lebih teratur seperti:

  • Mengemas kini rutin murid
  • Menyemak penyata gaji dan rekod kehadiran
  • Menguruskan cuti dan maklumat peribadi
  • Mengimbas kehadiran staf menggunakan QR Code

Semua dalam satu sistem pintar yang mesra pengguna, cepat dan selamat.

Urusan Lebih Mudah, Pengurusan Lebih Efisien

KindyPro: Sistem Pengurusan Tadika, Taska & Pusat Asuhan Serba Lengkap

Dengan KindyPro, setiap urusan Tadika dan Taska menjadi lebih tersusun, efisien dan profesional.

Daripada pendaftaran, pembayaran, pemantauan murid hingga urusan staf — semuanya diurus dalam satu sistem bersepadu yang lengkap.

Beralihlah ke KindyPro hari ini  kerana pengurusan yang bijak bermula dengan sistem yang canggih dan tersusun.

📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi:

019-383 2823 atau 013-380 8874

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads